Sedar xsedar, dh seminggu kita jadi mama & papa. Peristiwa Rabu minggu lepas masih segar dlm ingatan mama. Semakin jauh meninggalkan hari itu, makin rindu pula rasa.
Selepas 7 hari bergelar mama, mama rasa rupanya pembacaan dan jangkaan je xcukop utk mengharungi dunia baru sbg papa & mama. Pengalaman itu lebih utama.
Mama terharu sgt, selama seminggu ni, mama blom pnah lg basuh berak/kencing baby. Sume papa buat dgn penuh kasih syg. Papa langsung xkeberatan bangun malam buatkan susu, dodoikan Raidi bila Raidi nangis di mlm hari. Mama terharu sgt. Mama xsangka Papa Raidi sanggup buat sume tu demi mama.
Sbg mama baru, mcm2 emosi muncul dlm hati mama. Perubahan hormon. So, kdg2 hepi, kdg2 sedih sgt. Rasanya xramai yg tau pasal ni kot.. Sbb kalo google pun xjumpa. Mama rasa satu kehilangan walaupun pd zahirnya org akan nampak/fikir mama akan hepi & bahagia bila dpt cahaya mata.
Bg mama peralihan status ini lebih mencabar emosinya berbanding emosi semasa mama mengandung dlu. Ditambah pula bdn mama kotor/lemah (xboleh solat), so paham2 jer lah. Namun, Alhamdulillah.. keprihatinan papa menjadikan mama utk lebih positif.
Mama sepatutnya rasa bertuah sgt.
Sekurang-kurangnya mama mempunyai masa utk cool down krn mama ada papa yg take care baby. Mama ada mak yg take care keja2 umah. Mama cuma perlu rehat jer..
Mama bangga masa pegi hospital semlm, papa lah yg dukung/mengasuh Raidi dr mula tiba hingga balik sementara tunggu turn mama masuk jumpa doktor. Sampai ada mata2 suami lain yg mengerling dan menegur 'keberanian' papa utk jaga bayi seawal usia 6hari seorang diri.
Mama rasa mama perlu luahkan apa yg tersimpan di hati mama ini supaya papa tau mama hargai setiap jasa papa.
Arini papa mula keja, berat je ati mama nk bg papa g keje td, mama nangis... Entahla, kalo pk blk tah pape je mama ni. Manja sgt kot..
Blk keja td, papa tunjuk ni kat mama. Nama baby dh selamat papa daftarkan. Thank you papa ♡
No comments:
Post a Comment