Salah satu tips menarik yang aku nak kongsikan ini adalah antara suatu inisiatif versi tradisional untuk menawan hati mak mertua. Wahai pompuan-pompuan sekalian, marilah kita pakai kain batik bila dok rumah.
Sebelum tu, apa pendapat kawan-kawan tentang kain batik?
1.Korang wat kain batik untuk kain basahan time mandi je?
2.Korang pakai kain batik masa lepak-lepak dalam umah je?
3.Korang kata kain batik untuk anak dara kampung?
4.Korang wat kain batik jadi hiasan?
Ramai tak perempuan yang still pakai kain batik lagi zaman sekarang? Kak Nor aku jarang pakai kain batik sebab dia cakap Abg Bob (abg tiri aku) kata, kalau pakai kain batik, macam orang tua. Sape setuju?
Sebenarnya aku bukanlah seorang pemakai kain batik tegar. So semalam, apabila ibu mertua aku bekalkan aku sehelai T-shirt dan sehelai kain batik buat pakaian aku selepas mandi petang semalam, aku jadi a bit kekok. "Alamak, macam mana aku nak pakai kain favourite ibuku ini?"
Aku terus ke bilik mandi untuk menyegarkan badanku. Aku membiarkan hatiku terus berbisik sebagai salah satu cara menghilangkan tekanan dik penangan cenderahati kain batik tadi. Seingat aku, aku pernah cuba memakainya sewaktu peralihan zaman budak ke remaja dulu. Tapi hasilnya senget-benget. Dan selepas itu, aku tidak lagi memakainya kerana mempunyai pilihan pakaian yang lebih moden dan selesa untuk aku seperti skirt dan seluar. Sedar xsedar, aku rupenye telah 'membuat sabun mandi', 'mencipta Colgate baru' serta 'menukar haruman syampu' di dalam bilik air = Aku mandi lama sangat! Hohoho~
Alamak, aku keluar selamba je, tapi otak aku dok ligat memikirkan teknik yang betul untuk memakai kain batik tadi. Lantas ku ambil kain 'puaka' tersebut, lalu aku lipatkan ke dalam sedikit bahagian atasnya disebabkan kain itu agak panjang untuk aku yang agak suam-suam rendang ini. Selepas berkali-kali memusing, berjaya jugak aku menyimpulkan kain batik tersebut dengan kemas ke sisi pinggangku. Dengan bangganya, aku keluar menemui suamiku.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi kekekan kecil...Kukik..kukik..."Macam pernah ku dengar kukikan begini, tapi di mana ya?" Rupenye, Fitri (suami aku) telah bersiap-sedia menonton aku sambil tersengeh. Mana taknya, dia tak pernah melihat aku fullamak se'ayu' itu, dengan riak wajah sarat tak selesa, jalan pun makin slow. Huhuhu... Aku sebenarnya risau banget ikatan kain batik itu tercabut. Tapi, mak mertua aku punya pasal, aku bertekad memakainya dan aku telah pun berjaya memakainya tanpa ada sebarang kejadian yang tak diingini. Fuh, chaiyok, chaiyok!~
No comments:
Post a Comment