Yang mana satu pilihan hati? Pilihan 1 : Inilah baju kurung pahang yang aku cari...nak ikut trend terkini lah konon. Kainnya adalah dari jenis chiffon matching, ade batu warna-warni lagi. Tapi baju ni kena pakai inner sebab jarang. Gabungan warna hitam dan putih memberikan gaya classy and elegant...
Pilihan 2 : Fabriknya mengikut trend terkini iaitu dari jenis angkasawan berlabuci. Ala-ala chiffon, jadi ia agak jarang, masa nak buat baju lining boleh, tak nak pun xper...Nampak suci jer warna kurung ni. Sesuai untuk sesiapa yang sukakan kesederhanaan. Walaupun simple ianya tetap meronta jiwa para jejaka.
Pilihan 3 : Santun anggun bak tajuk rancangan tv. Terserlah keayuan gadis bila pakai baju nie. Ape yang menjadi tarikan paling kuat aku pada baju ni adalah hiasan bunga pada kaki lengan dan bawah baju. Kelopak bunga besar berona pelangi menambah seri baju ini untuk digayakan di pagi raya. Amacam, cun x baju nie?
Pilihan 4 : Siap ade organza bertampal lagi. So sweet. Berlatar belakang putih tambah berseri bila coraknya adalah gabungan bunga merah jambu berdaun hijau. Keindahan taman bunga gitu. Sesuai untuk gadis berkulit putih lepuk. Tapi korang perasan tak, patung yang gayakan baju ni cam gemok jer... tak jadilah beli yang ni...=P
Pilihan 5 : Aku memang suke gak kaler oren ni, sebab waner luck aku. Hee... hee...Bunganya macam bunga kebangsaan menjadi bonus kerana selain raya, baju ni jugak sesuai untuk merdeka. "Saaya anak merdeka! Saaya anak merdeka!" Tiba-tiba abang aku tarek tangan aku, xpayahla beli baju ni, orang nak raya, dia nak merdeka pulak! Kwang kwang kwang....
Pilihan 6 : Baju kurung moden kaler pink. Motif corak sejibik macam layout friendster aku sekarang. Huhu. Aku memang dah berkenan btol dengan baju ni. Ada batu penyeri di Aidilfitri. Santun ayu bila bersalam di pagi hari raya. Tapi abang aku kata dia pernah tengok sarung kusyen rumah aku rona corak macam nie...=(
4 comments:
diha, yg no 2 tuh lawa, tapi cam biasa sgt.. yg no 1 tuh kalau diha pakai mesti nmpk lain dr yg lain. sbb rasa2nya tak pernah nmpk diha pakai black n white colour.
yg kaler pink cam kusyen 2 plg lawa ekceli..tp klu nk kelainan itam putih pun ok gaks..
walaupon yg pink kusyen tu agak menarik mata mata ku ini... tp kalau tak mau, amik no 2 jela.. nampak sweet..
hehehe...maceh sume yg bg pandangan...kata eric, org yg lahir dlm bln jan-jun lebih gemar baju yang berwarna-warni daripada org yg lahir dlm bln jul-dis, mereka ni lebih suka baju yg berwarna gelap/earth colour. X caya cuba tgk wardrobe sendiri!
Post a Comment