Sedangkan lidah lagi tergeget, inikan pula D & F. Percayakah anda apabila saya kata orang merajuk ni sebenarnya minta dipujuk. Kenapa? Tak percaya? Ha, tanyalah orang-orang yang merajuk tu? Elele... shy-shy cat pulak… Meow!Orang merajuk ni sebenarnya ada satu sebab je. Ape yer?
Ha, tak lain tak bukan. Mereka nak minta dipujuklah. Lagi-lagi kalau pasangan yang sedang hangat bercinta. Bila merajuk masa bercinta ni memang saat yang paling best.
Ha, tak lain tak bukan. Mereka nak minta dipujuklah. Lagi-lagi kalau pasangan yang sedang hangat bercinta. Bila merajuk masa bercinta ni memang saat yang paling best.
Mana taknya, nanti kan ada orang yang datang pujuk… Tentulah hepi sangat, melonjak-lonjak gitu. Sebab itula ada orang yang saja nak muncong 50 inci supaya dapat rasa lebih dikasihani, dikasihi, dan disayangi. Betol tak?
Yer lah. Merajuk ni kan pada yang sayang. Mana ada orang merajuk pada orang yang kita tak sayang. Kalau dah x sayang dah tentu sampai kiamat pun mamat tu takkan pujuk awak cik adik oi. So, awak yang macho tu janganlah buat-buat tak faham. Tak reti-reti lagi?? Janganlah ego sangat. Pujuklah mereka. Orang merajuk ni memang minta supaya dipujuk. Jadi apelah ruginya, kita pujuk pun orang yang kita sayang. Takkanla kita sanggup nak tengok orang yang kita sayang berlarutan sedih hatinya, kan?
Atoi, sakit hati tau masa tengah merajuk ni. Mana tidaknya muka kena masam, mulut kena muncung. Nak senyum tak boleh, ketawa apatah lagi. Semua kena simpan di dalam mulut. Huhu... Bukankah seksa tu? Kan payah macam tu? Asyik nak tarik muka panjang sampai nampak urat-urat muka.
Saya cerita ni, sebab saya ni pun suka merajuk. Tapi taknaklah buat selalu, tak baik tau. Hehe... Tapi kalau sesiapa nak merajuk, merajuklah. Tapi ingat, jangan lebih-lebih. Nanti orang tak suka, ha baru padan muka! So, ape ye kita nak buat pada orang yang suka sangat merajuk ni? Kalau orang pompuan kita consider la. Bukannya apa, orang perempuan ni apabila dia merajuk tu biasala kan. Hehe..
So, kalau your girl merajuk, pergiiiilah pujuk. Be gentleman. Sekurang-kurangnya bagilah bunga. Kalau sikit merajuknya bagi sekuntum pun takper. Tapi kalau teruk sangat merajuknya tu, kenalah bagi sejambak dua. At last, kalau tak jalan gak, bagi saja dengan pasu-pasunya sekali. Huhu..
Kenapa ya, nak kena bagi bunga? Apa standard bunga berbanding cokelat or teddy bear? Ha, tahukah anda kenapa saya suruh bagi bunga pada cik kak-cik kak yang merajuk nih? Mengikut kajian, bunga ni mempunyai suatu daya yang mampu mengharmoni dan menceriakan suasana sekeliling serta memberi kuasa ketenangan kepada semua orang. Percaya tak? Cubalah dulu, belum cuba belum tahu!
So akhir sekali pesanan saya, kalau rasa nak sangat merajuk, merajuklah. Tapi ingat, jangan merajuk kat Aiman, sebab Aiman tak pernah kesah. =P
No comments:
Post a Comment