December 4, 2008

Pengorbanan Seorang Isteri Di Banglo Mistik

bungalowTelenovela mistik dan tragik seorang isteri ni berlaku petang semalam.

Jam menunjukkan pukul 5.30 ptg ... Aku tahu, di kala waktu begini, pasti ramai yang bergegas untuk pulang ke rumah, termasuklah Ana Merah, Ummu Amin, Irah Kekosongan, Ecah Melangi, Isha Recallingeverything dan xketinggalan juga Ima kopi. Btol x? Hehehe .... Tapi aku xdapat balik lagi kerana hubby aku belum sampai, katanya lewat lebih kurang sejam arini. Jadi aku pun buat-buat lah sebok dengan ketas2 (buatla apa yang patut) ...

Oops ... Sebelum aku muntah dek terlalu mual memandang persekitaran opis yang xkan aku biarkan jadi my 2nd home, aku cepat2 kemaskan handbag lantas ku capai akhbar the STAR lalu keluar dari laman fail yang menyakitkan kepala dan mata tu. Sesungguhnya tiada tempat yang selesa untuk aku lepak sambil melewati waktu di luar opis selain daripada di bangku canda berhadapan banglo contoh bersebelahan opis. So, tanpa membuang masa, aku pun teruslah menuju ke situ.

Jam menunjukkan baru pukul 5.50ptg ... Satu persatu muka surat paper tu aku belek. Aku sempat membuat kira-kira. Aku peruntukkan 38 saat untuk setiap helaian the STAR supaya aku dapat menyelesaikan misi expose daily aku tepat sehingga hubby aku sampai pada kira-kira pukul 6.30ptg nanti. Ye la ... Supaya xde masa terbuang dan aku sendiri xdela men 'trauma' kan diri aku nak kena tengok page yang sama.

Tap, tepat pukul 6.30ptg, gumbira + berdebarnya ati, hubby aku akan sampai bila-bila masa je dari sekarang .... Tumpuan aku pada akhbar td dah -0.2%. Mata aku dah meliar mencari kelibat pacuan roda biasa harta sepencarian. Namun x kelihatan. Nafsu mencari bayang hubby aku pun lantas lesu selepas 10min berlalu ... Tiba-tiba muncul sms comel, "Jap ya..." Nasib baik, tenang balik ati aku.

Hari makin kelam, matahari rembang makin bermaharajalela.
Aku masih setia di bangku bambu,
Menunggu kekasih hati yang satu,
Anugerah Ilahi kepadaku,
Tiada yang lain, dia lah satu ... (Wah!)

Aku mulai resah ... ati makin nak merajuk. Tapi aku terpaksa hold kan sekejap perasaan ku itu kerana banglo di hadapanku ni kelihatan semakin 'seekers'. Pokok besar yang di bawahnya ada aku sedang lepak sudah mula meng'expose'kan mistik senjanya. Aku teringat kata-kata Kak Bibah (cleaner tpt keja aku), "Kawasan dekat rumah banglo contoh tu keras skit." Aku lantas bangkit. Ku cepatkan langkah meninggalkan tempat itu. Tapi, ke mana aku nak pegi??

Ku lihat sekeliling opis, masih ade beberapa Rexton bertaburan di parkir. Tapi kelibat manusia langsung xde. Aku lantas nekad, walau ape pun terjadi, aku harus meninggalkan banglo seekers ni. Jam menunjukkan hampir pukul 7.00mlm. Aku meneruskan langkah. Tiba-tiba, kedengaran seruan azan menandakan masuknya waktu solat fardhu Maghrib bagi kawasan sekitar Shah Alam dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Perasaanku bercampur-baur, marah+sedih=merajuk. Airmata ku tahan, takut xnampak jalan di hadapan. =P

Dari simpang xjauh dari tempat puaka td, aku nampak ada satu gerai Char Koey Teow. Lantas, aku terus berjalan untuk meneruskan penantian di sana. Nasib baik gerai ni baru bukak, xde customer lagi, cuma ada beberapa orang pekerjanya yang sedang mengatur kerusi. Segan jugak kalau ada ramai org kat situ. Aku berdiri x jauh dari gerai tu. Mata ku galak memerhatikan perubahan alam bertukar malam. Burung-burung berterbangan pulang ke sarang, kereta mulai memasang lampu, langit bertukar cahaya. Menarik, cantik, unik! Tp aku sedar, hati aku dah xtertahan lg menanggung perasaan yg bercampur-baur. Termometer jantung menunjukkan paras yang tidak lagi normal. Darjah bukan lg ukuran, Farenheit pun bukan.

Dalam 15minit kemudian, handbag aku bergegar. It's him. Aku just jawab, "Dekat gerai CKT". Akhirnya hubby aku pun sampai di hadapan aku. Dik kerana geramkan hubby, aku buat xtau jer tengok dia berhenti depan aku. Aku nampak dia bukakkan pintu sebelahnya supaya aku masuk. Aku masih buat dono. (Eeiii ... geramnya!~) Aku menjerit sekuatnya dalam hati. Nasib baik lam ati. Aku sedar ada beberapa mata telah menjadikan kami pelakon drama swasta, so, aku terus masuk dalam keta.

Dipendekkan cerita (18SX ... huhu), nasib baik hubby aku mintak maaf dan pandai pujuk. Kalau x, memang muncung aku lebih dahsyat dari itik nila. Thanx for your treat, darlink.

Sekian cerita pengorbanan seorang aku yang terpaksa melalui pelbagai mistik menanti sang suami. Aku faham, hubby aku juga risaukan aku, dia pun dah sehabis daya cuba untuk menyediakan yang terbaik untuk aku. Cuma aku nak pesan sket, to all hubby out there, don't forget to appreciate every little thing dat ur wife has done. Even u r a workaholic!~ Bye, I luv my hubby!

1 comment:

RedAnna said...

Salam, hi diha,

i just tagged you!!

please check on:

http://red-anna.blogspot.com/2008/12/i-was-tagged-by-hajar.html