October 29, 2012

Pengalaman Bersalin Baby Raidi (Part 2)

Jam menunjukkan pukol 8pg. Aku sudah terbaring di katil labour room sementara menunggu pakar bius sampai utk prosedur epidural. Di perutku dipasangkan alat (CTG) utk melihat tahap contraction. Bab VE xusah ceritalah.. mmg kerap di check.

Aku dan suami menunggu dgn penuh sabar. Ye lah, kami dh semalaman xtido.. harap pg tu lepas kena epi dptla tido kejap.

Tunggu punya tunggu sampai pukol 10pg baru Dr.Hadi tu muncul. Ada kes lain pg td katanya. Lg pun aku xbuat appointment awal nak epi, aku mintak adhoc. Nasib baik ada slot.

Dlm kesakitan tu aku diberikan kertas utk ditandatangani sebelum prosedur epi bermula. Jd aku sempat soal Dr. tu apa risiko epi etc. Dr. terangkan secara ringkas since dlm kertas tu dh ada dinyatakan. (Sapala nak baca nota byk2 time skt kan?) Dr. ckp kalo tulang belakang bengkok maybe epidural xboleh buat. So, aku declare yg aku ada scoliosis supaya Dr. dpt check dlu sblm buat.

Selepas didapati scoliosis aku di tahap kecil, Dr. Hadi ckp dia akn cuba buat jugak. So, kami tros akur, xnak buang masa lg. Contraction makin memuncak. Sakitnya bkn kepalang.

Dgn bantuan HA2 labour room, epi siap dipasang di tulang belakang aku pukol 10.20pg. So, selepas 15minit baru terasa kesannya. Wahh.. syoknya, xsakit dah. Tu yg sempat amek pic dlm labour room update dlm FB tu :p

Labour room

Selepas itu, nurse dtg utk memecahkan air ketuban. Poop! Tujuannya adalah untuk mempercepatkan bukaan serviks. Aku masih ok, xsakit pun. Graf CTG aku dimonitor.. semakin lama semakin menurun contraction. Nurse terpaksa tambah air ape tah (induce kot) utk tingkatkan level kontraksi. Bukaan dh cecah 5cm pukol 12 tgh hari.

Kali ni mujarab, level of contraction makin naik.. tetapi.... aku pulak makin merasa sakit. Epidural macam xberkesan! Aku komplen sakit!!! Dr. suruh nurse masukkan dos epi tambahan. Memang Dr. xbagi full dos sbb xnak hilangkan sensasi aku nak meneran nnt. Dos yg diberi dh cukop utk cover separuh kesakitan dr perut hingga ke kaki katanya.

Aku makin sakit. Kontraksi memuncak2 naik. Epidural bagaikan mimpi indah yg singgah hanya utk sementara cuma. Chewahh!~

Dlm keadaan aku yg sgt khayal akibat terpaksa sedut jugak gas ethonox yg mmg xberkesan langsung dan lemah dlm kesakitan itu, aku dibuai2 ke satu alam lain. Hubby ckp aku ada meracau.

Hubby ttp sabar menenangkan aku di tepi katil. Dia usaha bertanyakan nurse apa2 yg boleh dibuat lg untuk mengurangkan kesakitan aku. Diorg ckp dh xboleh tambah dos epi sbb nnt bahaya bila terkena paru2. "Sakit bersalin mmg mcm ni.. kena byk bersabar..." ujar salah seorang HA di situ.

Aku rasa semakin sakit, semakin nak teran.
Tp bila nurse check bukaan pukol 1ptg baru nak mencecah 6cm. Nurse xbg aku teran. Aku ckp dh xtahan. Nurse check rahimku dh bengkak sbb meneran sblm masanya. Aku semakin lemah sbb tahan sakit dan dlm masa yg sama tahan supaya xteran.

Nurse dtg check suhu bdn aku. Demam sudahh...

Pukol 2ptg bukaan dh mencapai 7cm++. Nurse check dinding serviks aku dh menipis, dh nampak kepala baby. Dlm saat2 getir tu, bole pulak nurse tu bgtau baby aku sgt aktif. Nurse masuk jari nk check bukaan serviks brapa cm, baby gerak kepala tolak jari dia. Haha..

Pukol 2.30ptg, gynae - Dr. Siti Mariam dtg  check bukaan. Almost 8cm, kepala baby dh bwh sgt. Baby dh berak (fetal distress), jantung baby sgt laju, 200 lebih.

Aku merayu2 nak teran sbb dh xdaya menahan. Dr. tros buat keputusan utk selamatkan baby. Aku dgr Dr. bg arahan segera kpd HA2 labour room tu utk get ready. Suami aku pun diberi task utk sama2 membantu aku push.

Tiba-tiba ada pulak tempat sangkut kaki dikeluarkan dr sisi katil tu. Kedua-dua belah kakiku diangkat letak di atas tempat tu untuk memudahkan aku meneran.

"Ok, start contraction, kamu push! Saya akan cuba bantu kamu dgn vakum." Arah Dr. Siti kpd aku.

Sambil monitor graf CTG utk mengetahui bila kontraksi berlaku, mereka sama2 memotivasikan aku utk push dgn sepenuh tenaga.

Apabila sudah 3 kali push dgn penuh tenaga sampai abes tenaga, aku tros surrender, aku bgtau "aku dh xlarat..."

Aku memang dh lemah sgt... ditambah lg dgn demam, aku sampai muntah2 push baby kuar tp aku xrasa ada benda keluar pun.

Namun, dgn berkat doa semua, kali ke-4 aku push skali lg dgn sokongan Fitri yg bersungguh2 dan tarikan vakum Dr. Siti, aku dpt rasakan baby keluar dgn mudahnya. Alhamdulillah.. aku bersyukur ke-hadratMu ya Allah.

Dr. Siti sempat mengambil anakku yg masih berdarah itu lalu membalutnya utk diletakkan di atas dadaku sekejap sebelum dibersihkan.

Selepas itu, gynae jadi tukang jahit. OMG episiotomy!!!

Bersambung..



Posted via Samsung Galaxy Note 2*

4 comments:

SUHANA SHUKOR said...

pengalaman berharga...utk yg tak kawen lg mcm aku ni mmg seram..hahahaha..apa pon tahniah ye diha..

diha_fitri said...

Semoga bermanfaat. Tq Su-n :)

Just Aku said...

woww...menarik la...pengalaman bsalin mmg xdpt lupa..huhu..kira btuah la dpt push kali ke-4...sy 3 kali push cam xda apa2 pun...last2 kena c-sec gak...sbb fatal distress...dua kali sakit la jwbnya...tp klu operate mmg xrasa apa2..15minit je tgk2 baby dah kluar...alhamdullilah luka cepat baik...pasni klu ada rezeki lg nak operate la terus...hehe...sbb dah rasa camna sakit kontraksi tu...huhu...pa pun tahnuah...comei boboi... :D

*Azzulia Mohamed*

diha_fitri said...

Tq Azzulia. Tahap tahan skt seseorg xsama kan.. so ada yg bole thn & ada yg surrender. Akk thn skt sampai menggeletar tubuh bdn. Baru tau betapa besarnya pengorbanan seorg ibu :)