January 9, 2009

Amir, Raja Lawak Cutte



Raja Lawak musim ketiga telah bermula. Kalau musim lepas, hos RL, pakat-pakat cuba cakap negori sembilang ikut Bangbil, "Eden Torai" tapi musim ni, Zizan dan Johan pakat-pakat sibuk torai kecek kelate pulo, sebab ada sorang mamat 20 tahun ni, Amir nama dia. Kitorang cukup geli ati and xkering gusi tengok gelagat dak Amir yang cute mute ni. Kite kata dia cute, dia translate pegi Melayu nya pronoun pulak, "cutte". Terbahak-bahak penonton dibuatnya. Selamba dan kreatif budak ni. Walaupun penampilannya sangat simple. To me, Amir ni ada potensi untuk pegi lebih jauh dalam bidang lawak ni, sebab dia ada faktor-X, bak kata juri Zaibo. Tengok muka Amir pun dah geli ati. Ape lagi bila dia cuba bercakap dan melawak! Last week, masa episod pengenalan RL, Amir telah berjaya mem'boom' kan nama nya dengan persembahan lawak berkaitan 'Misteri Nusantara' nya. Undian SMS Amir yang pada mulanya kurang terus mendadak naik hingga ke tempat pertama, memang ternyata kelakor budak nie ... hantu pun pandai shuffle ... Heehee ... I'm soriii ...


Selain Amir, aku jugak suke persembahan lawak satu lagi peserta RL musim ni, kumpulan LNJ. Ni bukan bias negeri ke ape, tapi sebab bakat mereka memang terserlah. Sorang tu dari Langkawi, yang sorang lagi tu dari Penang. Gelanggang semalam memang gamat abes dengan persembahan mereka. Isu azam tahun baru yang dibawa berjaya ditonjolkan menerusi lawak nak belajar silat dan nak mengajar silat oleh keduanya. Selain LNJ, peserta lain yang turut memberi saingan hebat termasuklah kumpulan Chot, Sepah, Am dan Manbelon. Tapi ada jugak sorang peserta tu, Adam namanya, gaya dan lawaknya aku xgemarlah, dia macam tiru Nabil. Xbestla klon2 kan ... Cipta lah identiti sendiri beb!~


Lagi satu perkara yang aku nak highlight kat sini adalah tentang juri RL musim ketiga ni. Bagi aku ada pro dan kontranya. Macam last season, ada Enot dan Harun Salim Bachik (HSBC). Bagi aku lebih cool sebab ada HSBC yang pandai wat lawak secara berseloroh. Dia lebih sporting dan bersahaja. Macam this season pulak, still ok sebab Zaibo dikekalkan. Malah kehadiran Ibu Fauziah memperkuatkan lagi barisan juri kerana kebijaksanaan Ibu mengeluarkan kritikan dan hujah yang bernas. Cuma satu je yang aku nampak kurang cool la kat sini, encik Shamsul Ghau-Ghau, yang bertindak selaku ketua juri agak over dalam memberi komen kepada peserta. Hope lepas dia kena beberapa das tembakan dari Ibu, dia akan berubah ;)


Lastly, chaiyok2 to all peserta RL. Do your best. Jangan malukan orang kampung!

6 comments:

irah said...

aku pun suka budak amir ni..lawak giler!

diha_fitri said...
This comment has been removed by the author.
diha_fitri said...

yey! amir, mu ni budak kecik pandai buat lawak...

Macam-macam ada.. said...

Aduhai pengundi-pengundi amir.., tahu dok korang.. oleh sebab korang mengundi amir raja lawak yang tak berkualiti tu, orang lain yang lebih berkualiti telah tersingkir.. korang telah menganiaya mereka.. aku rasa kalau amir menang RL ni pun, takde siapa yang akan ambil beliau menjadi pelakon, ataupun menjadi hos.. kecuali hos bomba, ataupun hostel.. Aku tak dapat nak bayangkan kalau amir ni berdiri sebaris dengan zizan, johan dan nabil.. percayalah cakap aku ni.. sebab kalau nak dibandingkan dengan nabil dengan amir, macam langit dengan bumi.. nabil memang menyerlah dari show pertama hingga akhir.. tapi amir.. sedih aku nengok.. kita pikirlah sama-sama.. "i'm sorry.". (geli geleman tekak aku dengar perkataan ni..)

GomoMan said...

gomoman sudah tentu akan undi amir. saksikan gomoman mengundi Amir di:-

http://www.youtube.com/watch?v=rl44uRXl_GU

diha_fitri said...

guana nak wat nie ... amir makin minggu makin xmantob!