December 19, 2008

Nek Jah Menang RM25.000,00

Berita DF Onlinenokia n95Oleh Nor Anjelina Jijan

Kg. Niyang Rapik, SHAH ALAM : Heboh, selepas gempaq dengan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) menawarkan bonus tambah nilai kredit palsu, penjenayah kini melebarkan sayap mereka dengan menghantar sms jenis tawaran hadiah palsu pula. (Ekceli hal ni dah lama pun bermaharajalela.)

Penipu licik yang 'menjual' nama Celcom sebelum ini telah menukar modus operandi mereka dengan 'menjual' nama Petronas. Mereka tidak lagi menggunakan SMS dalam Bahasa Omputih, sebaliknya menghantar pesanan menggunakan Bahasa Melayu ke nombor telefon bimbit mangsa. Antara ayat yang digunakan bagi meyakinkan pengguna khidmat talian prabayar Maxis ini adalah seperti gambar di atas. Mangsa terbaru, seorang tukang urut, Nek Jah, 62, berkata dia menerima SMS berbahasa Melayu celup berkenaan kira-kira jam 9 pagi ini (hari Mawi kawen), namun menyedari ia satu penipuan berikutan arahan menelefon nombor terbabit.

Jika diperhatikan, terdapat banyak kesalahan tatabahasa pada sms berkenaan seperti penggunaan huruf besar di tempat yang tidak sepatutnya, percampuran bahasa, titik perpuluhan di tempat yang salah serta ayat Bahasa Melayu yang 'fail' (Macam bukan Melayu je orang jahat ni). Ini menunjukkan bahawa penipu ini main redah jer ... asalkan niat busuk mereka tercapai. Dari situ juga Nek Jah dapat mengagak bahawa mesej itu bukan datangnya daripada syarikat professional sebab ayatnya memang tunggang terbalik. (Boleh tahan educated jugak Nek Jah ni yer...)

Menurutnya, penghantar jelas cuba memperdaya mangsa dengan menggunakan nama syarikat Petronas. "Kalau la Nek main ikut je arahan mesej tu, suruh tepon nombor tu, for sure kedit Nek akan lesap. Jadi, Nek seru la kepada syarikat telepon tu supaya dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap pemilik nombor 012-8230344," katanya di sini, pagi ini. Nek Jah berkata, dia yakin ramai lagi yang menjadi mangsa penipuan licik itu. "Orang jahat yang suka tipu orang ni patut di tangkap, Nenek rasa nak cepuk2 je muka dia." Mungkin ramai lagi individu yang terpedaya dengan taktik itu, cuma mereka tidak mahu tampil mendedahkan penipuan itu. Sementara itu, Harian Munawir cuba menyiasat perkara ini dengan menghubungi nombor 012-8230344, bagaimanapun mendapati tidak dijawab sebaliknya terus ke peti simpanan suara. Nombor berkenaan dipercayai sengaja digunakan penipu bagi memindahkan kredit milik mangsa ke telefon bimbit terbabit sebelum dipindahkan ke akaun prabayar telefon lain.

Saya (Nor Anjelina Jijan) sendiri pernah terima sms begini. Lepas tu saya reply "Cheap trick! I can lodge a police report." Tapi sender ni dengan bangganya boleh jawab "Nope". This is non-register." Maxis tolong jawab!

No comments: