Vacation disaster la jugak name die ni.. Tragedi kunci ni berlaku sebaik saja kami balik dari bercuti di Melaka Sabtu lepas.
Dalam kehangatan cuaca pukol 4.00 ptg kami pun sampai di depan umah, aku masih melayani Raidi di seater belakang kereta manakala Fitri keluar dr kereta untuk bukak kunci rumah. Unfortunately, tiba-tiba masa pulas, kunci utama pintu rumah tu pun patah.
Pintu belum unlock. Keadaan tegang seketika. Fitri cari akal macam mana nak settle, while aku terus melayani Raidi supaya dia xcranky dik kepanasan yg agak menggigit kulit jugak petang tu.
Fitri lantas reverse balik kereta untuk pergi cari kedai kunci nak buat duplicate katanya. "Kita try dulu even kunci dah patah". Kami ke Central Mart Saujana Utama since hanya kat situ ja ada kedai kunci yg boleh buat duplicate bila kunci original dah patah. Tapi kata org tu, 50-50.. samada boleh bukak atau xboleh..
Bila kunci duplicate dah siap kami patah balik la ke rumah nak try. Sekali lagi kami diuji, kunci duplicate tu xboleh match. Agak mati akal jugak aku kat situ. Aku risau Raidi dah xtahan panas. Dalam masa yang sama, Fitri cuba call Bangla dan Indon yg pernah dtg buat pembaikan dan renovasi rumah untuk pecahkan tombol pintu tu. Dalam kepala aku pun hanya fikir satu cara, pecahkan tombol pintu itu. Yup, satu cara je, there’s no other way selain PECAHKAN TOMBOL PINTU TU, yg akan melibatkan kos ganti balik tombol pintu yg pecah dan kunci baru. Aku dah xfikir cara lain dah. Yg penting settle dgn cepat. Kalo korang, ape yg korang buat?
Tapi still dlm hati aku, xhenti2 berdoa supaya dipermudahkan untuk kami settle problem ni. Tiba-tiba Fitri dpt satu idea untuk pergi ke site office developer mintak tolong. So, kami pun ke sana lah, xjauh pun, xsampai 5 minit dari rumah since diorg ada fasa baru yg sedang dibangunkan berdekatan kawasan residensi kami.
Syukur, office ada orang even hari cuti. Yg kedua, adakah org itu dpt membantu? 2 perkara yg aku sgt concern. Alhamdulillah, Allah permudahkan bila kita berdoa dan betul2 percaya Allah akan bantu kita. Dengan alasan ada baby kecik yg Fitri gunakan, mereka dpt arrange org yg pandai bab2 ni dgn cepat.
So, problem kami settle dgn cara yg kami xsangka pun. Bukan pecah tombol pintu. Tp org yg pandai unlock sliding door dgn cara ‘badang' tu naik ke balkoni tingkat atas rumah kami untuk unlock grill guna kunci yg kami ada dan unlock sliding door dgn cara angkat jer dan terus dpt akses masuk ke dalam rumah dan bukak pintu utama melalui dalam. How miracle, wasn’t it?
Raidi lepak membelakangi grill dan sliding door yg dimaksudkan |
Dan yg lebih amazing, kami xperlu keluar ape2 kos pun untuk itu. Alhamdulillah. Sekian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment