February 18, 2009

3 Hari 2 Malam di Cherating

Cherating
Last2 weekend, time PH Thaipusam, aku n Fitri went for a short holiday at Cherating, Pahang. Actually plannya nak pegi holiday awal lagi, tapi disebabkan sume hotel and resort yang kami pilih dah fully booked, terpaksa la delay. Ni pun nasib baik je ada. We stay for honeymoon at Suria Cherating Beach Resort for 3 days and 2 nights. As I am a J-Card holder, dapatlah aku special rate with points.


Perjalanan kami bermula sekitar 11.00 pagi dari rumah, tapi disebabkan time tu Thaipusam, kami terpaksa melalui traffic jam yang agak dahsyat dekat area Batu Caves tu lebih kurang sejam sebelum masuk ke Highway Karak. Huh, berpeluh juga dibuatnya aku dalam kereta. Pemandangan sepanjang lebuhraya Karak macam biasa la, sama jer macam lebuhraya2 lain, hijau dan saujana mata memandang.


Kami memggunakan LPT untuk ke Cherating sebelum keluar di Exit Kuantan. Kami sampai around pukul 2.30 ptg, disebabkan perut dah berbunyi, kami terus singgah makan di Sri Baging Restoran yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan. Kelihatan di sepanjang pantai di Cherating terdapat banyak kemudahan chalet dan resort ditawarkan. Cuma pilih jer nak yang mana. Jadi, xperlu takutlah kalau sesiapa yang nak datang ke sini tanpa membuat booking tempat penginapan sekitar Cherating terlebih dahulu. Rupanya banyak sangat tempat, jangan risau. Xdatang, xtau ...


Sampai je di bilik, kami terus solat jamak. Petang tu, kami abiskan masa berasmara di tepi pantai Cherating (Fewwit!). Keindahan pantainya memang memukau jiwa sanubari. Desiran ombak yang menghempas, membawa segala stress kerja pegi buat seketika. Sepanjang pantai, ada bendera merah dinaikkan tanda amaran bahawa pengunjung tidak dibenarkan mandi. Ombak pantai mempunyai deruan bergelora, maklumlah monsun belum habis. Jadi, kebanyakan couple menghabiskan masa dengan bermain di gigi air sahaja. Ada juga famili yang datang bersama anak-anak menghabiskan masa bermain di kolam renang. Malamnya, kami isikan dengan dinner romantik di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari resort, kami makan ikan bakar special, emm ... segar, isi siakapnya sungguh manis dan lembut!


Hari kedua di Cherating, kami terpanggil untuk melawat negeri Terengganu, dah alang-alang dekat sempadan kan. Selepas breakfast di Bunga Pagi Cofee House, kami memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu. Tak sabar menikmati keindahan sekitar negeri Terengganu Darul Iman yang aman dan sentosa. Kami melalui Pekan Chukai, Kemaman, Kertih, Paka, Dungun dan Marang sebelum tiba di bandar ibukota Terengganu iaitu Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami berhenti seketika di Pekan Dungun kerana terliur melihat air nira yang banyak dijual di sepanjang jalan. Ah, lega tekak ku. Sedapnye bukan kepalang. Selain melalui persisiran pantai, kami dijamu dengan pemandangan perniagaan keropok lekor di sepanjang jalan. Satu perkara yang harus aku highlight di sini, xperlu bimbang jika mobil anda kehabisan minyak kerana setiap 1 km-1.5 km di Terengganu ni, anda boleh lihat stesen Petronas di mana2! Lihat, betapa kayanya negeri Ganu ni dengan hasil minyak!


Kami memulakan lawatan sambil bercangkerama kami ke Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai. Keunikan masjid ini ialah ianya terapung di atas sebuah tasik yang indah, masjid ini dicatkan warna putih keseluruhannya sebagai lambang kesucian agama Islam itu sendiri. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man untuk melihat kecantikan Masjid Kristal. Keunikan masjid ini terserlah walaupun dari kejauhan. Cuaca di sekitar KT ni terlampau panas kerana sudah lama tidak hujan, tetapi hal itu tidaklah mematahkan semangat para pelancong untuk melawat KT. Kelihatan ramai pelancong warga kita memenuhi kawasan Taman Tamadun Islam ini.


Terlanjur berada di Terengganu, kami xlepaskan peluang untuk meninjau di sekitar Pasar Payang. Pusing punya pusing, dapatlah kami membeli beberapa barangan yang kami hajati sebagai kenangan sebelum pulang. Dalam perjalanan berzip ke SCBR, kami sempat berhenti santai sambil makan petang di tepi Pantai Rantau Abang. Pekena ayaq nyok memang mengasyikkan. Pantainya cantik, air lautnya jernih kebiru hijauan. Sebelum sampai ke SCBR, kami juga sempat menjengah ke pasar malam berhampiran Pantai Kelulut. Teringin jugak nak rasa, apa yang menjadi kegemaran warga Darul Iman ni. Tinjau punya tinjau, makanannya xlah beza sangat pun dengan makanan sebelah Pantai Barat, cuma ada satu kuih ni yang agak unikla bagi aku sebab xpernah jumpa di sekitar KL dan Penang, namanya di Ganu ni orang panggil kuih Mini Tokyo. Kuihnya kecik je, ala mini apam balik kulitnya tapi intinya kaya. Selepas itu, kami pun pulang ke resort untuk beristirehat selepas seharian makan angin di Terengganu.


Hari ketiga, selepas menikmati sarapan di Bunga Padi Coffee House, aku dan Fitri mengambil peluang di hari terakhir ini untuk berjalan-jalan di tepian pantai. Terasa beratnya hati nak melangkah pulang ke kota yang berserabut. Selepas check-out pukul 10.30 pagi, aku dan Fitri bercadang untuk pergi melihat penyu di Santuari Penyu. Santuari Penyu ni xlah jauh dari SCBR ni pun, cuma 5 minit perjalanan je, ia terletak bersebelahan dengan Club Med. Tapi kunjungan kami ke Santuari Penyu kecewa. Ia ditutup, kami hairan kerana di luarnya terpapar notis yang ia sepatutnya dibuka setiap hari tapi sebaliknya pula. Hmm ... pape pun pihak berwajib tolong jawap, k.

Sebelum berangkat pulang ke Shah Alam, kami sempat singgah di sebuah kedai berdekatan perkampungan nelayan di Pantai Teluk Mak Nek atau lebih dikenali dengan Monica Bay untuk membeli keropok lekor. Jadi, dapatlah jugak aku memborong beberapa plastik 'kepok' lekor sebagai cenderahati dari Ganu untuk warga kota. Bye Cherating and Ganu, i'll be missing u, InsyaAllah kami datang lagi nanti !

1 comment:

-ummu amin- said...

waa.. g honeymoon kat cherating ek?? kiteorg tak pernah honeymoon pun.. kalau g holiday mesti mak2 kiteorg nak ikut skali.. takde privacy azirul kata... tapi sonok gak jalan ramai2 baru meriah.. masa kiteorg g cherating arituh dpt masuk sanctuari tuh, amin geram kat anak penyu tuh smp nak dipicit2.. :)