Peristiwa magik ini sebenarnya telah berabad berlaku, namun keajaiban itu masih berlegar di arena memoriku. Aku masih ingat, pada tanggal 26 Julai 1992, Malaysia digemparkan berita aneh ini. Pada kira-kira pukul 11.30 malam, seramai 200 orang guru dan pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Agama Hishamuddin, Klang telah menyaksikan satu fenomena alam semulajadi yang amat menakjubkan.
Kepulan awan di langit malam tiba-tiba membentuk 26 objek tertentu yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Menurut media massa, kejadian tersebut hanya berlaku di sekolah itu sahaja, tetapi ada sumber lain mengatakan, objek-objek tersebut juga telah disaksikan oleh orang ramai yang berada di sekitar Klang pada malam itu.
Kepulan awan di langit malam tiba-tiba membentuk 26 objek tertentu yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Menurut media massa, kejadian tersebut hanya berlaku di sekolah itu sahaja, tetapi ada sumber lain mengatakan, objek-objek tersebut juga telah disaksikan oleh orang ramai yang berada di sekitar Klang pada malam itu.
Objek-objek yang muncul adalah ;
1. Kalimah Allah dalam tulisan Arab dan kalimah Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah dalam tulisan Arab
2. Janin manusia
3. Manusia dewasa
4. Mayat dibungkus dengan kain kafan
5. Sebiji mata berwarna merah seperti sedang marah
6. Lidah panjang
7. Lidah dipotong-potong dan bersambung semula, 3 kali tanyangan
8.Perempuan berlari, rambutnya digantung atau ditarik kemudian rambutnya disambar api lalu terbakar. Mukanya bertukar menjadi binatang yang sangat hodoh, mulut meraung-raung seperti dalam keadaan kesakitan yang amat sangat, seterusnya muka menjadi tengkorak dan rambutnya menjadi kaku.
9. Sayap burung berkibar-kibar
10. Perempuan berwajah babi
11. Kala jengking
12. Ular besar dengan mata bersinar-sinar
13. Manusia berkepala anjing
14. Dua orang bergaduh kemudian bersalaman
15. Lelaki berserban sujud ke arah Kaabah dan yang lain membelakangi Kaabah dan sujud membelakangkan Kaabah
16. Peta Malaysia terbalik, negara Singapura di sebelah atas
17. Botol arak
18. Tanda salib bertukar menjadi kubah masjid
19. Ayam
20. Seekor ikan
21. Peta negara Arab Saudi
22. Mayat berkafan
23. Batu nisan
24. Seekor burung
25. Orang berdoa [ memakai telekung]
26. Tangan hendak mencapai sesuatu tetapi tidak dapat dan tapak tangannya ada bertanda bulat…
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment