December 12, 2008

Don't Date and Eat At Kopitiam!

kopitiam non-halal
There's a lot of places for couples to go and date. But watcha, don't yall ever drop to quench at these kopitiam outlets.

Read this:
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah mula beroperasi sekitar tahun 1999. Di mana status HALAL restoran itu sebenarnya telah diragui sejak awal penubuhannya. Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah : Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis di paket bungkusan). Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwich & Nissin Noodles juga diragui status halalnya.

Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 di pasaran Malaysia tiada yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini boleh dirujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/Jabatan Perhotelan @ F&B/Food & Beverages.

Minyak yang digunakan di dalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat di pasaran. Kita hanya dimaklumkan bahawa ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar dan tiada campuran lain? Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan. Persoalannya, bolehkan UMAT ISLAM makan makanan yang terhasil daripada KURA-KURA?

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM di Malaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produk yang dijajanya dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehingga kini (dari awal penubuhannya-dekat 10 tahun dah!) masih lagi tidak diperoleh. Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORANNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA?

Maka itulah umat Islam di negara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan. Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat Islam juga terpedaya dengan paparan pekerja Islam yang diambil bekerja. Di mana dengan mengatakan makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja Islam ini telah terpedaya untuk bekerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan di restoran tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK hanya bagi sesetengah produk sahaja, bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM (pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoran terbabit adalah HALAL semuanya)) serta pekerja-pekerja Islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap ada yang pakai tudung lagi tu! Maka dengan mudahnya mereka masuk untuk menikmati makanan itu.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoran beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan walaupun mengetahui status TIDAK HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda di luar restoran juga sungguh besar menunjukkan pekerja Islamnya memakai tudung sedang menghidangkan makanan. Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tanpa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tanpa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, xtau nak jawab apa.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoran terbabit. Perkara ini telah disahkan oleh pekerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 di seluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10 tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab di negara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang di jabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat? Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHITUNGAN di PADANG MAHSYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat Islam menikmati makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/KELULUSAN' JAKIM mahupun LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Di mana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakannya tidak HALAL. Mengapa restoran ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM. Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti :

1. WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
2. NEWTOWN Kopitiam,
3. WHITE HOUSE Kopitiam,
4. PAK HAINAN Kopitiam,
5. JOM BALI Kopitiam

adalah 'TIDAK HALAL'. Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera dalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoran yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoran & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamerkan STICKER TIDAK HALAL.

Bagi yang mengatakan restoran mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM di negara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & jahil. Ini agar umat Islam di negara ini tidak terpedaya dengan helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat Islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. Tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua? Fikirla...dan renung-renungkan...
(Sumber : usrahonline_ukhwahteam@yahoogroups.com)

1 comment:

-ummu amin- said...

Kiteorg kalau g jalan2 mmg takkan masuk kedai2 yg berkonsepkan cam c**a nih... sekarang diaorg lagi selamba letak nama restoran melayu, staff indon tapi intai kat belakang, bangsa dia yg masak takpun jaga kaunter. so, kalau nk mkn tuh tgk2lah dulu surrounding kedai tuh. tak semestinya mknn melayu,nama kedai melayu,staff indon kedai tu halal ye tak? bak kata nabil... pikirlah sendiri!!