October 29, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Raidi (Part 1)



Tanggal 23 Oktober 2012, setelah kandunganku mencecah 38 minggu 4 hari, aku turun tanda - ada bloody show pg Selasa tu lebih kurang pukul 11pg. Aku tros bgtau mak. Mak tanya skt x? Aku dgn selamba je jwb xskt pun. Aku sempat menyapu rumah lg pg tu. 

Dlm pukol 1ptg, aku terasa ada kontraksi berlaku. Blom sakit kuat, cuma satu rasa cramping di bhgn perot ke bwh + backache yg dtg dgn kekerapan 5minit skali. Bole dikatakan very mild contraction = 2/10. Agak ajaib bg aku sbb timing yg aku rekodkan tu tepat 5minit, ia dtg. (Badan kita pun bole punctual hokay!)

Suamiku bekerja hari tu. Aku ditemani mak di rumah. Memang kalo ikut tanda, aku rasa lambat lg nk bersalin. Due date aku pun 2/11, ada masa lebih kurang seminggu lebih lg, sempatlah nak raya korban dulu...

Tp dlm kul 3ptg mcm tu, aku terasa kontraksi dh bertambah kuat ke 3/10. Masih xsakit cuma lebih terasa cengkamannya. Aku risau xsempat ke hospital (xreti jangka, maklomla first time), so Fitri blk awal dr ofis. Kami ke Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) dlm kul 4ptg. 

Sampai di sana, aku tros dibawa ke labour room utk check bukaan & tahap contraction. Selepas diperiksa, bukaan hanya 2cm (posterior) dgn tahap contraction rendah setiap 5minit skali. Aku diberi pilihan samada nak stay tros di hospital atau pulang dlu. Disebabkan masih ada brg yg tertinggal di rumah, aku & hubby amek keputusan utk pulang dlu.

Dlm perjalanan setengah jam ke rumah dr hospital tu, aku dpt rasakan kontraksi bertambah kuat, aku agak dlm 5/10. Dh mula sakit sikit. Aku dpt rasakan kontraksi bertambah kuat selepas nurse VE (seluk) td.

Bila dh sampai umah ptg tu, aku bgtau mak yg aku dh bertambah sakit. Mak ckp biar btol2 skt baru ke hospital, kalo x lambat tunggu sbb ni anak pertama. Aku sempat dinner nasi dgn sambal udang dan masak lemak petola masakan mak lg mlm tu. Dlm menahan skt sikit2 tu, Fitri yg suapkan aku. Aku jugak sempat tonton episod Masterchef & Adam Dan Hawa mlm tu. 

Selepas pukol 11mlm, aku rasa sakit kontraksi dh bertambah lg, 6/10. Aku risau nak tunggu esok siang baru ke hospital sbb xnak Fitri drive dlm keadaan panik. So kami decide ke hospital mlm tu jugak. 

Apabila tiba di hospital, aku di check skali lg mcm ptg td. Bukaan masih lg 2cm dgn kontraksi lebih tinggi dr ptg td 5minit skali.

Kami trus check-in bilik 207 (Anggerik Suite) mlm tu. Aku dinasihatkan utk tido supaya esok cukop tenaga utk bersalin. Aku lega bila dgr diorg bg jangkaan aku akn bersalin esok dlm waktu tengah hari.

Sakit kontraksi bertambah kuat dr jam ke jam. Dr pukol 12am aku cuba tido tp xbole sbb skt tu sgt 'mengcengkam'. Kalo skt tu dtg dlm 15minit skali xpe la jugak, sempat tido 6minit at least, ni every 5minit. Baru nk lelap, dh sakit pulak. Susah nk describe skt contraction tu mcm mana, tp ada sedikit mcm period pain (kelas tinggi) + back pain +  waist pain etc..  Xdpt nk digambarkan dgn kata2.

Fitri dgn setia menemani & melayan karenah aku yg menahan kesakitan. Dia pun xtido. Dlm kul 3am camtu, sakit bertambah kuat, 7/10. Aku rasa mcm dh xtahan sgt. Fitri press bell panggil nurse dtg. Aku mintak suntikan Phetidine. Tp xrasa apa pun. Tetap skt. Bukaan masih 2cm. Aku mintak nak epidural tros sbb btol2 dh xtahan. Nurse tu ckp aku kena tggu pakar bius pg esok utk epidural.

Setiap kali sakit dtg, Fitri pegang aku sambil sama2 istighfar & baca apa yg patut sehinggalah ke Suboh.

Selepas Suboh, nurse dtg ke bilik kami mintak aku bersiap2 mandi dan sarapan supaya fresh & bertenaga sebelum masuk ke labour room pukol 8pg nanti. Terus terang aku ckp, aku cuma mampu berus gigi dan mkn sket je, kudrat nk mandi bagai dh xde setelah semalaman menahan sakit dan xtido.

Aku dibawa masuk ke labour room dgn wilcha.. 

Bersambung..


Posted via Samsung Galaxy Note 2*


3 comments:

RieNa said...

sakit gila. serius, sakit gila.

can't wait for the next episode.

diha_fitri said...

Tula, semoga dpt hilangkan byk dosa2 lalu.

NoRr said...

sy pon dh lupa cemana sakit contractions tu..seriously dah tak ingat. now bila fikir balik nanti nk beranak second baby (amboi...ntah bila 2nd baby) rasanya will be like a first timer jgk kot..the nervousness/ kecuakkan tu sama cam org first time beranak gak kot..hehehe...