February 2, 2012

Istikharah : Bagaimana Petunjuknya

Terpanggil oleh saya untuk menulis dan mendalami lebih mendalam bagaimana petunjuk yg akan diberi oleh Allah selepas kita beristikharah.

Satu perkara asas yg perlu kita tahu, solat istikharah bukan saja dilakukan untuk jodoh. Solat ini menjadi medium teragung bg kita umat Islam apabila kita tdk tahu untuk membuat pilihan yg terbaik. Jadi kita balikkan kpd Allah untuk keputusan yg paling afdhal.

Mungkin ada yg masih kurang jelas, benda yang telah kita yakin sebenarnya tidak lagi berhajat kepada Istikharah. Ada orang, berdepan dengan dua pilihan iaitu Petronas dan Esso. Tetapi dalam hatinya, dia memang telah sukakan Petronas dan dia tidak sukakan Esso. Dalam keadaan ini, kalau dia Istikharah sekalipun – dalam keadaan hatinya sudah meletakkan jawapan – Istikharah itu tiada maknanya. Istikharah hanya dalam perkara yang kita benar-benar buntu untuk memilih, antara A dan B keduanya sama berat. Dalam masa yang sama, kita tidak kisah pun kalau mendapat A ataupun B kerana keduanya tidak memberi mudharat kepada hidup kita. Jadi, Istikharah dalam hal itu adalah digalakkan.

Secara kasarnya, petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah merupakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini. In-sha-Allah, saya cuba nukilkan di sini setakat yang saya terbaca dr sumber2 yg boleh dipercayai mengenainya.

Al Imam Nawawi menjelaskan syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas dari sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita tidak berdiri untuk melakukan solat istikharah. Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca doa yang makthur yang diajar oleh Nabi S.A.W dalam hadis Jabir dari Riwayat Bukhari.


Petunjuk yang bagaimana?

Seorang guru pondok pernah berpesan tentang Istikharah. Katanya, ketika fikiran dan hati kita terbeban mahu memilih antara A dan B (atau lain-lain) maka hendaklah kita melazimi solat Istikharah. Dalam masa yang sama kita jangan tinggalkan Istisyarah. Antara petanda yang mungkin hadir adalah, ketika kita bangun daripada tidur dan teringatkan tentang pilihan yang membebani kita itu maka salah satu pilihan tersebut akan menjadi tenang di hati kita berbanding pilihan yang lagi satu. Ini salah satu petunjuk bahawa pilihan itu adalah yang terbaik untuk kita ikut. Mudahnya, petunjuk itu datang ke dalam hati kita sendiri. Kita sendiri akan merasai perkara tersebut jika kita benar-benar konsisten dengan Istikharah dan Istisyarah. Ia seterusnya akan mencetus keyakinan kepada kita dalam membuat langkah seterusnya tanpa ada lagi perasaan ragu-ragu.

Firman Allah Ta’ala : ”Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal“

An-Nawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnya.

Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan pilihan A atau B. Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat solat istikharah dan mimpi tiada kaitan, kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktor. Tetapi perlu faham, alamat istikharah boleh datang dlm bentuk mimpi… tp yg jelas ia akan datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Ibn Qayyim di atas. Wallahu a'lam

No comments: