Tempat percutian ni bagi aku ada 3 kategori lah kalau dalam Malaysia ni, kawasan taman, kawasan perairan dan kawasan tanah tinggi. So, percutian lepas baru je pegi ke kawasan taman tema di A Famosa Resort, Melaka. Maka kali ni kami belok ke pantai ;p
Destinasi terpilih tidaklah jauh pun memandangkan aku mempunyai bayi yg berusia 0 tahun. So, aku decide nak merasa banglo/chalet/apartment Sime Darby yg ditawarkan kpd staf.
Pada mulanya, aku plan nak book masa cuti CNY, tp fully booked pulak 3 chalet tu, so aku terpaksa book a week after CNY, which was on 15, 16 dan 17 February 2013. Jenuh gak la aku meng ‘google’ review org yg pernah menginap kat Chalet Sinaran Selat tu, cuma jumpa seorang je, tu pun xcukop info dan xjumpa gambar yg dikehendaki. Di atas sebab itulah, aku terpanggil untuk menulis serba sedikit tentang percutian kali ni. Semoga bermanfaat untuk kawan2 yg bercadang nak menggunakan chalet berkenaan di masa hadapan.
Kami bertolak hari Jumaat pukol 11 lebih, so sampai dekat2 org nak solat Jumaat, so Fitri sempatlah join qaryah Teluk Kemang utk solat Jumaat berjemaah.
Nak dijadikan cerita, mata aku kena infection pagi tu, so xboleh pakai contact lens. Mata sebelah kiri aku pedih sgt haritu, asyik keluar air je dan bengkak. So, aku landing di katil chalet dgn perasaan kurang selesa nak bercuti.
Raidi pulak, sampai2 je terus excited. Bukan main lagi dia ‘bercakap-cakap’ memecah kesunyian rumah.
Ok sgtlah, dgn bayaran hanya RM50 semalam, kami dpt sebuah chalet yg agak luas, dgn 2 bilik tidur, satu living hall dan satu dining hall yg kemas. Berbaloi-baloi tau. Ditambah pulak chalet kami terletak dalam kawasan private dan mempunyai pantai sendiri, xpayah la susah2 nak berebut mandi laut dgn public.
Bila suasana petang menjelang, boleh nampak sang mentari jatuh betul2 mengadap sliding door hall chalet kami. Barula aku tau, patotla nama chalet ni Sinaran Selat. U can watch sunset just belakang chalet je. Warna keemasan sinaran tu memancar-mancar bila matahari mencecah rendah ke paras laut, sampai xboleh bukak mata nak tgk. Dramatik woo.
So, dlm sakit mata tu aku sempat jugak bawak Raidi jalan-jalan kat taman belakang chalet dan tepian pantai walaupun aku xsempat nak mandi laut. Huhuhu…
Layan gambar berbicara…
Raidi berehat sesudah sampai |
Anak papa |
Gigit papa |
The patio |
Old school one |
View dari bilik tidur kami |
Taman belakang chalet |
|
Aku yg sakit mata :p |
7 comments:
Apa web page tmpat ni? Ada no tel tmpat ni ✗?
salam bro.. tanya sikit. chalet nie 2 bedrooms or 2 rooms (one bedroom & one living)..
Hai, untuk pengetahuan semua, chalet ni untuk Sime Darby staff shj. 2 bilik tidur, 2 bilik air, 1 living and 1 small dining.
assalam...ade dapur ke untuk memasak?
Blh pm phone number x..urgent utk staff
Blh pm phone number x..urgent utk staff
Mcm mna nak book as a staff?
Post a Comment