Selepas Dr. Siti jahit episiotomy itu, aku dh xsedar pape. Disebabkan keletihan yg melampau dgn kesan laughing gas yg masih kuat, aku tros tertido di situ. Sedar2 semua telah disiap bersihkan.
Aku dibawa ke bilik dgn wilcha. Masuk je bilik, aku nampak husband aku di tepi katil. Aku terpinga2 dan terus bertanya, "mana baby kita?" Slowly Fitri bgtau baby kena tahan di bilik khas. Paed takot baby terkena jangkitan demam dan sbb baby dah tertelan najis sendiri akibat lambat keluar. Aku sedih. Fitri lalu tunjukkan mesej ini untuk aku.
Aku tros menangis sebak. Aku tau Fitri benar2 xterucap sbb tu dia terpaksa tulis. Aku faham dia nampak apa yg aku telah lalui... aku jugak sgt terharu dgn pengorbanan dia sebagai suami terutamanya sejak mlm semlm. Semuanya telah memantapkan kasih syg kami yg terjalin sbg suami isteri. Begitulah hebatnya hikmah bila suami dpt tgk sendiri bagaimana isteri bersalin.
Dlm keadaan masih lemah, aku gagahkan jua diri utk mandi supaya aku dpt tgk baby dlm keadaan bersih sempurna.
Fitri tolak aku dgn wilcha ke bilik baby. Aku dpt masuk utk cium baby buat pertama kalinya. Tp aku xdibenarkan breastfeed baby krn masih demam.
Baby Raidi selepas baru dilahirkan |
Kami bermalam utk mlm kedua di hospital demi baby. Keadaan aku pun masih dipantau. Akibat efek ethonox tu, aku rasa dunia aku masih di bwh sedar. Aku boleh ckp, boleh nampak, boleh respon mcm biasa tp semua mcm lali. Keluarga terdekat & kwn2 dtg melawat mlm tu, tp aku rasa laloq sgt.
Alhamdulillah, kami dibenarkan pulang keesokan tgh hari. Aku dh xdemam lg. Baby pun xdemam. Tp paed pesan supaya kami segera ke hospital sekiranya baby demam sbb baby berisiko utk kena jaundice.
Alhamdulillah, hari ni dh masuk hari ke-6, baby sihat walafiat. Cuma mummy yg masih dlm proses recovery zahir & batin.
Posted via Samsung Galaxy Note 2*
1 comment:
u gonna be a great mom sis...enjoy the motherhood as it will be filled with a lot of colors...bright and not so brights colors...but every single swet will be worthwhile...
Post a Comment