Jarang sekali kami balik kampung ikut jalan dalam. Tapi disebabkan Fitri dah arif jalan dalam dari Kuala Selangor ke Simpang Pulai, so why not, I pretty like beautiful kampung view! So, on the way tu, kami sempatlah singgah dekat salah satu tempat menarik kat Batu Gajah. Nama dia Istana Kellie ataupun lebih dikenali sebagai Kellie's Castle. Kami sampai around pukul 2.00 ptg. Panas teriknya memang bukan kepalang. Tapi disebabkan dah lalu time tu, terpaksalah berjemur sket. Sebelum tu, kami plan nak pegi tengok kapal korek, tempatnya xjauh dari istana ni, tapi alih2 terlepas simpang. So, takpelah, lain kali je lah.
Masa kami sampai tu, keadaan pusat pelancongan ni agak lengang, xde sorang pun visitor lain. Maybe ramai yang masih bekerja. Company Mandarin aku jer kot yang bagi cuti awal for Gong Xi. Takpelah, aku dan Fitri tanpa membuang masa menelusurilah sebuah jambatan yang dibawahnya ada aliran sungai sebelum sampai ke sebelah tanah besar yang di atasnya tersergam sebuah istana yang xsiap tu.
Tak jauh dari istana tersebut, ada satu keajaiban ciptaan Allah. Pokok di sudut padang istana ini mempunyai batang yang bentuknya menyerupai muka beruang. SubhanAllah. Memang sesuatu yang aneh dan menarik. Aku dan Fitri tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar keunikan alam tersebut.
Seram sejuk kepala lutut aku nak menjengah masuk ke dalam istana ni. Bibirku xhenti2 kumat-kamit membacakan ayat suci Al-Quran sambil xlepas memberi salam pada setiap ruang istana yang aku kunjungi. Tempat mistik macam ni, baik kita hati2. Aku xbanyak mengikuti sejarah yang dilakarkan kerana ketiadaan pelawat lain membuatkan ati aku nak cepat-cepat je abes tengok pelusuk istana, tapi yang logik sahaje tau ... hehe. Ada beberapa ruang yang kami xmasuk tengok, seperti ruang tempat stor araknya, di mana ruangnya terletak di bawah tanah. Faktor keselamatan menyebabkan kami decide xperlula kami bersusah-payah.
Fitri xlepaskan peluang untuk mengambil gambar binaan istana yang usang tapi masih kukuh itu biarpun sudah lebih 200 tahun berlalu. Tanpa disedari, ada kalanya dia meninggalkan aku jauh di belakang. Bangunan lama itu kami panjat untuk melihat hasil peninggalannya. Tapi disebabkan gayat, aku cuma berdaya setakat tingkat tiga saja. Di sudut hujung istana tu, ada satu laluan anak tangga yang agak tersorok, anak tangga ini diceritakan sebagai laluan untuk keluarga terdekat Sir Kellie bersembunyi di bilik bawah tanah.
Lastly, kalau kawan-kawan nak rasai sendiri kemistikan istana di zaman silam ini, bolehlah datang sendiri. Xmahal pun bayaran masuk untuk dewasa cuma RM4.00. Pengalaman di koridor istana yang dikatakan Sir Kellie pernah dijumpai berlegar-legar agak sentap jugak, sebab kamera kami abes bateri time nak ambil gambar kat situ. Hihihi ...
1 comment:
hmmm... dekat sgt dah ngan umah kami kat kg, tak singgah pun noo..
Post a Comment