Showing posts with label ViOLeT's FinGeRs. Show all posts
Showing posts with label ViOLeT's FinGeRs. Show all posts

April 24, 2013

Mama Diha Berjinak-Jinak Dengan Fisher-Price

Actually bebaru ni aku dijemput oleh kwn lama aku merangkap housemate masa belajar kat UM dulu ke Fisher-Price launch event.

Jemputan yg dterima adalah atas tiket media - "Aku sekeping blogger". Blogger la sangat kan.. Hahaha.. xpelah, I try to be a good committed one kali sini. Ngee.. Peace bebeh !

So di kesempatan ini, aku nak ucap berbanyak terima kasih dan tahniah kepada Puan Diyana Yang yg telah berbesar hati  (besaq ka?) menjemput aku ke majlis ini dan kerana telah terpilih menjadi ibubapa duta (Parent Ambassadors) kepada brand permainan kanak-kanak terunggul abad ni – Fisher-Price, a trusted name in quality toys and gear (Sapa2 xpernah dengar jenama mainan ni, sila buat-buat pernah hokayy ;p)

Press conference itu berlangsung kira-kira hampir 2 jam di Ben's Publika, Solaris Dutamas. Antara media yg hadir ialah Berita Harian, New Straits Times, NTV7 dan beberapa media alternatif lain yg terdiri dari blogger2 hot. Huhu... Okla jom layan gambar..


Parents Ambassadors photography session : From left with baju Rimau, Diyana Yang (a local parenting blogger and a proud mom of two), Belinda Chee in red and Vince & Melissa Tan ( internet marketers by profession and also a parents of triplets)

Mama Diha yg cuba nak overshadow Parent Ambassador Fisher Price,  Diyana Yang

Play time.. looks like Fisher-Price favorite colors are yellow, blue and green

The lucky draw winners. Shiraz, the NST photographer won the main prize - Fisher - Price : Precious Planet:Portable Newborn to Toddler Rocker

Ok last but not least, I wanna share with uols one good announcement :

There will be an interactive  parenting workshop called "Joy of Learning" soon. The details are as follows :

Tarikh : 8 June 2013 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi - 4.30 petang

Lokasi : Grand Ballroom, Empire Hotel Subang, Jalan SS 16/1, SS 16, 47500 Selangor.

Yuran : RM60 seorang (dapat goodie bag berharga lebih dari RM100)

Untuk sebarang pertanyaan boleh call 03-78035310/012-2921378 atau email ke admin@mamababyworld.com.

Jom g ramai-ramai. Kita jumpa di sana ya! Mama Diha pun nak tambah ilmu, InsyaaAllah ^^

Note : Photos above were captured by Samsung Galaxy Note 2. For the professional event photos, please visit dfchannelphotography.blogspot.com. Any enquiries about event covering photo shoot, kindly what’sapp/call 014-6690145 (Fitri).

February 25, 2013

Kebetulan Yang Ajaib

Selalu terjadi pada kita.. tp hanya yg berfikir sahaja boleh link kan secara berhikmah. Bg yg xberfikir dgn magnet iman, mungkin xrasa apa2 pun. To me, ia adalah suatu keajaiban! Hehehe... tiba2 masuk alam fairy tale.

Harini je ada 2 keajaiban yg berlaku pada diri aku yg aku harus tambah lg rasa kesyukuran :

1. Kebetulan masa lalu tepi bilik air td, melintas lalu 'anak' lipan kecik halus je. Sempat lah aku ambik botol baby shower dan lenyek ia sampai lunyai. Alhamdulillah Allah selamatkan kami dr kena ketit dgn binatang berbisa tu. Kebetulan yg menyelamatkan :)

2. Aku mmg tgh tunggu pengumuman satu page kat FB ni untuk satu peluang keemasan which ramai jugak org lain yg sedang menanti. Sedangkan tpt limited. Kira mmg hot la. Xsemena2 aku yg dah agak jarang online ni p online time page tu baru je lepas announce peluang itu, apalagi aku jadi org first la yg dpt. Alhamdulillah, kebetulan yg menguntungkan :)

Semoga terus dipermudahkan.

Marilah kita sama2 teruskan berdoa dan berbuat kebaikan untuk lebih byk kebetulan yg bermanfaat @ keajaiban drpd Allah.

Yg benar,
Nur Snow White

#SemogaPenulisanIniBermanfaatUntukKita

February 19, 2013

Percutian 3H2M di Chalet Sinaran Selat, Port Dickson

Tempat percutian ni bagi aku ada 3 kategori lah kalau dalam Malaysia ni, kawasan taman, kawasan perairan dan kawasan tanah tinggi. So, percutian lepas baru je pegi ke kawasan taman tema di A Famosa Resort, Melaka. Maka kali ni kami belok ke pantai ;p

Destinasi terpilih tidaklah jauh pun memandangkan aku mempunyai bayi yg berusia 0 tahun. So, aku decide nak merasa banglo/chalet/apartment Sime Darby yg ditawarkan kpd staf. 

Pada mulanya, aku plan nak book masa cuti CNY, tp fully booked pulak 3 chalet tu, so aku terpaksa book a week after CNY, which was on 15, 16 dan 17 February 2013. Jenuh gak la aku meng ‘google’ review org yg pernah menginap kat Chalet Sinaran Selat tu, cuma jumpa seorang je, tu pun xcukop info dan xjumpa gambar yg dikehendaki. Di atas sebab itulah, aku terpanggil untuk menulis serba sedikit tentang percutian kali ni. Semoga bermanfaat untuk kawan2 yg bercadang nak menggunakan chalet berkenaan di masa hadapan. 

Kami bertolak hari Jumaat pukol 11 lebih, so sampai dekat2 org nak solat Jumaat, so Fitri sempatlah join qaryah Teluk Kemang utk solat Jumaat berjemaah.

Nak dijadikan cerita, mata aku kena infection pagi tu, so xboleh pakai contact lens. Mata sebelah kiri aku pedih sgt haritu, asyik keluar air je dan bengkak. So, aku landing di katil chalet dgn perasaan kurang selesa nak bercuti.

Raidi pulak, sampai2 je terus excited. Bukan main lagi dia ‘bercakap-cakap’ memecah kesunyian rumah.

Ok sgtlah, dgn bayaran hanya RM50 semalam, kami dpt sebuah chalet yg agak luas, dgn 2 bilik tidur, satu living hall dan satu dining hall yg kemas. Berbaloi-baloi tau. Ditambah pulak chalet kami terletak dalam kawasan private dan mempunyai pantai sendiri, xpayah la susah2 nak berebut mandi laut dgn public.

Bila suasana petang menjelang, boleh nampak sang mentari jatuh betul2 mengadap sliding door hall chalet kami. Barula aku tau, patotla nama chalet ni Sinaran Selat. U can watch sunset just belakang chalet je. Warna keemasan sinaran tu memancar-mancar bila matahari mencecah rendah ke paras laut, sampai xboleh bukak mata nak tgk. Dramatik woo.

So, dlm sakit mata tu aku sempat jugak bawak Raidi jalan-jalan kat taman belakang chalet dan tepian pantai walaupun aku xsempat nak mandi laut. Huhuhu…

Layan gambar berbicara…

Raidi berehat sesudah sampai

Anak papa

Gigit papa

The patio

Old school one

View dari bilik tidur kami

Taman belakang chalet



The chalet


Aku yg sakit mata :p



Words On Wednesday


Jika anda tidak dapat menjadi penulis yang memberikan manfaat, jadilah pembaca yg memberikan manfaat kpd org lain.


Alangkah baiknya kalau kita dapat jadi keduanya dan sama-sama memanfaatkannya.

February 18, 2013

Percutian di A Famosa Resort, Melaka – Promosi Mydeal.

2 hari 1 malam – 25/1/2013 – 26/1/2013.

Actually aku tatau ape nak dinukilkan untuk percutian di Melaka kali ni. This is the first vacation with baby. So, dgn baby yg baru genap berusia 3 bulan tu, aku memang xde keluar jln2 pun kat sana. 

Jadi, percutian aku bolehlah dikatakan sekadar bertukar tempat tidur je kot. Kecuali Fitri la yg aktif dgn misinya, photo-hunting, ke sana ke mari mencari pemandangan indah.

Percutian ke Melaka kali ni, kami menginap di A-Famosa Resort. Aku beli via website pengiklanan promosi mydeal, harga special yg dia offer RM215, tp sebab kami pergi hari Jumaat dan akan bermalam untuk Sabtu, so ada weekend surcharge rate RM65, total RM280, which aku rasa memang bukan harga promosi dah ni. Bole tgk link ni http://www.mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur/RM215-for-AFamosa-Resort-Malacca-Exclusive-2D1N-Stay-in-Family-Studio

Disebabkan aku ibu baru, jadi aku agak berhati-hati memilih aktiviti for my baby. Aku xnak expose baby pd sesuatu yg di luar kebiasaan rutin dia secara mendadak. Even perjalanan ke Melaka dr Selangor sendiri dah sesuatu yg baru buat baby aku, sebab terpaksa tido dalam car seat dan minum susu dalam kereta dlm jangka masa yg lebih lama dr biasa. Jadi bila di hotel, aku xkisah kalo hanya terperok dlm bilik dgn baby. Asalkan baby aku xpenat sangat. Xnak rutin keselesaan dia terganggu dan yg lebih penting xnak kesihatan baby terganggu. Lagi pun dia baru 3 bulan. Masih terlalu kecil dan masih terlalu awal untuk dibawa berjalan-jalan sebenarnya.

Aku xnak baby aku demam sebab terlalu letih. Budak-budak memang kalau dibawa berjalan, ibu bapa mesti peka untuk make sure diorg dapat enough rest selepas tu, supaya mereka kekal sihat dan xdemam.  Badan sehat, barulah otak mereka boleh berkembang dgn baik dan sempurna. X gitu? Kalau x, melaratlah asyik demam je.. bukan problem ape, just xcukop rehat sebenarnya.

Aku sgt paham dan tahu konsep tu sbb aku sendiri mcm tu. Pernah sekali aku jaga baby sampai 3 hari berturut-turut xcukop tidur dan rehat, so aku kena flu. Lepas tu, aku terus take a good rest and sleep, while hubby playing his role, 2 hari je, aku terus kembali sihat. So ini tips percuma yg aku bg kpd kawan-kawan yg masih tercari-cari ape penawar demam/xsedap badan. Xperlu ubat doktor pun. Hehehe..

Jadi, percutian aku dgn baby 3 bulan kali ni, memang aku dok dalam bilik je, sesuai la 2 hari 1 malam je pun.. Tgk tv, tgk pemandangan padang golf, tgk Banjaran Titiwangsa dr kejauhan kat A Famosa Resort ni pun dah buat aku release stress dah. Yg penting, I wanna make sure my baby dpt menjalani rutin minum susu, tidur, main dan rehat selesa mcm di rumah jugak tetapi dlm exposure  bilik dan tempat yg berlainan.

So itu je kot yg aku boleh bebel untuk blog kali ni.. till then, jumpa di bebelan akan dtg ye! Hehehe…

Layan gambar family portrait dalam bilik hotel yg agak besar ni :







January 29, 2013

Surat Terbuka Untuk Raidi


Mama & Papa sayang Raidi
Ke hadapan Raidi yg mama dan papa syg,

Mama dan papa rasa bertuah sgt dianugerahkan seorang anak yg peramah dan ceria mcm Raidi. Sejak Raidi hadir dlm hidup mama dan papa, setiap hari yg menjelang umpama sebuah mimpi indah yg berlaku. Ada je keletah Raidi yg buat mama dan papa xkering gusi.

Semalam hari pertama Raidi dihantar ke babysitter (Ummi). Masa mama dan papa dtg ambik, kami perasan mata dan hidung Raidi merah, mcm Raidi baru lepas banyak menangis. Mama xterus judge yg buruk2, mama paham, Raidi belum biasa dgn orang yg menjaga dan keadaan rumahnya mungkin. 

Di rumah semlm, Raidi jadi cepat nak menangis dan nampak lemah, xmacam selalu, susah nak nangis kalo xde hal, mama dan papa paham.. emosi Raidi masih terganggu dgn perubahan yg berlaku. Namun, jauh di sudut hati mama, mama dapat rasakan Raidi tak apa-apa, dia cuma perlukan masa untuk adapt to this new situation. Anak mama dan papa kuat, kan? 

Sedar tak sedar, hari ni genap 100 hari Raidi bersama mama dan papa. Mama dan papa sentiasa berdoa semoga Raidi akan terus membesar dgn sihat dan ceria.  Selamat hari lahir yg ke seratus hari, sayang. Mama dan papa sayang Raidi sgt2.

#100Harijadi #MyBaby
Yang benar,
Papa & Mama
Khalish Raidi Imadi

Tragedi Xboleh Masuk Rumah 2013

Vacation disaster la jugak name die ni.. Tragedi kunci ni berlaku sebaik saja kami balik dari bercuti di Melaka Sabtu lepas.

Dalam kehangatan cuaca pukol 4.00 ptg kami pun sampai di depan umah, aku masih melayani Raidi di seater belakang kereta manakala Fitri keluar dr kereta untuk bukak kunci rumah. Unfortunately, tiba-tiba masa pulas, kunci utama pintu rumah tu pun patah.

Pintu belum unlock. Keadaan tegang seketika. Fitri cari akal macam mana nak settle, while aku terus melayani Raidi supaya dia xcranky dik kepanasan yg agak menggigit kulit jugak petang tu.

Fitri lantas reverse balik kereta untuk pergi cari kedai kunci nak buat duplicate katanya. "Kita try dulu even kunci dah patah". Kami ke Central Mart Saujana Utama since hanya kat situ ja ada kedai kunci yg boleh buat duplicate bila kunci original dah patah. Tapi kata org tu, 50-50.. samada boleh bukak atau xboleh..

Bila kunci duplicate dah siap kami patah balik la ke rumah nak try. Sekali lagi kami diuji, kunci duplicate tu xboleh match. Agak mati akal jugak aku kat situ. Aku risau Raidi dah xtahan panas. Dalam masa yang sama, Fitri cuba call Bangla dan Indon yg pernah dtg buat pembaikan dan renovasi rumah untuk pecahkan tombol pintu tu. Dalam kepala aku pun hanya fikir satu cara, pecahkan tombol pintu itu. Yup, satu cara je, there’s no other way selain PECAHKAN TOMBOL PINTU TU, yg akan melibatkan kos ganti balik tombol pintu yg pecah dan kunci baru. Aku dah xfikir cara lain dah. Yg penting settle dgn cepat. Kalo korang, ape yg korang buat?

Tapi still dlm hati aku, xhenti2 berdoa supaya dipermudahkan untuk kami settle problem ni. Tiba-tiba Fitri dpt satu idea untuk pergi ke site office developer mintak tolong. So, kami pun ke sana lah, xjauh pun, xsampai 5 minit dari rumah since diorg ada fasa baru yg sedang dibangunkan berdekatan kawasan residensi kami.

Syukur, office ada orang even hari cuti. Yg kedua, adakah org itu dpt membantu? 2 perkara yg aku sgt concern. Alhamdulillah, Allah permudahkan bila kita berdoa dan betul2 percaya Allah akan bantu kita. Dengan alasan ada baby kecik yg Fitri gunakan, mereka dpt arrange org yg pandai bab2 ni dgn cepat.

So, problem kami settle dgn cara yg kami xsangka pun. Bukan pecah tombol pintu. Tp org yg pandai unlock sliding door dgn cara ‘badang' tu naik ke balkoni tingkat atas rumah kami untuk unlock grill guna kunci yg kami ada dan unlock sliding door dgn cara angkat jer dan terus dpt akses masuk ke dalam rumah dan bukak pintu utama melalui dalam. How miracle, wasn’t it?

Raidi lepak membelakangi grill dan sliding door yg dimaksudkan


Dan yg lebih amazing, kami xperlu keluar ape2 kos pun untuk itu. Alhamdulillah. Sekian. Wassalam.

January 10, 2013

Babysitter Oh Babysitter!

Xde perkataan lain yg bermain di benak fikiranku buat masa sekarang melainkan babysitter.
Susah jugak bila jadi parents berkerjaya ni. Xboleh nak simply berhenti kerja jaga anak. Bersyukurlah sesapa yg ada sedara yg boleh jaga anak kita sewaktu bekerja. Xdelah risau sgt.
Bukan senang nak percaya ‘orang asing’ untuk menjaga baby seawal usia 2-3 bulan. Tambahan lagi, zuriat pertama kami ni bukan sekejap kami tunggu nak dapat.
Memang agak berat hati kami nak melepaskannya pada ‘orang lain’ untuk menjaganya. So, aku memang selalu berdoa supaya Allah kurniakan seorang babysitter yg dapat menjaga Raidi mcm kami menjaganya.
Teringin aku nak share satu kisah pengalaman aku dalam mencari babysitter Raidi Isnin lepas. Aku ada pergi ke sebuah taska berdekatan office aku. Actually kwn aku ni kenal dgn owner taska tersebut. Apa yg berlaku, apabila aku dan kwn aku sampai di hadapan gate taska tersebut, kami pun berila salam dan memberitahu hajat kami untuk masuk melawat kawasan, tp penjaga taska itu meminta diri untuk masuk sebentar nak tanya Kak I (owner) tu dulu. Okla, kami pun tunggula kat luar di tengah cuaca yg panas terik.
Rupanya bukan sebentar, lama jugak kami tunggu kat luar taska tu barula Kak I keluar dgn senyuman. Katanye dia dlm toilet. Okla, her excuse was accepted. Tp bila kami melangkah masuk je ke dlm kawasan taska, dia jemput kami duduk di luar sahaja, katanya budak2 semua tidur. Takot bila kami masuk nanti mengganggu mereka. So aku dan kwn aku pun akurla. Tp dlm fikiran masing2, kami xpuas hati sebenarnya, takkanla kami nak jenguk sikit pun xboleh. Langsung xdiberinya kami akses untuk tengok keadaan di dalam. Oleh sebab itu, kami xlama pun duduk di situ untuk berbual, kami pulang saja lepas tu.
Tp sebagai ibu baru, aku sebak dlm perjalanan pulang tu, mcm2 aku fikir, apela yg berlaku pd anak2 terutama bayi dlm rumah taska tu. Aku xsanggup bila terbayangkan si kecilku dlm tu. “Ya Allah, lindungilah anak-anak kecil itu daripada sebarang perkara yg tidak baik.”
Mungkin aku terlalu emosional, tp aku rasa aku patut sensitif bab-bab camni.
So far, aku memang xnak hantar Raidi ke taska. Kalo boleh aku prefer babysitter yg dapat jaga Raidi mcm anak dia sendiri.
Petang nanti aku akan berjumpa dgn 2 org babysitter area rumah aku, Seri Pristana dan Saujana Utama. Melalui panggilan telefon, aku ada dapat sedikit details mengenai mereka :

Babysitter A : Berhenti kerja untuk jaga anak sendiri kat rumah. Blom ada baby atau budak lain yg dijaga sekarang.

Babysitter B : Ada 3 org anak : form 1, darjah 4 dan tadika. Skrg jaga 2 org anak lecturer, 3thn dan 4thn.

Babysitter C : Ada anak, tp besar2 dah. So dia buat bisnes babysitter ni dgn anak dia. Skrg jaga 6 org budak, termasuk 3 org budak transit dan sorang baby 10 bulan.
Ptg ni kalo sempat jumpa babysitter A & B dulu since diorg dlm kwsn taman aku. Kalo OK, aku akan buat pilihan antara dua tu aje. Kalo x OK, barulah aku akan jumpa babysitter C yg duduk di kawasan kampung bersebelahan taman aku.
Di sini aku share jugak tips-tips lain untuk mencari babysitter :

1.Tanya jiran, kwn2 lain tentang bakal babysitter tu (kalo di recommend sudah bagus!)

2.Lihat persekitaran dan kebersihan rumahnya -  xde tempat pembiakan nyamuk, xde kucing.

3.Perhatikan perangai anak-anak dan suami bakal babysitter – xnaklah anak-anak dia jenis yg suka menjerit2, terganggu tidur baby kita dan xelok juga nanti bila baby kita dah besar terikut-ikut pula.

4.Ikut gerak hati dan solat hajat / istikharah.
Semoga urusan kami dipermudahkan. Doakan kami ya kawan2.
Raidi tgk mama posing :p

January 2, 2013

Bila Baby Raidi Masuk 2 Bulan


Air liur Raidi meleleh-leleh..

Sehari sblm umur Raidi mencecah 2 bulan, Raidi xpoopoo sehari suntuk. Ofkos la papa dan mama baru ni a bit gelabah bila baby yg selalunya 2-3 kali poopoo sehari, xpoopoo langsung seharian. But then, the next day Raidi poopoo dgn tinja yg lebih pejal pd hari kelahirannya genap 2 bulan sebagai tanda dia sudah masuk bulan baru...

Alhamdulillah, so far Raidi sihat dan aktif walaupun air liur meleleh :p So, masalah baby xserasi dgn nama tu xwujud la. Raidi seorang baby yg sgt hepi & ceria. Xmudah merengek pun. Syukur alhamdulillah di atas rezeki kesihatan cemerlang yg sentiasa diberikan. 

Pendapat mama & papa selepas 2 bulan pemerhatian, Raidi ni seorang yg independent. Kami fikir sebab kami berdua pun anak kedua dlm famili, so memang xlari la sifat independent tu. Di mana sesuainya kekabu kalau x dgn bantal busyuk kan? Hehe.

Sebagai new parents, aku sgt bersyukur sbb kami xpernah perlu berjaga malam sebab Raidi nangis2 atau nak main sampai pagi. Raidi hanya bangun malam untuk minum susu atau tukar pampers je. Raidi boleh tido sendiri waktu malam, xpayah dodoi. I think sebab kami dah train him sejak dari awal lahir. Lepas minum susu waktu malam mesti terus tido balik. So, kami kurangkan komunikasi dgn dia dan terus masukkan dia dalam baby cot. Kalo dia nak main pun, dia main sendiri dalam tu kejap je dah tertido. Lepas tu barula aku selimutkan dia.

Baby Raidi blom amek suntikan 2 bulan setakat penulisan aku hari ni. Dah delay 10 hari dari hari dia genap 2 bulan. Mama xsampai hati nak tgk baby kena cucuk lg. Aritu masa sebulan, Raidi kena cucuk sewaktu dia lali nak tido. Kesian dia terkejut sakit. Tp Raidi is a good boy, dia nangis kuat pun sekejap je, pastu terus tido. Mama still kesian sbb to me baby adalah golongan yg terlalu 'halus' utk terima suntikan yg 'ala2 kejam' gitu. Tgkla bila mama dah diberi kekuatan nanti barulah g amek vaksin tu.

Comparing masa sebulan dulu, jarang nak nampak Raidi senyum, kini bila dah masuk 2 bulan, Raidi makin mudah senyum, ketawa 'mute' beserta kenyitan mata dan suka bercakap jugak. Time menangis nak susu pun kuar pelbagai vowel, mcm berleter pulak. Hahaha.. mmg kelakar. Terkadang jaga pukul 4 pagi nak tukar pampers pun dia nak bercakap. So ceria dgn kening dia yg kdg2 diangkat mcm Ziana Zain. Huhu...

Raidi syg, mama & papa excited sgt nak tgk perkembangan syg setiap hari. Mama xsabar nak tengok syg gelak besar (unmute version) bila digeletek. Teruskan membesar dengan sihat & ceria wahai anakku!

Raidi dah xgemar tido kt bantal karipap baby, dia suka bantal papa :p


November 19, 2012

Baby Raidi Sebulan



Hai uncle, hai aunty, hai sume!

Tinggal beberapa hari lagi usia Raidi akan mencecah sebulan.

Berikut adalah 10 perkara yang mama & papa dah belajar/kenal tentang Raidi :

1. Raidi xboleh tunggu2 kalo lapar. Selalunya bila dia terjaga selepas 2-3 jam tido, susu MESTI READY. Kalo lewat, nanti bisingla satu umah. Mama masih ingat lagi, time anak mama dlm perut, masa tu bulan posa... kalo pukol 3 ptg ke atas tu, baby asyik menendang ja... Sampaila bila mama berbuka barulah baby pun diam. Rupa2nya anak mama xboleh tahan lapar ya.. hehe...

2. Raidi kalo mandi senyap ja... sebab dia terpaksa menahan sejuk air tu (walaupun mandi air panas). Anak mama xtahan sejuk orgnya. Lepas mandi slalu menggigil. Kalo bukak air-cond pun xpyh lama2. Sbb tu anak mama sehat, kan?

Si comel Raidi sedang tido...

3. Raidi kalo tido suka mendengus dan berdehem. Hahaha... yg ni lawak. Kalah org tua, mcm2 bunyi ada.

4. Raidi mama ada 2 jenis mamai di kala tido yg sangat sweet. 
i. Ketawa 'eheh, eheh, eheh' (yg ni mama suka tunggu nak tgk). Tok Raidi kata 'kwn' Raidi ajak Raidi main sbb tu dia gelak.
ii. Sebek mulot dan mula nak nangis seolah2 mcm ada org marah dia. (yg ni papa Raidi suka tgk, dia kata cute sgt)

5. Raidi bila nak start nangis dia akan bunyi mcm enjin keta lama nak start xboleh dulu. Ek..ek..ek.. pastu baru "WAAaaaa..."

6. Yg ni part paling klako, Raidi kalo time nak poopoo mesti bising. Bukan sbb sembelit, tp bagi bayi baru lahir, perkara ini adalah 'hard work' for them. Sampai merah muka dia bila time nak 'buat projek'. Kesian anak mama..

7. Baby Raidi ada 3 skin colors. Kulit asal putih merah akan muncul time dia tido/dlm keadaan tenang. Muka Raidi akan bertukar ke merah padam bila dia nak poopoo. Dan yg paling dasat, muka Raidi bole jadi itam kalo dia nangis kuat sangat. 

8. Raidi ni baby yg xsuka dibedong. Seawal usia 3 hari kalo xsalah mama, Raidi dah cuba untuk keluarkan tangan dia dari kain bedong tu. Selagi xberjaya keluarkan kedua-dua belah tangan, selagi tu lah dia akan berusaha sampai muka merah padam.

9. Raidi xsuka selimut. Yg ni klako, even Raidi dah nyenyak tido dibuai mimpi indah, tp bila dia terjaga dan rasa badan berselimut, dia akan start tolak selimut tu dgn kakinya sedikit demi sedikit sampai seluruh selimut tu tiada atas badan baru dia sambung tido balik. Yg ni kami pernah intai tgk sendiri dik eagerly nak tau sebab apa dia bunyi `eh..`eh sorang2 dlm baby cot tu, rupa2nya dia sedang 'buat keja' tu. Tergelak kami.

10. Raidi selalu sedu selepas selesai poopoo.

"Saya pandai bwekk la mama.."



November 1, 2012

From Mama to Papa With ♥

Dear papa,

Sedar xsedar, dh seminggu kita jadi mama & papa. Peristiwa Rabu minggu lepas masih segar dlm ingatan mama. Semakin jauh meninggalkan hari itu, makin rindu pula rasa.

Selepas 7 hari bergelar mama, mama rasa rupanya pembacaan dan jangkaan je xcukop utk mengharungi dunia baru sbg papa & mama. Pengalaman itu lebih utama. 

Mama terharu sgt, selama seminggu ni, mama blom pnah lg basuh berak/kencing baby.  Sume papa buat dgn penuh kasih syg. Papa langsung xkeberatan bangun malam buatkan susu, dodoikan Raidi bila Raidi nangis di mlm hari. Mama terharu sgt. Mama xsangka Papa Raidi sanggup buat sume tu demi mama.

Sbg mama baru, mcm2 emosi muncul dlm hati mama. Perubahan hormon. So, kdg2 hepi, kdg2 sedih sgt. Rasanya xramai yg tau pasal ni kot.. Sbb kalo google pun xjumpa.  Mama rasa satu kehilangan walaupun pd zahirnya org akan nampak/fikir mama akan hepi & bahagia bila dpt cahaya mata.

Bg mama peralihan status ini lebih mencabar emosinya berbanding emosi semasa mama mengandung dlu. Ditambah pula bdn mama kotor/lemah (xboleh solat), so paham2 jer lah. Namun, Alhamdulillah.. keprihatinan papa menjadikan mama utk lebih positif. 

Mama sepatutnya rasa bertuah sgt.

Sekurang-kurangnya mama mempunyai masa utk cool down krn mama ada papa yg take care baby. Mama ada mak yg take care keja2 umah. Mama cuma perlu rehat jer..

Mama bangga masa pegi hospital semlm, papa lah yg dukung/mengasuh Raidi dr mula tiba hingga balik sementara tunggu turn mama masuk jumpa doktor. Sampai ada mata2 suami lain yg mengerling dan menegur 'keberanian' papa utk jaga bayi seawal usia 6hari seorang diri.

Mama rasa mama perlu luahkan apa yg tersimpan di hati mama ini supaya papa tau mama hargai setiap jasa papa.

Arini papa mula keja, berat je ati mama nk bg papa g keje td, mama nangis... Entahla, kalo pk blk tah pape je mama ni. Manja sgt kot..

Blk keja td, papa tunjuk ni kat mama. Nama baby dh selamat papa daftarkan. Thank you papa ♡


October 30, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Raidi (Part 3)

Selepas Dr. Siti jahit episiotomy itu, aku dh xsedar pape. Disebabkan keletihan yg melampau dgn kesan laughing gas yg masih kuat, aku tros tertido di situ. Sedar2 semua telah disiap bersihkan. 

Aku dibawa ke bilik dgn wilcha. Masuk je bilik, aku nampak husband aku di tepi katil. Aku terpinga2 dan terus bertanya, "mana baby kita?" Slowly Fitri bgtau baby kena tahan di bilik khas. Paed takot baby terkena jangkitan demam dan sbb baby dah tertelan najis sendiri akibat lambat keluar. Aku sedih. Fitri lalu tunjukkan mesej ini untuk aku.



Aku tros menangis sebak. Aku tau Fitri benar2 xterucap sbb tu dia terpaksa tulis. Aku faham dia nampak apa yg aku telah lalui... aku jugak sgt terharu dgn pengorbanan dia sebagai suami terutamanya sejak mlm semlm. Semuanya telah memantapkan kasih syg kami yg terjalin sbg suami isteri. Begitulah hebatnya hikmah bila suami dpt tgk sendiri bagaimana isteri bersalin. 

Dlm keadaan masih lemah, aku gagahkan jua diri utk mandi supaya aku dpt tgk baby dlm keadaan bersih sempurna.

Fitri tolak aku dgn wilcha ke bilik baby. Aku dpt masuk utk cium baby buat pertama kalinya. Tp aku xdibenarkan breastfeed baby krn masih demam.

Baby Raidi selepas baru dilahirkan

Kami bermalam utk mlm kedua di hospital demi baby. Keadaan aku pun masih dipantau. Akibat efek ethonox tu, aku rasa dunia aku masih di bwh sedar. Aku boleh ckp, boleh nampak, boleh respon mcm biasa  tp semua mcm lali. Keluarga terdekat & kwn2 dtg melawat mlm tu, tp aku rasa laloq sgt. 

Alhamdulillah, kami dibenarkan pulang keesokan tgh hari. Aku dh xdemam lg. Baby pun xdemam. Tp paed pesan supaya kami segera ke hospital sekiranya baby demam sbb baby berisiko utk kena jaundice. 

Alhamdulillah, hari ni dh masuk hari ke-6, baby sihat walafiat. Cuma mummy yg masih dlm proses recovery zahir & batin.




Posted via Samsung Galaxy Note 2*



October 29, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Raidi (Part 2)

Jam menunjukkan pukol 8pg. Aku sudah terbaring di katil labour room sementara menunggu pakar bius sampai utk prosedur epidural. Di perutku dipasangkan alat (CTG) utk melihat tahap contraction. Bab VE xusah ceritalah.. mmg kerap di check.

Aku dan suami menunggu dgn penuh sabar. Ye lah, kami dh semalaman xtido.. harap pg tu lepas kena epi dptla tido kejap.

Tunggu punya tunggu sampai pukol 10pg baru Dr.Hadi tu muncul. Ada kes lain pg td katanya. Lg pun aku xbuat appointment awal nak epi, aku mintak adhoc. Nasib baik ada slot.

Dlm kesakitan tu aku diberikan kertas utk ditandatangani sebelum prosedur epi bermula. Jd aku sempat soal Dr. tu apa risiko epi etc. Dr. terangkan secara ringkas since dlm kertas tu dh ada dinyatakan. (Sapala nak baca nota byk2 time skt kan?) Dr. ckp kalo tulang belakang bengkok maybe epidural xboleh buat. So, aku declare yg aku ada scoliosis supaya Dr. dpt check dlu sblm buat.

Selepas didapati scoliosis aku di tahap kecil, Dr. Hadi ckp dia akn cuba buat jugak. So, kami tros akur, xnak buang masa lg. Contraction makin memuncak. Sakitnya bkn kepalang.

Dgn bantuan HA2 labour room, epi siap dipasang di tulang belakang aku pukol 10.20pg. So, selepas 15minit baru terasa kesannya. Wahh.. syoknya, xsakit dah. Tu yg sempat amek pic dlm labour room update dlm FB tu :p

Labour room

Selepas itu, nurse dtg utk memecahkan air ketuban. Poop! Tujuannya adalah untuk mempercepatkan bukaan serviks. Aku masih ok, xsakit pun. Graf CTG aku dimonitor.. semakin lama semakin menurun contraction. Nurse terpaksa tambah air ape tah (induce kot) utk tingkatkan level kontraksi. Bukaan dh cecah 5cm pukol 12 tgh hari.

Kali ni mujarab, level of contraction makin naik.. tetapi.... aku pulak makin merasa sakit. Epidural macam xberkesan! Aku komplen sakit!!! Dr. suruh nurse masukkan dos epi tambahan. Memang Dr. xbagi full dos sbb xnak hilangkan sensasi aku nak meneran nnt. Dos yg diberi dh cukop utk cover separuh kesakitan dr perut hingga ke kaki katanya.

Aku makin sakit. Kontraksi memuncak2 naik. Epidural bagaikan mimpi indah yg singgah hanya utk sementara cuma. Chewahh!~

Dlm keadaan aku yg sgt khayal akibat terpaksa sedut jugak gas ethonox yg mmg xberkesan langsung dan lemah dlm kesakitan itu, aku dibuai2 ke satu alam lain. Hubby ckp aku ada meracau.

Hubby ttp sabar menenangkan aku di tepi katil. Dia usaha bertanyakan nurse apa2 yg boleh dibuat lg untuk mengurangkan kesakitan aku. Diorg ckp dh xboleh tambah dos epi sbb nnt bahaya bila terkena paru2. "Sakit bersalin mmg mcm ni.. kena byk bersabar..." ujar salah seorang HA di situ.

Aku rasa semakin sakit, semakin nak teran.
Tp bila nurse check bukaan pukol 1ptg baru nak mencecah 6cm. Nurse xbg aku teran. Aku ckp dh xtahan. Nurse check rahimku dh bengkak sbb meneran sblm masanya. Aku semakin lemah sbb tahan sakit dan dlm masa yg sama tahan supaya xteran.

Nurse dtg check suhu bdn aku. Demam sudahh...

Pukol 2ptg bukaan dh mencapai 7cm++. Nurse check dinding serviks aku dh menipis, dh nampak kepala baby. Dlm saat2 getir tu, bole pulak nurse tu bgtau baby aku sgt aktif. Nurse masuk jari nk check bukaan serviks brapa cm, baby gerak kepala tolak jari dia. Haha..

Pukol 2.30ptg, gynae - Dr. Siti Mariam dtg  check bukaan. Almost 8cm, kepala baby dh bwh sgt. Baby dh berak (fetal distress), jantung baby sgt laju, 200 lebih.

Aku merayu2 nak teran sbb dh xdaya menahan. Dr. tros buat keputusan utk selamatkan baby. Aku dgr Dr. bg arahan segera kpd HA2 labour room tu utk get ready. Suami aku pun diberi task utk sama2 membantu aku push.

Tiba-tiba ada pulak tempat sangkut kaki dikeluarkan dr sisi katil tu. Kedua-dua belah kakiku diangkat letak di atas tempat tu untuk memudahkan aku meneran.

"Ok, start contraction, kamu push! Saya akan cuba bantu kamu dgn vakum." Arah Dr. Siti kpd aku.

Sambil monitor graf CTG utk mengetahui bila kontraksi berlaku, mereka sama2 memotivasikan aku utk push dgn sepenuh tenaga.

Apabila sudah 3 kali push dgn penuh tenaga sampai abes tenaga, aku tros surrender, aku bgtau "aku dh xlarat..."

Aku memang dh lemah sgt... ditambah lg dgn demam, aku sampai muntah2 push baby kuar tp aku xrasa ada benda keluar pun.

Namun, dgn berkat doa semua, kali ke-4 aku push skali lg dgn sokongan Fitri yg bersungguh2 dan tarikan vakum Dr. Siti, aku dpt rasakan baby keluar dgn mudahnya. Alhamdulillah.. aku bersyukur ke-hadratMu ya Allah.

Dr. Siti sempat mengambil anakku yg masih berdarah itu lalu membalutnya utk diletakkan di atas dadaku sekejap sebelum dibersihkan.

Selepas itu, gynae jadi tukang jahit. OMG episiotomy!!!

Bersambung..



Posted via Samsung Galaxy Note 2*

Pengalaman Bersalin Baby Raidi (Part 1)



Tanggal 23 Oktober 2012, setelah kandunganku mencecah 38 minggu 4 hari, aku turun tanda - ada bloody show pg Selasa tu lebih kurang pukul 11pg. Aku tros bgtau mak. Mak tanya skt x? Aku dgn selamba je jwb xskt pun. Aku sempat menyapu rumah lg pg tu. 

Dlm pukol 1ptg, aku terasa ada kontraksi berlaku. Blom sakit kuat, cuma satu rasa cramping di bhgn perot ke bwh + backache yg dtg dgn kekerapan 5minit skali. Bole dikatakan very mild contraction = 2/10. Agak ajaib bg aku sbb timing yg aku rekodkan tu tepat 5minit, ia dtg. (Badan kita pun bole punctual hokay!)

Suamiku bekerja hari tu. Aku ditemani mak di rumah. Memang kalo ikut tanda, aku rasa lambat lg nk bersalin. Due date aku pun 2/11, ada masa lebih kurang seminggu lebih lg, sempatlah nak raya korban dulu...

Tp dlm kul 3ptg mcm tu, aku terasa kontraksi dh bertambah kuat ke 3/10. Masih xsakit cuma lebih terasa cengkamannya. Aku risau xsempat ke hospital (xreti jangka, maklomla first time), so Fitri blk awal dr ofis. Kami ke Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) dlm kul 4ptg. 

Sampai di sana, aku tros dibawa ke labour room utk check bukaan & tahap contraction. Selepas diperiksa, bukaan hanya 2cm (posterior) dgn tahap contraction rendah setiap 5minit skali. Aku diberi pilihan samada nak stay tros di hospital atau pulang dlu. Disebabkan masih ada brg yg tertinggal di rumah, aku & hubby amek keputusan utk pulang dlu.

Dlm perjalanan setengah jam ke rumah dr hospital tu, aku dpt rasakan kontraksi bertambah kuat, aku agak dlm 5/10. Dh mula sakit sikit. Aku dpt rasakan kontraksi bertambah kuat selepas nurse VE (seluk) td.

Bila dh sampai umah ptg tu, aku bgtau mak yg aku dh bertambah sakit. Mak ckp biar btol2 skt baru ke hospital, kalo x lambat tunggu sbb ni anak pertama. Aku sempat dinner nasi dgn sambal udang dan masak lemak petola masakan mak lg mlm tu. Dlm menahan skt sikit2 tu, Fitri yg suapkan aku. Aku jugak sempat tonton episod Masterchef & Adam Dan Hawa mlm tu. 

Selepas pukol 11mlm, aku rasa sakit kontraksi dh bertambah lg, 6/10. Aku risau nak tunggu esok siang baru ke hospital sbb xnak Fitri drive dlm keadaan panik. So kami decide ke hospital mlm tu jugak. 

Apabila tiba di hospital, aku di check skali lg mcm ptg td. Bukaan masih lg 2cm dgn kontraksi lebih tinggi dr ptg td 5minit skali.

Kami trus check-in bilik 207 (Anggerik Suite) mlm tu. Aku dinasihatkan utk tido supaya esok cukop tenaga utk bersalin. Aku lega bila dgr diorg bg jangkaan aku akn bersalin esok dlm waktu tengah hari.

Sakit kontraksi bertambah kuat dr jam ke jam. Dr pukol 12am aku cuba tido tp xbole sbb skt tu sgt 'mengcengkam'. Kalo skt tu dtg dlm 15minit skali xpe la jugak, sempat tido 6minit at least, ni every 5minit. Baru nk lelap, dh sakit pulak. Susah nk describe skt contraction tu mcm mana, tp ada sedikit mcm period pain (kelas tinggi) + back pain +  waist pain etc..  Xdpt nk digambarkan dgn kata2.

Fitri dgn setia menemani & melayan karenah aku yg menahan kesakitan. Dia pun xtido. Dlm kul 3am camtu, sakit bertambah kuat, 7/10. Aku rasa mcm dh xtahan sgt. Fitri press bell panggil nurse dtg. Aku mintak suntikan Phetidine. Tp xrasa apa pun. Tetap skt. Bukaan masih 2cm. Aku mintak nak epidural tros sbb btol2 dh xtahan. Nurse tu ckp aku kena tggu pakar bius pg esok utk epidural.

Setiap kali sakit dtg, Fitri pegang aku sambil sama2 istighfar & baca apa yg patut sehinggalah ke Suboh.

Selepas Suboh, nurse dtg ke bilik kami mintak aku bersiap2 mandi dan sarapan supaya fresh & bertenaga sebelum masuk ke labour room pukol 8pg nanti. Terus terang aku ckp, aku cuma mampu berus gigi dan mkn sket je, kudrat nk mandi bagai dh xde setelah semalaman menahan sakit dan xtido.

Aku dibawa masuk ke labour room dgn wilcha.. 

Bersambung..


Posted via Samsung Galaxy Note 2*


March 14, 2012

Tahniah, awak mengandung!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kami panjatkan di atas kurniaanNya yg tidak terhingga selama ini. 

Pd tanggal 6/3/2012, iaitu hari Selasa minggu lepas, aku telah disahkan hamil. Mungkin tiada siapa yg dpt merasai betapa terharunya kami di saat itu. Pemberiaan anugerah kpd kita setelah sekian lama menunggu, harga & nilai kenikmatannya akan lebih dirasai. Betapa tinggi nilai nikmatNya itu, sehingga kami sendiri xdpt nk meluahkan dgn kata2 setelah 4 thn menanti.

Setelah lebih 10 hari lewat period, dgn rasa perut cramp2 dan segala rasa lain bg kebiasaan perempuan nak period/pregnant, aku ambil keputusan utk check UPT di rumah. So, sblm Subuh aku bgn utk buat. Keputusannya DOUBLE Line. Aku sgt terkejut sendiri sbb :

1. Xpnah tgk hasil double line.
2. Sbb warna line tu sgt terang. 

*Terharu sorg2 dlm bilek air.

Aku sebak & masih rasa xpecaya, so xboleh nak bertitah utk bgtau Fitri lepas kuar dr bilek air. Lepas solat Subuh baru aku cuba bgtau Fitri. Dlm kesusahan nk kuar perkataan positif tu, Fitri pick up jugak. Aku terus sambung ayat hati aku, "xpercaya.."

*Kemudian Fitri ajak aku ke klinik utk confirmkan.

Syukur, doktor sahkan aku mengandung. Ni kata2 doktor yg paling aku ingat :

" Tahniah, awak pregnant. UPT u tunjuk strong positive."

Dgn nada berseloroh, doktor ckp ntah2 twin, sambil tersenyum.

Walau apa pun tolong doakan aku dan kandungan sehat. Im in week 7 today. Xsabar tunggu nak scan nanti ;)
UPT positif di rumah..

February 26, 2012

Persamaan Majlis Raikan Cinta Yusry & Lisa Dgn Kami

Di sebalik tabir, rupa-rupanya...

Ada yg sama... tp xserupa....

Kita start dr majlis hantar tanda Lisa & Yusry...

Rona baby blue menjadi pilihan hati utk baju majlis hantar tanda mereka...

Tgk warna baju tunang kami lak...

Rona baby blue gak menjadi tema utk majlis tunang kami...

Tima nikah sama-sama rona off-white...

Lisa salam dari kedudukan sebelah kanan...

Saya pun kebetulan salam dr kedudukan sebelah kanan selepas akad nikah selesai :P

Dan photographer majlis kawen kami sama...

Azmin Nur @ owner of Pretty Peektures 

Sekian, entri suka2 untuk kali ini. Jgn jeles tp enjoy ye. Hikhik...


February 16, 2012

Myeg Lipas Kudung


Selamat hari Khamis. Hari ni adalah hari ulangtahun pertama kereta aku. Happy 1st birthday, Tiffany. Ahaks!~

So, in other words, my car insurance and roadtax expired today. Sbb tu tajuk di atas ada puji pasal Myeg. Huhuhu…

Dalam keghairahan org bukan Islam sibuk dgn agenda Valentine di pertengahan bulan Februari, aku sibuk cari the best insurance quotations for my car. Lastly, lepas compare beberapa insurans, I chose to renew my car insurance with Sime Darby Lockton sebab dapat la sket rebate utk staff.

Untuk makluman, Sime Darby Lockton bukanlah sebuah syarikat insurans, tetapi ia merupakan sebuah syarikat broker insurans.

Semuanya mudah dan pantas. Insurans aku ON lepas buat online payment xsampai setengah jam.

Lepas tu, Myeg hantar roadtax kat aku pada hari yg sama lepas aku buat permohonan. Servis Myeg mmg dah byk kali aku dengar sangat cepat (lipas kudung), tp this is the fastest (xsampai 4 jam pun!), bila uols renew sebelah pagi sebelum jam 12pm, uols boleh dpt the new roadtax hari yg sama sebelah ptg. Tp maybe tgk kawasan jugakla, I’m fortunate to live in Klang Valley, kalo Kg. Pisang Usop Wilcha, blom tentu kot. Hehehe…

Lesen Tiffany... cantik, ade kaler pink, oren dan purple

February 8, 2012

Jalan-jalan Ke Bukit Fraser

  
Bkt. FraserPerjalanan dr KL ke Bukit Fraser, Pahang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Menelusuri jalan bengkang-bengkok yg jauh, di mana hanya satu lane sempit tersedia utk naik dan turun dr bukit bg aku adalah agak mencabar, even jalan naik ke Gunung Brinchang pun boleh tahan lagi kot, sbb xdela jauh mcm ni, cuma licin sket sbb lembap kabus. Memang kecut perut jugakla bila terpaksa layan corner sambil menyaksikan gaung di tepi tingkap.

Bertemankan radio yg kejap ade siaran dan kejap hilang siaran (almaklumlah dalam hutan berbukit-bukau), aku menghiburkan Fitri (the driver) dgn nyanyian lagu Ombak Rindu (;P) supaya dia tidak terlalu stress memandu. Jauh tu.. lebih dr 20km kena aktif gerakkan tgn pusing stereng ke kiri dan kanan lebih hebat daripada biasa. Bg yg kurang tahan dan mengalami masalah cepat mabuk dan sebagainya, memang inilah masanya muntah-muntah akan berlaku. Sediakan plastik dalam kereta sbb xboleh berhenti di tepi jalan since keadaan laluan yg sempit tidak mengizinkan utk kereta berhenti. Jgn lupa isi perut dulu untuk tenaga.

Bagi anda yg pergi satu kereta, jgn risau.. sbb dlm perjalanan bengkang-bengkok yg sunyi tu nanti, anda akan bertemu jugak dgn kereta di hadapan atau di belakang anda dan akan form seolah2 satu barisan konvoi xrasmi sebelum sampai ke destinasi.

Perkembangan terbaru pasal Bukit Fraser ni ialah : jalan naik dan jalan turun dr GAP (check point) dah xperlu ikut jadual sbb sudah ada jalan berasingan. Suhu pun dah xsejuk, so xperlu la pakai sweater.

So..
Kami sedar dah sampai kt atas tpt peranginan Bukit Fraser tu bila kami nampak clock tower yg ramai sgt org suka ambik gambar kat situ. Hehe.. kami pun xterkecuali la posing.

So xnak buang masa, bolela round2 Bukit Fraser tu. Dr satu tpt ke satu tpt ada penunjuk arah dan jaraknya bg saya xberapa jauh antara satu sama lain. Kami sempat masuk :

1. Allan’s Water
- Ada tasik mendamaikan dan boleh naik paddle boat. Satu bot bole naik 2 org, RM6 shj utk kayuhan selama 15 minit. Time kami sampai, org ramai.. maklumlah Thaipusam, so kena beratur untuk naik bot. Jumlah bot sikit, rasanya owner kena tambah bot lagi la. Lg satu, kat sini anda boleh dengar bunyik cengkerik yg kuat. Maklumlah dikelilingi hutan.



2. The Paddock
- Bole naik kuda. Kuda2 kat situ ada nama, ada sekor nama Star. Kebanyakan yg beratur nak naik kuda masa tu adalah kanak-kanak. Byr RM5 shj utk naik kuda, org yg jaga tu akan bawak kita pusing padang kat situ se-round. Cuma yg xtahan, bau hancing kencing kuda kat situ sgtlah uwekk.


       

- Jgn lupa try archery!


Lepas tu pusing2 tgk design banglo2 lama zaman Louis James Fraser (1890) kat sini, singgah ambik gambar, jogging dan berkelah kat taman2 awam pun boleh. Tp jgn cari Taman Bunga, cos kami pun cari xjumpa Taman Bunga, signage ada, tp bila cari.. cuma jumpa storage tpt org baru nak tanam pokok bunga. Baik pegi nursery Sg. Buloh!

        

Tpt makan ada beberapa lokasi, so bole pilih sendiri nak makan kat mana. Ada food court jugak. Aritu kami makan tengah hari kat restoran tepi Masjid Sultan Mahmood. Sedap nasik ayam dia. Harga pun berpatutan.

Dlm perjalanan blk, jgn lupa singgah Empangan Kuala Kubu Bharu, cantik tasek tu. Kami xlepas peluang bergambar kenangan. Dan seperti biasa, kami berdua ni, kalo masuk je satu2 tempat tu, dr tpt tu xramai org, lepas 2 minit akan bertambah2 ramai org kt tpt tu. Pelik tp benar. Begitulah yg berlaku kt empangan ni. Tiba-tiba ramai lak orang berhenti kat situ selepas kami. Huhu…


So, itu saja sedikit tips jalan-jalan ke Bukit Fraser utk tahun 2012. Semoga dpt memberi manfaat kpd yg xpernah pegi ke sana dan sedang merancang utk ke sana. Cao cin cao!~

February 2, 2012

Istikharah : Bagaimana Petunjuknya

Terpanggil oleh saya untuk menulis dan mendalami lebih mendalam bagaimana petunjuk yg akan diberi oleh Allah selepas kita beristikharah.

Satu perkara asas yg perlu kita tahu, solat istikharah bukan saja dilakukan untuk jodoh. Solat ini menjadi medium teragung bg kita umat Islam apabila kita tdk tahu untuk membuat pilihan yg terbaik. Jadi kita balikkan kpd Allah untuk keputusan yg paling afdhal.

Mungkin ada yg masih kurang jelas, benda yang telah kita yakin sebenarnya tidak lagi berhajat kepada Istikharah. Ada orang, berdepan dengan dua pilihan iaitu Petronas dan Esso. Tetapi dalam hatinya, dia memang telah sukakan Petronas dan dia tidak sukakan Esso. Dalam keadaan ini, kalau dia Istikharah sekalipun – dalam keadaan hatinya sudah meletakkan jawapan – Istikharah itu tiada maknanya. Istikharah hanya dalam perkara yang kita benar-benar buntu untuk memilih, antara A dan B keduanya sama berat. Dalam masa yang sama, kita tidak kisah pun kalau mendapat A ataupun B kerana keduanya tidak memberi mudharat kepada hidup kita. Jadi, Istikharah dalam hal itu adalah digalakkan.

Secara kasarnya, petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah merupakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini. In-sha-Allah, saya cuba nukilkan di sini setakat yang saya terbaca dr sumber2 yg boleh dipercayai mengenainya.

Al Imam Nawawi menjelaskan syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas dari sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita tidak berdiri untuk melakukan solat istikharah. Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca doa yang makthur yang diajar oleh Nabi S.A.W dalam hadis Jabir dari Riwayat Bukhari.


Petunjuk yang bagaimana?

Seorang guru pondok pernah berpesan tentang Istikharah. Katanya, ketika fikiran dan hati kita terbeban mahu memilih antara A dan B (atau lain-lain) maka hendaklah kita melazimi solat Istikharah. Dalam masa yang sama kita jangan tinggalkan Istisyarah. Antara petanda yang mungkin hadir adalah, ketika kita bangun daripada tidur dan teringatkan tentang pilihan yang membebani kita itu maka salah satu pilihan tersebut akan menjadi tenang di hati kita berbanding pilihan yang lagi satu. Ini salah satu petunjuk bahawa pilihan itu adalah yang terbaik untuk kita ikut. Mudahnya, petunjuk itu datang ke dalam hati kita sendiri. Kita sendiri akan merasai perkara tersebut jika kita benar-benar konsisten dengan Istikharah dan Istisyarah. Ia seterusnya akan mencetus keyakinan kepada kita dalam membuat langkah seterusnya tanpa ada lagi perasaan ragu-ragu.

Firman Allah Ta’ala : ”Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal“

An-Nawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnya.

Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan pilihan A atau B. Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat solat istikharah dan mimpi tiada kaitan, kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktor. Tetapi perlu faham, alamat istikharah boleh datang dlm bentuk mimpi… tp yg jelas ia akan datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Ibn Qayyim di atas. Wallahu a'lam