February 8, 2012

Jalan-jalan Ke Bukit Fraser

  
Bkt. FraserPerjalanan dr KL ke Bukit Fraser, Pahang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Menelusuri jalan bengkang-bengkok yg jauh, di mana hanya satu lane sempit tersedia utk naik dan turun dr bukit bg aku adalah agak mencabar, even jalan naik ke Gunung Brinchang pun boleh tahan lagi kot, sbb xdela jauh mcm ni, cuma licin sket sbb lembap kabus. Memang kecut perut jugakla bila terpaksa layan corner sambil menyaksikan gaung di tepi tingkap.

Bertemankan radio yg kejap ade siaran dan kejap hilang siaran (almaklumlah dalam hutan berbukit-bukau), aku menghiburkan Fitri (the driver) dgn nyanyian lagu Ombak Rindu (;P) supaya dia tidak terlalu stress memandu. Jauh tu.. lebih dr 20km kena aktif gerakkan tgn pusing stereng ke kiri dan kanan lebih hebat daripada biasa. Bg yg kurang tahan dan mengalami masalah cepat mabuk dan sebagainya, memang inilah masanya muntah-muntah akan berlaku. Sediakan plastik dalam kereta sbb xboleh berhenti di tepi jalan since keadaan laluan yg sempit tidak mengizinkan utk kereta berhenti. Jgn lupa isi perut dulu untuk tenaga.

Bagi anda yg pergi satu kereta, jgn risau.. sbb dlm perjalanan bengkang-bengkok yg sunyi tu nanti, anda akan bertemu jugak dgn kereta di hadapan atau di belakang anda dan akan form seolah2 satu barisan konvoi xrasmi sebelum sampai ke destinasi.

Perkembangan terbaru pasal Bukit Fraser ni ialah : jalan naik dan jalan turun dr GAP (check point) dah xperlu ikut jadual sbb sudah ada jalan berasingan. Suhu pun dah xsejuk, so xperlu la pakai sweater.

So..
Kami sedar dah sampai kt atas tpt peranginan Bukit Fraser tu bila kami nampak clock tower yg ramai sgt org suka ambik gambar kat situ. Hehe.. kami pun xterkecuali la posing.

So xnak buang masa, bolela round2 Bukit Fraser tu. Dr satu tpt ke satu tpt ada penunjuk arah dan jaraknya bg saya xberapa jauh antara satu sama lain. Kami sempat masuk :

1. Allan’s Water
- Ada tasik mendamaikan dan boleh naik paddle boat. Satu bot bole naik 2 org, RM6 shj utk kayuhan selama 15 minit. Time kami sampai, org ramai.. maklumlah Thaipusam, so kena beratur untuk naik bot. Jumlah bot sikit, rasanya owner kena tambah bot lagi la. Lg satu, kat sini anda boleh dengar bunyik cengkerik yg kuat. Maklumlah dikelilingi hutan.



2. The Paddock
- Bole naik kuda. Kuda2 kat situ ada nama, ada sekor nama Star. Kebanyakan yg beratur nak naik kuda masa tu adalah kanak-kanak. Byr RM5 shj utk naik kuda, org yg jaga tu akan bawak kita pusing padang kat situ se-round. Cuma yg xtahan, bau hancing kencing kuda kat situ sgtlah uwekk.


       

- Jgn lupa try archery!


Lepas tu pusing2 tgk design banglo2 lama zaman Louis James Fraser (1890) kat sini, singgah ambik gambar, jogging dan berkelah kat taman2 awam pun boleh. Tp jgn cari Taman Bunga, cos kami pun cari xjumpa Taman Bunga, signage ada, tp bila cari.. cuma jumpa storage tpt org baru nak tanam pokok bunga. Baik pegi nursery Sg. Buloh!

        

Tpt makan ada beberapa lokasi, so bole pilih sendiri nak makan kat mana. Ada food court jugak. Aritu kami makan tengah hari kat restoran tepi Masjid Sultan Mahmood. Sedap nasik ayam dia. Harga pun berpatutan.

Dlm perjalanan blk, jgn lupa singgah Empangan Kuala Kubu Bharu, cantik tasek tu. Kami xlepas peluang bergambar kenangan. Dan seperti biasa, kami berdua ni, kalo masuk je satu2 tempat tu, dr tpt tu xramai org, lepas 2 minit akan bertambah2 ramai org kt tpt tu. Pelik tp benar. Begitulah yg berlaku kt empangan ni. Tiba-tiba ramai lak orang berhenti kat situ selepas kami. Huhu…


So, itu saja sedikit tips jalan-jalan ke Bukit Fraser utk tahun 2012. Semoga dpt memberi manfaat kpd yg xpernah pegi ke sana dan sedang merancang utk ke sana. Cao cin cao!~

1 comment:

zufama said...

bahaya sangat ke jalan naik bukit fraser..berapa lama jalan dari kuala kubu baru nk naik atas..pi cameron selamba je aku layan lap tapi dengar ceta bukit fraser jln dia gerun sikit..betul ka?