Jumaat lepas aku ada menghadiri sebuah bengkel perniagaan online untuk bisnes fotografi kami - Dfchannel Photography. Seramai 20 org wakil syarikat berdaftar yg terdiri drpd Entreprise dan SME menghadiri bengkel yg dianjurkan oleh pihak UUM-SKMM yg diadakan di Hotel Legend, KL itu.
Aku ke sana menggunakan perkhidmatan KTM komuter dr Sg. Buloh dan berhenti di stesen Putra. Aku siap2 beli tiket pergi-balik memandangkan bengkel tersebut dijadualkan akan berakhir sebelah malam, iaitu selepas waktu berbuka jam 8.30 mlm. So, disebabkan xmahu berebut dgn org awam lain yg jugak akan menggunakan tren itu nanti, aku pun ambil langkah perlu.
Tren KTM arah ke Seremban sampai tepat pd waktu aku sedang beratur untuk membeli tiket. Walaupun agak terkocoh2 swipe tiket sehingga terjatuh syiling 20 sen dr genggaman, aku tetap berjaya memboloskan diri ke dalam tren itu jugak.
Aktiviti bengkel itu berjalan dgn lancar. Bg aku xboring langsung sebab setiap isu dan kandungan kursus itu berjaya dilestarikan dgn ilmu dan peluang-peluang yg menarik.
Bengkel ditangguhkan pd pukol 6.45 ptg. Para peserta dijemput untuk ke ruang makan hotel berkenaan bg persiapan berbuka puasa.
Sebelum tu, kami sempat bergambar kenang-kenangan bersama. Dan dlm masa aku dan rakan-rakan sedang asyik berborak di meja bulat di mana sesi diskusi itu dijalankan, aku nampak salah seorang peserta, Ustaz Faizal (wakil production house nya @ Pengurus kumpulan nasyid Hijjaz) lalu berdekatan pintu kami yg sedang duduk untuk ke ruang makan hotel. Aku cuma angkat tangan tanda hormat, lg pun aku masih ‘engaged’ bercakap dgn kawan2, so xdptla nak keluarkan kata2 untuknya.
Dia tiba-tiba berhenti dan menyapa aku :
Ustaz Faizal : Saya rasa macam biasa tgkla muka awak. Awak yg dlm fb tu kan? Sape Mahmud… haa, Mardiha Mahmud kan?
Aku : ye saya Mardiha Mahmud
Ustaz Faizal : Haa… btolla, patot rasa mcm pnah tgk.
Aku dan kwn2 : Senyum dan angguk2 (dlm kepala heran)
Ustaz Faizal pun meneruskan perjalanannya yg rancak td…
Tiada kesempatan terbaik untuk aku dan rakan2 bertanya lebih lanjut tentang hal itu kepadanya.
Yg pasti...
Wah, aku femes! Bagaimana dia bole kenal aku? Aku x friend pun dgn dia dlm FB. Dan aku check FB, xde mutual friend pun dia. How? How? How? Haddui… how FB has made me so glamour!! Aku Queen FB kah? Boleh percayakah?? Sampai saat menaip ini, aku masih heran mcm mana beliau boleh berkata demikian kpd ku. Di mana hubungkaitnya? Terfikir jugak aku adakah melalui Iluvislam? Tp aku cuma editor di alam maya saja. Huh!
Itulah kesah misteri aku dgn ustaz selebriti tu. Actually pd mulanya aku dan kwn2 xperasan pun dia Manager kump. Nasyid Hijjaz, sehinggalah sesi ice-breaking , apabila dia memperkenalkan dirinya baru kami confirm.
Sekian sahajalah gossip Ramadhan utk kali ini. Aku perlu sambung fikir, eh zikir… hehehe…
No comments:
Post a Comment