Susah sangat ke nak jadi wanita yg baik? Banyak sangat ke amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul? Jawapannyer, memang tak susah dan memang banyak. Apadia? Baca dan renungkanlah jawapannya:
LELAKI
1.Lelaki bujang perlu menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2.Lelaki berkahwin perlu menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !
3.Hukum menjelaskan bahawa anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN !
4.Suami perlu memberi nafkah pada isteri, ini WAJIB tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin isteri.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itulah sebabnya mengikut kajian, hayat orang perempuan lebih panjang berbanding lelaki. Lelaki lebih cepat mati kerana tidak larat dengan beratnya tanggungan dosa-dosa.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki perlu tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan lah gamaknya begitu...
WANITA
1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3.Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4.Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6.Wanita wajib taat kepada suaminya.
7.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
7.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Barang yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya pada seorang wanita solehah.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki pula, apabila menerima pusaka harus menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.
Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu yg disukainya dengan memenuhi 4 syarat sahaja :
a) Sembahyang 5 waktu,
b) Puasa di bulan Ramadhan,
c) Taat suaminya dan
d) Menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH....sayangnya ALLAH pada wanita....kan?
WALLAHUA'LAM
(Ehsan Fatimah AzZahra)
(Ehsan Fatimah AzZahra)
1 comment:
wah! sgt berinfo! :D
Post a Comment