October 3, 2009

Beraya Di Kampungku

Keindahan sawah padi yang terbentang luas


Kehijauan sawah padi di hening pagi

Jalan baru ... nampak jauh ...


Salam Syawal. Tahun ini adalah tahun ketiga aku menyambut 1 Syawal bersama Fitri. Ketibaan Aidilfitri kali ini kami sambut di Penang bersama famili aku ...

Tahun ni, actually mulanya kami xplan pun nak pakai baju raya kaler apa ... sbb xde mood nak beraya ... Tp masa shopping last minit kt Subang Parade, Fitri berkenan pulak sehelai baju melayu moden kaler putih ... so aku pun belilah sepasang baju kurung putih untuk kelihatan sedondon di pagi lebaran ... Nak jadi citer pagi raya tu memang plan nak amek gambar sume skali, tp xsempat ... Lepas solat raya, masa tgh bersiap nak ke kubur, abang aku pula sampai dari KL ... Borak punya borak, maklumlah lama xjumpa, sampaila pukul 12.00 tgh hari. Matahari pun dh steady terpacak atas kepala. So kami pun berzip ke kubur lepas tu. Xsempat nak amek gambar ...

Lepas ziarah kubur, kami terus join Mak Tam dan Hadziq (wink!) kat umah Tok Su di Kulim, pastu ziarah umah Pakteh kat Lunas, then patah balik beraya di Permatang Janggus umah Mak Jang. Jendela hari raya pertama pun berlabuh dengan perut kenyang makan nasi dagang, laksa, dan mi kari ...

Balik je dr beraya, mak aku mengadu bengkak luka kat kakinya berdenyut2, sakit sangat. Tambahan lagi mak demam. Kebetulan Mak Jang aku di Perlis telefon mak aku, dia nasihat mak aku balik segera supaya dia boleh tengok. Maybe dia risau sangat. Ye lah, dah berapa bulan mak tanggung sakit kaki tu. Sampai nak jalan pun dh terhencot2. Tapi mak still nak berniaga. Mak cuma makan ubat tahan sakit dan antibiotik je masa tu ... Mak xnak g hospital. Tapi bila mak aku dah decide nak balik bagi Mak Jang (Super Senior Sister di Hospital Besar Kangar) tengokkan, aku pun tanpa membuang masa teruslah ajak Fitri balik Kangar. Kami bertolak ke Kangar pagi raya kedua ...

Setibanya kami di rumah Mak Jang dalam pukul 1 ptg, Mak Jang dh siapkan lunch untuk kami ... Ape lg, pelahap lah. Lepas tu kami xkemana2 pun, terhibur dengan cerita Mak Jang dan Pak Jang, macam2 kisah yg diorang kongsikan. Tak kering gusi kami dibuatnya. Lepas tu Mak Jang contact hospital, tp doktor pakar masih dlm cuti. So treatment kaki mak terpaksa la ditangguhkan dulu.

Mak Jang cakap dia teringin sangat nak jumpa 2 orang abang tiri aku. Sebab sejak diorang berlepas ke oversea sambung belajar sampailah sekarang dh bekerja, Mak Jang xpernah jumpa diorang. Pendek cerita jejak kaseh Mak Jang dan anak sedara di Aidilfitri la ni ... Aku pun hubungilah diorang suruh datang umah Mak Jang hari tu, boleh jumpa mak sekali. Kebetulan diorang pun ada di Perlis, balik beraya dengan ayah diorang.

Lepas Asar Abg Bob dan famili pun sampai, Mak Jang ajak sume g jenguk kampung, umah arwah tok dan tokwan di Kg Telok Jambu, Bintong, Kangar. Hilang segala tekanan di jiwaku apabila melihat keindahan tempat tumpah darahku yg masih hijau dan terpelihara. Sekarang dh ada jalan masuk besar. Dulu jalan masuk guna jalan kecik ikut atas batas sawah je ... Kalo ada keta nak masuk, kena tunggu keta lain tu kuar dulu, baru boleh lalu ... Sempit sangat jlnnya.

Dlm masa tu, sempat jugak Mak Jang kutip cili padi dan beberapa jenis daun untuk buat ulam makan dgn nasik malam tu. Maklumlah xde kedai bukak, org sume raya ... So, lepas bawak sume pusing2 keliling umah tok, kami pun balik ke umah Mak Jang utk solat Maghrib.

Lepas Maghrib, Abg Kri aku pulak sampai dengan wife dia ... Mak Jang ajakla mkn nasik skali ... Best sgt dpt mkn reramai mcm tu, dahla nasiknye beras sawah tanam sendiri, pastu makan pulak dgn lauk ulaman kampung cicah sambal tempoyak ... pergh, xsempat hidang lg dh kecur air liur aku. Walaupun aku xpandai mkn sambal tempoyak, tp bila dh try, mau lagi beb ... Fitri pulak aku tgk, berselera btol dia makan lauk kampung. Pantang bagi nasik suruh tambah, pasti cedok. Hihihi ...

Keesokan harinya kami lepak di umah arwah tok. Pastu g beraya umah Pak Lang yg terletak bersebelahan je dgn umah tok. Skali lg makan tengah hari kami juadah asli melayu. Gulai ikan kering dengan terung kutip lakang umah, ikan goreng, sambal belacan (cili padi cap kutip lakang umah) dan ulam jantung pisang juga kutip lakang umah. Walla ... Aku tengok Fitri makan xsedar mak menakan lalu belakang ... Uhuhu ... Kena sungguh selera dia dengan masakan kampung tu ... Burrp!~

Petang tu Mak Jang ajak kami g melawat ladang anggur. Tak jauh pun ladangnya, cuma 10 -15 minit je dr. umah tok ... Dekat Jln. Sg. Batu Pahat. Dapatlah Fitri snap beberapa gambar ladang anggur tu untuk kenang - kenangan. Inilah kelebihan Perlis, iklimnya yg separa tropika membolehkan buah mat salleh seperti anggur ditanam di sana. Tak jauh dr ladang anggur tu terletak dusun buah - buahan peninggalan arwah tok. Tapi masa tu bukan musim, so buah - buahan macam durian, manggis, langsat dan rambutan xde. Pak Jang pesan supaya kami balik lagi akhir bulan Jun tahun depan kalau nak berkampung kat pondok atas dusun sana sambil makan buahan segar dari pokok.

Keesokan paginya, Fitri sempat ambil beberapa gambar suasana hening selepas Suboh di kampung sebagai kenangan sebelum kami bertolak pulang ke Penang. Sedih jugak nak tinggalkan mak sorang2 berubat dengan Mak Jang di Perlis. Tapi terpaksa ...

On the way back, kami singgah sebentar di Bukit Kayu Hitam untuk membeli sedikit barangan sebelum makan tengah hari di Restoran Bawal yg terletak di Sungai Petani. Fitri ape lg, pekena nasik ngan lauk asam pedas ikan pari kegemarannya lah ... Slrpp! Sebelum terus ke Penang, kami singgah beraya dengan famili kakak aku di Sungai Petani. Pastu sempat jugak tinjau2 batu nisan dekat Tikam Batu untuk kubur arwah mak mertua, tp sume kedai pun masih tutup, al maklumlah rayer ...

Keesokan harinya, aku dan Fitri beraya umah Mak Tam kat BM. Pastu ziarah kubur arwah ba kt Permatang Tok Kandu. Sebelum bertolak ke KL malam tu, Fitri bawak aku bersiar - siar kat Pantai Robina ... Dia nak shoot gambar sunset, tapi matahari shy2 cat pulak. So, xdapatla gambar lukisan keindahan pantai kegemaran budak2 bila melukis. Hehe ...

Grr ... grr ... perut terasa lapar ... medula oblongata aku sentap Penang syurga makanan. So, aku pun stop Fitri kat Bukit Tengah. Kami pekena char koey teow power sebelum berzip ke selatan malam tu ... Alhamdulillah jalan xjem macam Jumaat malam yg kami balik aritu.

Sedih gak xdapat tengok mak berubat depan mata sendiri ... Tapi aku bangga sbb mak aku kuat semangat, walaupun ibu tunggal, mak xnak susahkan anak2 nya, mak xsuka duduk saja dan mak xsuka mengharapkan orang lain. Aku doakan semoga kaki mak cepat sembuh dan ceria selalu. Saayang mak. AMIN.

No comments: