Air liur Raidi meleleh-leleh.. |
Sehari sblm umur Raidi mencecah 2 bulan, Raidi xpoopoo sehari suntuk. Ofkos la papa dan mama baru ni a bit gelabah bila baby yg selalunya 2-3 kali poopoo sehari, xpoopoo langsung seharian. But then, the next day Raidi poopoo dgn tinja yg lebih pejal pd hari kelahirannya genap 2 bulan sebagai tanda dia sudah masuk bulan baru...
Alhamdulillah, so far Raidi sihat dan aktif walaupun air liur meleleh :p So, masalah baby xserasi dgn nama tu xwujud la. Raidi seorang baby yg sgt hepi & ceria. Xmudah merengek pun. Syukur alhamdulillah di atas rezeki kesihatan cemerlang yg sentiasa diberikan.
Pendapat mama & papa selepas 2 bulan pemerhatian, Raidi ni seorang yg independent. Kami fikir sebab kami berdua pun anak kedua dlm famili, so memang xlari la sifat independent tu. Di mana sesuainya kekabu kalau x dgn bantal busyuk kan? Hehe.
Sebagai new parents, aku sgt bersyukur sbb kami xpernah perlu berjaga malam sebab Raidi nangis2 atau nak main sampai pagi. Raidi hanya bangun malam untuk minum susu atau tukar pampers je. Raidi boleh tido sendiri waktu malam, xpayah dodoi. I think sebab kami dah train him sejak dari awal lahir. Lepas minum susu waktu malam mesti terus tido balik. So, kami kurangkan komunikasi dgn dia dan terus masukkan dia dalam baby cot. Kalo dia nak main pun, dia main sendiri dalam tu kejap je dah tertido. Lepas tu barula aku selimutkan dia.
Baby Raidi blom amek suntikan 2 bulan setakat penulisan aku hari ni. Dah delay 10 hari dari hari dia genap 2 bulan. Mama xsampai hati nak tgk baby kena cucuk lg. Aritu masa sebulan, Raidi kena cucuk sewaktu dia lali nak tido. Kesian dia terkejut sakit. Tp Raidi is a good boy, dia nangis kuat pun sekejap je, pastu terus tido. Mama still kesian sbb to me baby adalah golongan yg terlalu 'halus' utk terima suntikan yg 'ala2 kejam' gitu. Tgkla bila mama dah diberi kekuatan nanti barulah g amek vaksin tu.
Comparing masa sebulan dulu, jarang nak nampak Raidi senyum, kini bila dah masuk 2 bulan, Raidi makin mudah senyum, ketawa 'mute' beserta kenyitan mata dan suka bercakap jugak. Time menangis nak susu pun kuar pelbagai vowel, mcm berleter pulak. Hahaha.. mmg kelakar. Terkadang jaga pukul 4 pagi nak tukar pampers pun dia nak bercakap. So ceria dgn kening dia yg kdg2 diangkat mcm Ziana Zain. Huhu...
Raidi syg, mama & papa excited sgt nak tgk perkembangan syg setiap hari. Mama xsabar nak tengok syg gelak besar (unmute version) bila digeletek. Teruskan membesar dengan sihat & ceria wahai anakku!
Raidi dah xgemar tido kt bantal karipap baby, dia suka bantal papa :p |
No comments:
Post a Comment