November 6, 2008

Norman Gantung Abby

norman ditangkap khalwatLagi isu rumahtangga. Kali ni kisah Inspektor Aliza, Abby Abadi dan Norman Hakim. Norman Hakim rupanya ada skandal dengan Memey. Tak percaya jugak aku bila lelaki yang aku nampak begitu gentleman dan baik dalam lakonannya rupanya realiti tak seindah yang disangka.

Setiap kali Abby mendapat liputan media, setiap kali itu jugaklah kelihatan Abby menitiskan airmata. Rupanya, suaminya Norman Hakim dah sebulan lebih tak balik rumah. Lebih menyedihkan, apabila Norman sanggup menghalau Abby di set penggambaran kerana datang untuk menjenguknya. Dik kerana rindu seorang isteri pada suaminya, Abby tunggu sampai pukul 6 pagi dalam kereta, tapi apa yang Abby dapat? Norman sanggup suruh krew halau Abby, katanya, "Kalau Abby Tak Blah, Aku Takkan Teruskan Shooting." Apa maknanya semua ini?

Apa yang pasti, sekarang Abby telah nekad untuk memfailkan perceraiannya dengan Norman Hakim. Dugaan ini menjadikan Abby lebih kuat untuk menempuh segala rintangan. Dia terlalu serik dengan rumahtangga yang pernah dibinanya. Kata Abby, tak mampu lagi untuknya seorang saja yang mahu mempertahankan, sedangkan suami tak pernah peduli. Kata-kata Norman langsung tak selari dengan perbuatannya, dalam kata lain, LIDAH BUAYA ANAKONDA! Abby mahu memulakan kehidupan barunya bersama anak-anak tersayang.

Aku doakan yang terbaik untuk Abby. Ingat pesanan Azizah Ariffin, Ifa & Prof dalam rancangan Wanita Hari Ini tadi, "RAMAI DI LUAR SANA YANG MASIH SAYANGKAN ABBY DAN AKAN SENTIASA MENYOKONG ABBY DARI BELAKANG."




Gantung - Melly

4 comments:

libcan said...

hai kak diha.....cntik gambar k.diha dgn abg fitri.....puas ju tgk.....kenal tak?

violet said...

sorry, ni Ju mana ni?
npc ker? kat ur blog no profile to refer to...

libcan said...

hai kak diha...
jue npc

libcan said...

akak keje mana skrg?