January 8, 2009

Sonata Industri Hartanah

Spartina Setia AlamTahun 2009 memperlihatkan industri hartanah (Real Estate) yang aku ceburi ini bakal menghadapi cabaran yang agak getir dari segi ekonomi.

Harga rumah dan hartanah mengalami kemerosotan lima sehingga 15 peratus disebabkan tempias kelembapan ekonomi global serta kejatuhan harga keluli, yakni komponen penting dalam pembinaan hartanah. Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Ng Seing Liong, berkata berdasarkan makluman dan laporan ahli, pemaju perumahan terpaksa menurunkan harga berikutan permintaan semakin berkurangan. Katanya, ia adalah disebabkan semakin ramai pembeli mengurangkan perbelanjaan dan bebanan kredit sebagai persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia yang dijangka mula dirasai tahun ini khususnya dalam industri perumahan dan hartanah.

Bagi yang ada big cash, time kegawatan ekonomi inilah masa yang dinantikan untuk membeli hartanah for investment. Harga rumah boleh tawar. So boleh beli cash atau sesiapa yang nak ambik loan, boleh bayar deposit tinggi. Tapi kalau takut BLR naik, boleh ler ambik Islamic loan. Tak perlu bimbang soal turun naik BLR sebab Islamic loan ada capped (maximum) BLR. So, kalau naik tinggi pun 'siling'nya kat situ je ... begitulah hebatnya sistem kewangan Islam :)

Semalam, aku sempat tengok rancangan Ally. Suka jugak tengok telatah Ally yang sangat simple dan bersahaja semasa mengendalikan program. Rancangan Ally ni ditaja oleh HSBC Amanah. Sistem kewangan Islam itu menyediakan kemudahan pelaburan yang sangat menarik. Selain dapat melabur dalam akaun with Syariah compliance, dengan Smart Account-i kita boleh track for multiple savings goals. Contohnya, kita boleh bukak sub2 akaun untuk pelaburan nak beli laptop ke, beli jongkong emas ke atau apa-apa ajer : customised savings plans. So, bolehlah menyimpan di sini kalau nak beli rumah nanti ;)

Tahun ni, my superior advise, sape2 yang ade banyak duit and nak invest untuk property bolehla beli umah flat atau apartment banyak2 untuk disewakan sebab tahun ni dijangka lebih ramai orang akan mencari umah untuk disewa. Mereka tentulah nak cari umah sewa yang murah, so flat dan apartment lah yang paling sesuai. Tapi kalau nak lebih murah, umah setinggan pun ada. Hehe. Dari sudut pandangan seorang agen hartanah, tahun ni akan berlaku kekurangan permintaan untuk beli umah disebabkan krisis ekonomi global yang melanda. Ramai pihak akan mengambil sikap tunggu dan lihat sebab time recession, orang yang ada cash je bole beli. Nak buat loan? Interest sure naik mendadak, memang umah murah tapi BLR mau 8%-10% :D

So, bilakah waktu terbaik untuk beli umah? Basically, kalau beli time ekonomi tengah naik, harga umah akan meningkat kerana demand tinggi walaupun interest loan bank rendah, sebaliknya kalau ekonomi meleset pula, harga umah akan menurun disebabkan less demand tetapi interest loan pula akan meningkat. Kesimpulannya, kedua-dua situasi mempunyai elemen ekonomi pro dan kontranya yang tersendiri.

No comments: