September 10, 2008

Jom Shopping Baju Raya

Yang mana satu pilihan hati? selamat hari raya Pilihan 1 : Inilah baju kurung pahang yang aku cari...nak ikut trend terkini lah konon. Kainnya adalah dari jenis chiffon matching, ade batu warna-warni lagi. Tapi baju ni kena pakai inner sebab jarang. Gabungan warna hitam dan putih memberikan gaya classy and elegant...


baju kurung Pilihan 2 : Fabriknya mengikut trend terkini iaitu dari jenis angkasawan berlabuci. Ala-ala chiffon, jadi ia agak jarang, masa nak buat baju lining boleh, tak nak pun xper...Nampak suci jer warna kurung ni. Sesuai untuk sesiapa yang sukakan kesederhanaan. Walaupun simple ianya tetap meronta jiwa para jejaka.


happy eid mubarak

Pilihan 3 : Santun anggun bak tajuk rancangan tv. Terserlah keayuan gadis bila pakai baju nie. Ape yang menjadi tarikan paling kuat aku pada baju ni adalah hiasan bunga pada kaki lengan dan bawah baju. Kelopak bunga besar berona pelangi menambah seri baju ini untuk digayakan di pagi raya. Amacam, cun x baju nie?

ketupat
Pilihan 4 : Siap ade organza bertampal lagi. So sweet. Berlatar belakang putih tambah berseri bila coraknya adalah gabungan bunga merah jambu berdaun hijau. Keindahan taman bunga gitu. Sesuai untuk gadis berkulit putih lepuk. Tapi korang perasan tak, patung yang gayakan baju ni cam gemok jer... tak jadilah beli yang ni...=P


hari raya festival
Pilihan 5 : Aku memang suke gak kaler oren ni, sebab waner luck aku. Hee... hee...Bunganya macam bunga kebangsaan menjadi bonus kerana selain raya, baju ni jugak sesuai untuk merdeka. "Saaya anak merdeka! Saaya anak merdeka!" Tiba-tiba abang aku tarek tangan aku, xpayahla beli baju ni, orang nak raya, dia nak merdeka pulak! Kwang kwang kwang....




Syawal eve
Pilihan 6 : Baju kurung moden kaler pink. Motif corak sejibik macam layout friendster aku sekarang. Huhu. Aku memang dah berkenan btol dengan baju ni. Ada batu penyeri di Aidilfitri. Santun ayu bila bersalam di pagi hari raya. Tapi abang aku kata dia pernah tengok sarung kusyen rumah aku rona corak macam nie...=(

4 comments:

areyou said...

diha, yg no 2 tuh lawa, tapi cam biasa sgt.. yg no 1 tuh kalau diha pakai mesti nmpk lain dr yg lain. sbb rasa2nya tak pernah nmpk diha pakai black n white colour.

Anonymous said...

yg kaler pink cam kusyen 2 plg lawa ekceli..tp klu nk kelainan itam putih pun ok gaks..

RedAnna said...

walaupon yg pink kusyen tu agak menarik mata mata ku ini... tp kalau tak mau, amik no 2 jela.. nampak sweet..

diha_fitri said...

hehehe...maceh sume yg bg pandangan...kata eric, org yg lahir dlm bln jan-jun lebih gemar baju yang berwarna-warni daripada org yg lahir dlm bln jul-dis, mereka ni lebih suka baju yg berwarna gelap/earth colour. X caya cuba tgk wardrobe sendiri!