September 26, 2009

Selamat Hari Raya


Salam Aidilfitri dari Diha & Fitri. Agak xterlewat lagi untuk kami suami isteri mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada sume kwn2.

Amacam raya? Sure gempak meriah kan? Alhamdulillah, kita sume masih berkesempatan untuk menyambut kemenangan 1 Syawal pada tahun ini yang jatuhnya pada hari Ahad (20/9/2009) lalu. Kami pun baru je selamat sampai dr pulang beraya di kampung semalam.

Bagi aku raya tahun ini adalah suatu resepi kehidupan baru yg Allah kurniakan pada aku. Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmatnya. Walau apa pun dugaan melanda, aku tetap redha dan bersyukur. Kerna sesungguhnya Allah masih menyayangi hambaNya ini dan kerana itu Dia sentiasa menguji hambaNya ini dan tidak dibiarkan / tak dipedulikan tanpa apa2 ujian.

Memang aku xnafikan, kerinduan pada Ramadhan itulah yang paling sayu. Habes je Ramadhan, aku xdpt tengok Shamsul p Bazar Ramadhan lagi, aku xdapat balek opis awal lagi dan yang paling sadis, aku xtau ape naseb Qalesya yg seterusnya ... =P

Aku doakan semoga kita sume masih berkesempatan bertemu Ramadhan pd tahun hadapan. Syawal adalah detik kemenangan yg penuh bermakna untuk kita raikan. Hayatilah bulan kemuliaan ini dengan penuh kesyukuran. Selamat berpuasa 6, selamat ber 'Open House' dan selamat beraya sebulan!~

No comments: