Adakah anda sudah menunaikan zakat fitrah?
Dalil ia wajib bg org yg hidup adalah hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Umar : Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah kepada hamba atau org merdeka, laki-laki atau perempuan, anak kecil ataupun dewasa daripada kaum muslimin. (Riwayat Bukhari).
Dalil penentuan masa pula : “Rasulullah SAW telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum org2 keluar melaksanakan solat Aidilfitri.” (Hukum Zakat, hal 959).
Daripada dalil di atas, dapat difahami bahawa zakat fitrah itu adalah untuk orang yg hidup dan hidupnya sehinggalah masuk ke dalam bulan Syawal. Jika si anak itu lahir, namun meninggal dunia sebelum masuk Syawal, maka tiadalah wajib ke atasnya fitrah.
Bagi anak yg dilahirkan tepat masuknya waktu Maghrib, itu bermakna dia hanya dapat hidup pada bulan Syawal. Sedangkan syarat bg seseorang Islam itu untuk mengeluarkan zakat fitrah adalah dia mestilah hidup pada Ramadhan, sebagaimana Ibnu Umar menyatakan : Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah kepada manusia pada bulan Ramadhan. (Muttafaqun ‘Alaih).
Oleh kerana anak tersebut lahir setelah habis Ramadhan, maka tiadalah wajib zakat fitrah terhadapnya. (Hukum Zakat, hal 930).
Tentang janin, ulama fikah berbeza pandangan. Ada yg menyatakan janin itu tidak wajib zakat fitrah ke atasnya dan ada pula yg mewajibkannya. Namun menurut Ibnu al-Munzir, jumhur ulama tidak mewajibkannya dan pendapat ini disokong oleh Ibnu Qudamah (Fikh Ensaiklopedia Wanita, hal. 182).
Bagi kes kematian pada hari terakhir Ramadhan (kemalangan, sakit dan sebagainya), katakanlah sejurus sebelum masuk waktu Maghrib, maka org itu hanya dapat hidup pada Ramadhan dan tidak pada Syawal. Maka pastilah tidak wajib zakat fitrah ke atas dirinya (Fiqh Manhaji as-Syafie, hal 354).
Kesimpulannya, zakat fitrah hanya diwajibkan kepada org yg dapat menghirup udara atau hidup pada dua bulan yakni Ramadhan dan Syawal walaupun hanya seketika cuma.
No comments:
Post a Comment