March 15, 2009

Makan-makan At Linda Rafar's Cafe

Jom Lepak Cafe Linda Rafar
Lepas selesai urusan rumah petang semalam, aku dan Fitri meronda untuk cari tempat makan best kat area Shah Alam. Perut dah berkeroncong sebab terlewat lunch. Ronda punya ronda di Seksyen 13 Shah Alam, aku ternampak sebuah restoran. "Abang, macam kenal je restoran tu ... jom pegi bang." Kami pun ke sana.

Masa kami tiba, tak ramai pun customer dalam restoran tu, mungkin sebab masa tu dah pukul 3.30 petang kot. Jadi, sume orang dah lepas makan tengah hari. Cuma 2 buah meja je dikelilingi pelanggan yang sedang makan. Sume pelayan cafe ni awek tau, cook nya je lelaki. Wah, Chef Wan gitu! Kami duduk agak ke dalam sebab bahang panas di luar restoran agak terik. Time duduk tunggu order, aku sempatla perhati keadaan sekeliling restoran selebriti jelita ni. Di sudut tepi cafe ni, ada sebuah pasu besar berisi pokok bunga hidup, tapi aku tak dapat nak kenalpasti pokok apa sebab bunganya dah layu. Rugi, rugi...

Tak sampai 2 minit, waitress pun datang ambik order. Aku sempat tanya dia, "Bos awak ade?" "Bos xdelah." Takpelah, aku terus perhatikan suasana cafe sambil angan-angan Mat Jenin, manalah tau suatu hari nanti kami jugak akan jadi tauke restoran macam Linda Rafar & Syed Aiman. Hehe. Fitri komen, dia xbrape gemar dengan interior design restoran ni, konsepnya kurang menarik. "Looks gloomy kot, xpe .. nanti kite try deco macam Eric Leong," Huhu. Aku tambah.

Tak lama kemudian, our food pun sampai, yummy ... makanan favourite aku, Nasik Goreng Daging Merah + Water Melon Juice, Fitri pulak pekena Nasi Goreng Thai. Memang xmenyesal la kitorang makan kat situ, selain sedap, harganya jugak amat berpatutan. Masa sedang nyam2 hidangan lazat cafe ni, tiba-tiba muncul Linda Rafar, Syed Aiman and their 3 sons depan kedai. Hepinya aku, dapat jugak face to face dengan Linda Rafar dan husband. Jangan main2 beb, Linda tu selebriti cun tu, Syed Aiman lak aktor kacak. Hehe.

Lepas makan, aku terus g kat Linda yang dari jauh aku nampak dah senyum kat aku. "Linda, boleh kita bergambar?" Aku sapa malu-malu tupai. Nasib baik Linda sporting, even tak melaram, dia tetap boleh layan peminatnya. Peminat ker?? Hehe ... Tq. At the same time, Syed Aiman sempat bagitau Fitri yang siang hari Jom Lepak Cafe [JLC] memang xramai customer, malam baru happening. Sebelum kami balik, Linda sempat promote kan aku jamu "Dara Semula", produk kecantikan yang diasaskan kakaknya. Tapi aku terpaksa tolak, sebab sekarang aku xboleh ambik sebarang jamu dah, cos my womb perlukan suhu yang baik untuk sehat. I'm sorriie ...

1 comment:

eimma"s said...

bestnye....sedap x kak kat situ???