August 7, 2008

Kekasihku seru tangga kedua

hantu Selepas filem Jangan Pandang Belakang, kini aku akur untuk menyatakan drama seram, "Kekasihku Seru" yang sekarang sedang disiarkan setiap Khamis pukul 9.30 malam di tv3 sebagai drama terseram di tangga kedua seumur hidup aku. Pada mulanya, aku ingatkan drama nie tak berapa menjadi, rupa-rupanye memang menaikkan bulu roma. SERAMMMMM...tak berani tengok sorang.

Walaupun aku bukanlah pakar filem, tapi aku peminat setia filem seram. Drama ni dah macam kualiti filem bagi aku. Memang klass lah kalau nak dibandingkan dengan cerita-cerita hantu Melayu yang lain. Tak menjemukan...Tapi seram terlampau, tak sesuai untuk tontonan ibu-ibu mengandung.

First sekali, aku nak puji teknik sinematografi drama ni, sangat cantik. Mempesonakan aku sebagai penonton. Superb, cayalah!~

Perasaan aku benar-benar terkesan apabila menonton episod keseraman yang pertama, part sewaktu ibu Marisa diganggu, lepas je tengok part tu, jantung aku terus berdegup kencang, keseraman terus menyelubungi diri. Lantas seluruh lampu rumah aku dibuka untuk memeriahkan kembali kesuraman yang dipertontonkan tv3. Haha...

Actually bila tengok entiti-entiti tu muncul, taklah seram mana pun tapi lama-lama meremang jugak bulu roma. Especially satu babak Fizz Fairuz tu, selamba jer die sembang ngan anak bini die, alih2 baru die teringat yang mereka tu semua dah mati. Hihihihi....

Pendek kata, memang seram banyakla kalau nak compare dengan Saka. Sebab hantu-hantu tu wujud sekejap dan tiba-tiba. Sampai aku tak sangka pulak budak sekolah kat dalam kandang tu rupanya dah mati. Eeeii...cam real. Pastu kesian watak Mak Marisa tu..teruk dikejekan dek hantu tuh sampai mati. Last but not least, suasana rumah tu memang berjaya menghidupkan suasana cerita yang penuh puaka dan misteri ini.

Barisan pelakon baru dan lama menghiasi drama hebat ini. Antaranya Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Umie Aida, Kuza, Rose Iskandar dan Mazlan.

Emelda memainkan peranan sebagai Marisa yang merupakan graduan dalam bidang sains dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marisa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat, keinginan untuk mengenali keluarga asal telah membawa Marisa ke alam yang penuh mistik dan pelik.

Marisa bertemu dengan pasangan adik-beradik Mas Suri ( Umie Aida ), Mas Ayu ( Kuza ) dan Mas Lela ( Rose Iskandar ). Dia merasakan bahawa salah seorang daripada mereka adalah ibunya. Mas Suri seorang yang tegas dan jarang sekali berperasaan sensitif, bertanggungjawab untuk menjaga Mas Ayu daripada gangguan Waris. Siapakah Waris?.

Waris ( Hairi Othman ) telah hidup dalam keadaan ‘limbo’ selama 100 tahun. Untuk memastikan hayatnya berpanjangan, Waris memerlukan seorang kekasih daripada keturunan Mas Ayu. Selama ini keturunan Mas Ayu cuba menghalang gangguan Waris dengan tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk berkahwin.
Mas Ayu pula kini Katatonik yang tidak mampu bergerak atau berkata-kata. Waris cuba mempertahankan Mas Ayu demi kepentingannya namun dalam masa yang sama dia tidak dibenarkan hidup oleh Mas Suri yang mahu mengawal kuasa Waris.

Sementara itu, Fizz Fairuz melakonkan watak Rashad, bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan. Beliau telah kehilangan anak dan isterinya dalam kemalangan jalan raya dan sejak itu, dia mampu melihat makhluk halus di sekelilingnya. Abangnya mati dibunuh dan Rashad cuba menyelesaikan misteri kematian abangnya yang merupakan mangsa Waris.
Masihkah ada sinar harapan untuk Marisa menemui kembali keluarga kandungnya?. Berjayakah Mas Suri menghapuskan Waris yang sudah hidup seratus tahun?. Adakah Rashad menerima kelebihan yang dimilikinya atau merupakan satu beban yang perlu ditanggung?. Apakah kaitan cerita-cerita mereka?

Can't wait for the next episode!~

No comments: