Jumaat lepas terpalitla kereta baru aku dgn hentaman Kancil oleh seorang kakak yg xperasan brek dia xmakan. Lalu terpanah arjuna la jantung aku sehingga aku tidak bisa keluar dr kenderaan lepas dihentam dr belakang. Menangis sorang2 dlm keta sehingga kakak tu ketok tingkap keta aku, tenangkan aku dan mintak aku parking ke tepi jalan utk settle.
Maybe I have to declare this, this is the first time I encounter such event alone ... Sblm ni with hubby, so xdela panik sgt...
Tragedi di Balai Polis Diraja Malaysia Cwgn Trafik K***** Utara, 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H :
"Ade plak yg nak pau duit aku..." 3rd party report patut bole beli je, disusahkan nak letter la hapela... ish dogaan...
(Dan Aku Menangis Lagi - Fina) kat Sarjan Fendi (Bkn nama sebenar) yg menyiasat kes aku tu, sedeh & frust bila aku kelam kabut keluar dr ofis pukol 11.45 am lepas sepagian bertungkus-lumus dptkan khidmat nasihat dan dokumen lengkap dr Hyundai semata2 nak kejar waktu kaunter PDRM yg dicatatkan dlm kertas kecil yg diberikan utk makluman aku tu tutup pukol 12 tgh hari (Senin) for lunch tp dia xbole tolong jugak.
Dlm fikiran ku mmg aku plan nk settle sebelum lunch ambik report kat polis so that aku bole g Hyundai Centre after lunch utk proceed with insurance claim matters.
Tp Sarjan tu bole buat lambat dan xnak bagi, alasannya nak itula, xbole ambikla... tros bergenang airmataku dan xbole ckp aku dgn dia SEJENAK. Ye lah, sape xsedih bila dah bersusah payah tp xbole dpt. Stress*
Sementelah tu, aku bingkas bangun dr kerusi tpt duduk klien berhadapan sarjan tu dan tros kuar dr biliknya ke kaunter depan. Aku dgr lepas tu sarjan tu mintak kakak polis yg duduk kaunter dpn tu print laporan 3rd party yg aku nak tu utk dia sign.
At the same time aku call pihak Hyundai utk memaklumkan yg aku xbole ambik 3rd party report seperti yg mereka kehendaki dan aku skrg berada di balai polis tersebut. Person in-charge nya meminta no. hp sarjan berkenaan untuk dihubungi segera. Lantas aku memberinya dan sesaat lepas tu aku mendengar hp sarjan tu berbunyi.
Sarjan tu tetap menekankan hal yg sama kpd org Hyundai tu. Tp at ease dia bgtau, dia mmg nak bg pun report tu kat aku.
Ish2... td ckp xbole bg, skrg bole pulak, kat depan kaunter tu besar2 tulis, " Rasuah? Xpayah!" Tapi??
Ish2... td ckp xbole bg, skrg bole pulak, kat depan kaunter tu besar2 tulis, " Rasuah? Xpayah!" Tapi??
Hape pon xboleh...
Astaghfirullahaladziim...
P/s : Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaarak kepada semua :)
No comments:
Post a Comment