October 31, 2008

Nasi Ayam Awan Dania

nasi ayam awan dania
‘Penumpang-penumpang pesawat Air Asia diminta duduk dalam keadaan selesa dan memakai tali pinggang keselamatan semasa penerbangan berlangsung. Kita akan memasak dalam masa 5 minit dari sekarang…5…4….3…2…1….’

Bahan-bahan (6-8 orang anak kapal)
A. Air Rebusan Ayam
1 ekor ayam Dania dipotong kecil (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2 cm halia diketuk (Ketukla macam korang nak ketuk kepala Puteri!)

B. Untuk Perap Ayam
1 sudu besar kicap pekat (Jangan letak banyak sangat, nanti nampak macam beruang panda!)
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam

C. Untuk Nasi
5 cwn beras
3 sudu besar marjerin
1 cm halia ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam/kiub ayam

D. Untuk Sos Cili
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

E. Untuk Sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar dikisar
sup bunjut Adabi
sedikit garam
daun sup yg dihiris
lobak dan kentang dipotong dadu

Cara-cara Memasak
1. Ketulan ayam Dania dibersih dan dilumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan B di atas selama 15-20min. Goreng hingga garing.
3. Basuh beras dan toskan. Panaskan marjerin, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan air rebusan ayam secukupnya berserta garam / kiub ayam. Masak seperti biasa.
4. Untuk sos, kisarkan semua bahan D di atas. Boleh tambah tomato sos /sos cili mengikut citarasa. Boleh juga dimasak sebentar.
5. Untuk sup, air rebusan ayam dididihkan bersama bawang besar, sup bunjut, garam, daun sup dan lobak / kentang tadi.

Selamat mencuba!~

1 comment:

violet said...

Untuk sos kicap yg terangkat boleh contact me...hihihi