November 19, 2012

Baby Raidi Sebulan



Hai uncle, hai aunty, hai sume!

Tinggal beberapa hari lagi usia Raidi akan mencecah sebulan.

Berikut adalah 10 perkara yang mama & papa dah belajar/kenal tentang Raidi :

1. Raidi xboleh tunggu2 kalo lapar. Selalunya bila dia terjaga selepas 2-3 jam tido, susu MESTI READY. Kalo lewat, nanti bisingla satu umah. Mama masih ingat lagi, time anak mama dlm perut, masa tu bulan posa... kalo pukol 3 ptg ke atas tu, baby asyik menendang ja... Sampaila bila mama berbuka barulah baby pun diam. Rupa2nya anak mama xboleh tahan lapar ya.. hehe...

2. Raidi kalo mandi senyap ja... sebab dia terpaksa menahan sejuk air tu (walaupun mandi air panas). Anak mama xtahan sejuk orgnya. Lepas mandi slalu menggigil. Kalo bukak air-cond pun xpyh lama2. Sbb tu anak mama sehat, kan?

Si comel Raidi sedang tido...

3. Raidi kalo tido suka mendengus dan berdehem. Hahaha... yg ni lawak. Kalah org tua, mcm2 bunyi ada.

4. Raidi mama ada 2 jenis mamai di kala tido yg sangat sweet. 
i. Ketawa 'eheh, eheh, eheh' (yg ni mama suka tunggu nak tgk). Tok Raidi kata 'kwn' Raidi ajak Raidi main sbb tu dia gelak.
ii. Sebek mulot dan mula nak nangis seolah2 mcm ada org marah dia. (yg ni papa Raidi suka tgk, dia kata cute sgt)

5. Raidi bila nak start nangis dia akan bunyi mcm enjin keta lama nak start xboleh dulu. Ek..ek..ek.. pastu baru "WAAaaaa..."

6. Yg ni part paling klako, Raidi kalo time nak poopoo mesti bising. Bukan sbb sembelit, tp bagi bayi baru lahir, perkara ini adalah 'hard work' for them. Sampai merah muka dia bila time nak 'buat projek'. Kesian anak mama..

7. Baby Raidi ada 3 skin colors. Kulit asal putih merah akan muncul time dia tido/dlm keadaan tenang. Muka Raidi akan bertukar ke merah padam bila dia nak poopoo. Dan yg paling dasat, muka Raidi bole jadi itam kalo dia nangis kuat sangat. 

8. Raidi ni baby yg xsuka dibedong. Seawal usia 3 hari kalo xsalah mama, Raidi dah cuba untuk keluarkan tangan dia dari kain bedong tu. Selagi xberjaya keluarkan kedua-dua belah tangan, selagi tu lah dia akan berusaha sampai muka merah padam.

9. Raidi xsuka selimut. Yg ni klako, even Raidi dah nyenyak tido dibuai mimpi indah, tp bila dia terjaga dan rasa badan berselimut, dia akan start tolak selimut tu dgn kakinya sedikit demi sedikit sampai seluruh selimut tu tiada atas badan baru dia sambung tido balik. Yg ni kami pernah intai tgk sendiri dik eagerly nak tau sebab apa dia bunyi `eh..`eh sorang2 dlm baby cot tu, rupa2nya dia sedang 'buat keja' tu. Tergelak kami.

10. Raidi selalu sedu selepas selesai poopoo.

"Saya pandai bwekk la mama.."



No comments: