Semalam, sewaktu aku menonton rancangan motivasi favourite Bersama Dato' Fadzilah Kamsah, timbul satu isu menarik untuk diperdebatkan. Kata Dato', pelajar STPM ni lebih matang, malah sebenarnya lebih hebat berbanding pelajar matrikulasi.
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama aku mendengar kata-kata demikian. Rata-rata perbualan yang aku ikuti mengatakan pelajar STPM lebih hebat berbanding pelajar matrik. Jadi, sebagai salah seorang pelajar Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, aku sememangnya kurang bersetuju dengan pendapat itu. Kenapa pula boleh timbul isu pelajar matrik kurang hebat berbanding pelajar STPM? Sedangkan pelajar-pelajar yang mengikuti program matrikulasi ini terdiri daripada kalangan pelajar terpilih, yang cemerlang akademiknya. Adakah hanya kerana sukatan pelajaran STPM yang digembar-gemburkan terlalu susah itu menjadi musabab untuk membandingkan pelajar STPM adalah lebih hebat berbanding pelajar matrik? Memanglah tidak adil sama sekali. Sukatan pelajaran adalah isu lain yang mungkin tidak setaraf jika diperbandingkan, lagipun ia telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
To me, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik itulah sebenarnya pelajar yang hebat. Tak kiralah apa program sekalipun, STPM ataupun matrik. Ia bergantung kepada individu tersebut. Memanglah tidak adil untuk menghukum pelajar matrik sebagai kurang hebat sedangkan hakikatnya kecemerlangan dalam bidang akademik mereka telah terbukti. Dan hanya kerana sukatan pelajaran yang lebih sukar, pelajar STPM dinobatkan lebih hebat berbanding pelajar matrik. Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah potensi pelajar matrik yang terpilih ini sekiranya mereka diberikan peluang mengambil STPM? Pasti lebih hebat lagi kan? Lu pikirlah sendiri!~
No comments:
Post a Comment