October 4, 2008

A Walk Of Raya To Remember

BALIK KAMPUNG
Malam 27.09.2008 lebih kurang pukul 1 pagi kami mula bertolak untuk balik kampung. Tapi sepupu hubby xdapat konvoi skali sebab dari rumahnya, jem teruk kat Jalan Duta. So, kami terpaksa berhenti di stesen R & R Rawang tunggu dia. Dalam pukul 2.30 pagi macam tu dia sampai. Kami pun meneruskan perjalanan.

Nasib baik malam, (xde polis teropong), bolehlah pecut sakan nak sampai penang sebelum pukul 5.00 pagi untuk sahur. Dalam setengah jam, kami dah sampai Trolak. Agak tekezut gak, sebab setahu aku, perjalanan normal dari Rawang ke Trolak sepatutnya mengambil masa satu jam setengah untuk sampai. Huh~

Tapi selepas kami bajet time balik, kami mungkin xsempat sampai restoran nasi kandaq kat Penang sebelum pukul 5.00 pagi, (takut-takut bila baru nak suap nasik, org dah azan) jadi kami decide pekena nasik ala kandaq kat R & R Tapah jer. Fuh, kat sini nak makan pun kena beratur untuk dapat meja. Sume meja fully used. 15 minit gak kami tunggu nak dapat meja untuk makan sekali.

DI KAMPUNG
Hari pertama berbuka kat kampung, aku and kakak aku together-gather masak kat umah pengantin baru (adik aku) kat Taman Haji Mohd Amin which is next to our mom's residential area.

Nak tau x, ape yang kami kena masak? Tadaa, siput belitung ..


big plate

Aduyai ... inilah kegemaran hubby Marlya. Bukan kepalang mencabar nak pecahkan hujung cangkerang siput ni. Naik calar jugak jari-jemari aku mengetuknya. Uhuk .. tengok pic nie, siput dari Tesco ni still hidup, leh memanjat lagi lepas diketuk. Jangan fikir geli tau, segar nie!~ Huhu ....

Keesokan harinya, aku dan hubby berbuka di rumah sepupunya di Permatang Rambai. Ada kenduri skit, berbuka bersama pakcik, Tun Yang Terutama (TYT) Dato' Seri Abdul Rahman Abbas dan sedara mara yang lain.

jusco seberang perai city


BAJU RAYA TAK SIAP
Alkisah, baju raya tema aku tahun ni, kaler silver xsempat siap. Jadi aku terpaksa la cari baju raya kaler lain untuk dipadankan dengan hubby di pagi raya. (Sengal btol tailor tu, dah xsempat, terhegeh nak ambik jugak). Jadi balik kampung kali ni, sempat jugaklah aku menjengah ke Jusco (AEON Seberang Perai City) yang baru bukak tu even aku xjumpe pun baju raya yang sesuai kat situ =P

BALIK KL
Seperti yang telah dijadualkan, aku dan hubby balik semula ke KL untuk beraya dengan mertua. Dalam kesibukan orang bandar pulang ke desa, kami melawan arus ke kota semula. Dalam perjalanan ada beberapa perkara menarik yang aku nak kongsikan di sini ;
1. Dekat Slim River, hujan berlaku sebelah je. Jalan menghala ke Utara hujan, sementara jalan kami yang menuju ke KL xhujan.
2. Ada 3-4 kemalangan berlaku di sebelah lebuhraya menghala ke KL, tapi xde kenderaan yang slow untuk melihat. Terlepas aku nak jadi minah "busy body" mengintai ape yang bengkok dan patah dlm eksiden tu sebab kami di lane paling kanan =p
3. Kat Ulu Bernam, aku nampak ada seekor lembu sedang meragut rumput di cerun ke-2 atas sebelum puncak bukit yang telah ditereskan. (Tinggi yai...) Tapaknya terlalu sempit. Risaunya aku tengok sarkas tu.

CARI BAJU RAYA
Sebelum menuju ke rumah mertua, kami sempat berbuka di luar, semata-mata aku perlu mencari sepasang lagi baju raya untuk disedondonkan dengan hubby. Alhamdulillah, akhirnya aku jumpa baju raya aku di Kompleks PKNS Shah Alam. So, first Syawal 2008, baju raya kami tahun ni, sama rona dengan Datuk Seri Najib Tun Razak and wife. So ade sesape lagi baju raya waner merah jambu tahun ni??

No comments: