February 22, 2010

Surat Ibu Untuk Tanggang

Anakku,
Telah lama ibu simpan apa yg terpendam di hati ini. Sekian lama meniti waktu, ibu rasa engkau sudah cukup dewasa untuk menilai apa yg baik, apa yg tidak...

Anakku,
Dua puluh tiga tahun yg lalu, ibulah org yg paling gembira ketika bidan mengesahkan ibu sedang hamil. Dengan senang hati, ibu mengandungkanmu selama sembilan bulan...

Ibu harungi kesusahan berdiri, tidur, makan dan bernafas dengan sabar sekali. Tidak sedikit pun kasih di hati ibu pudar terhadapmu. Ibu bahagia sekali menyambut kehadiranmu. Semakin hari, rasa cinta dan kerinduan ibu terhadapmu kian subur dan berkembang.

Anakku,
Kehadiranmu di dunia ibarat hadiah dr syurga. Ibulah org yg paling bahagia. Ibu memandikanmu dengan kedua tangan ibu. Pangkuan ibu buaian selesa tidurmu. Semalaman ibu berjaga hanya untuk memastikan tidurmu sempurna. Ibu susuri siang hari dengan keletihan demi kebahagiaanmu. Dambaan ibu tiap hari adalah untuk melihatmu tersenyum. Dan idaman ibu setiap saat adalah setiap permintaanmu, dpt ibu penuhi. Itulah puncak kebahagiaan ibu.

Itulah kenangan manis yang ibu lalui sebagai pelayan yang tak pernah mensia-siakanmu. Sebagai wanita yang tidak jemu menyusuimu, sebagai ibu yg xpernah putus kasihnya hingga engkau besar dan menjadi seorang remaja. Dan mulailah nampak tanda-tanda kedewasaanmu. Ketika itu pula, ibu sibuk ke sana ke mari mencari rezeki.

Saat-saat yang begitu berat telah dilewati. Namun engkau seolah bukan lagi anak ibu, seperti yang ibu kenal selama ini. Sungguh engkau tidak lagi mempedulikan ibu. Hari-hari berlalu dan ibu masih lagi setia berbakti padamu. Biarlah apa yg diperlakukanmu, ibu hanya mahu engkau hidup sempurna. Biarlah ibu susah, asalkan anak ibu sihat dan dapat apa yg diidamkan.

Anakku,
Ibu tidak mau meminta apa jua daripadamu. Selain terimalah kehadiran ibu tua yg masih ingin menjagamu. Jadikanlah ibu sebagai salah satu perhentian untuk hidupmu sehari-hari, sehingga sampai saat ibu itu.

Anakku,
Kaki ibu telah bengkak. Mata ibu kian rabun. Anggota tubuh ibu pula makin terketar2. Berbagai ragam penyakit telah membuat ibu semakin lemah. Rasa sakit semakin mendera ibu. Ibu sudah uzur, nak ... ibu sudah susah untuk berdiri maupun duduk, namun hati ibu masih sayang padamu. Ibu masih mahu berbakti utk melihat anak ibu sempurna mcm anak orang lain.

Anakku,
Ibu sangat berharap dapat berjumpa denganmu yg dulu sebelum ibu pergi. Ibu tak ingin apapun selain itu...

Anakku,
Luangkanlah sedikit ruang di hatimu untuk berlembut-lembut dengan seorang wanita yg amat merinduimu ini, berikanlah sedikit kebahagiaan utk ibu melihat dirimu gembira. Apalah dosa ibu sehingga dihimpit lara yg berpanjangan. Kering sudah airmata ibu.

Ibu tidak mau mengeluh atas kepedihan dan kesedihan ibu ini kehadratNya, kerana ibu takut, jika ibu adukan perkara ini ke sana, engkau akan ditimpa musibah.

Tidak, ibu tidak menginginkan itu. Engkau tetap menjadi buah hati dan hiasan dunia di hati ibu.

Anakku,
Tahun demi tahun akan berlalu, dan engkau juga akan menjadi tua, setiap perbuatan pasti akan dibalas. Engkau akan menulis surat kepada setiap anak-anakmu dengan cucuran air mata, sebagaimana yang ibu tulis untukmu ini. Maka bertakwalah engkau kepada Allah.

Kembalilah, di mana anak ibu yg dulu...

Yg benar,
Ibumu yg tua

P/s : Dan apabila tertutup mata seorang ibu tanda perginya itu untuk selamanya, maka hilanglah satu keberkatan hidup seorang anak, iaitu doa seorang ibu.

Sumber yg telah diadaptasi dr : Qashash Mu'atstsirah fi Birr wa 'Uquqil Walidain (terjemahan) karya Fathurrahman Muhammad Jamil, dan lain-lain. (Al Fikrah)

2 comments:

ShaSiNChAn said...

meleleh air mata bc blog kali nie..
apa lg bila teringtkan kisah dunia batinku..
tp itulah adat dunia..adakala anak2 x tahu nk menghrgai pengorbanan seorg ibu..
x tahu menilai bagaimana kasihnya ibu pd dirinya..
smg 'anakku' n org2 yg ada persamaan dgn 'anakku' akan berubah..
sentiasala berdoa slalu.. aminn..

diha_fitri said...

hanya yg melalui ja paham...yg laen hape peduli...