December 23, 2015

Pengalaman Melahirkan Baby Kedua di Putra Medical Centre Sg. Buloh 2015

Assalamualaikum. Dah bertahun xmengarang blog. Kini terpanggil untuk mencatatkan sebuah kenangan terindah melahirkan baby kedua sebelum terlupa momen2 penting sebagai panduan dan ingatan sepanjang zaman.

Kisah bermula di pagi Isnin, 21 Disember 2015, pukul 5.00 pagi. Dalam mata masih pejam2 ayam, perut terasa memulas2 macam salah makan. Bezanya cuma rasa xperlu ke toilet. 

Tanpa fikir panjang aku terus set timer since naluriku dah siap melabel 20hb Disember 2015 ke atas adalah MASANYA.

Timer sakit : 5,6,7 minit sekali with 'no show'.

Ragu2 since ketepatan waktunya agak xkonsisten. Aku terus blogwalking pasal false alarm. 

Masih xsahih so aku terus bermain dgn timer. Selepas 8 pagi kesakitan semakin meningkat dgn ketepatan masa 3 minit sekali. Kali ni aku start syak contraction, tak confuse lagi antara sakit perut atau contraction even masih belum ada 'any show'.

Betullah kata org, selepas beranak korang xkan ingat lg macam mana sakit contraction bersalin tu. Sehinggalah korang sakit semula baru boleh rasai sensasi yg sebenar.

Perghhh.. dlm menahan kesakitan masih menenangkan diri. Sebab anak first dulu lama masanya hampir 24 jam baru bersalin. So masih trauma nak hadapi tempoh bersalin selepas contractions. Namun tetap berhati2 dgn setiap tanda dan rasa yg dialami.

Sekitar pukul 9 pagi  ke pukul 10 lebih, sakit contraction kembali segar di minda setelah jelas menangkap di badan. Badan dah mula terangkat setiap kali contraction dtg. Mak cakap lambat lg, tp otakku bisik ni anak kedua, laluan dah ada dan sakit semakin ketara.

Tanpa membuang masa aku terus bersiap dan text suami untuk pulang segera dr tempat kerja.

Dalam pukul 12 tgh hari kami tiba di Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Sorang nurse terus bawak aku ke ruangan bilik khas untuk check blood pressure dan CTG. Dr. Ratna belum masuk katanya, kalau Dato' Dr. Zharul check VE boleh x? Aku geleng. Dia cakap baiklah, dia akan panggil bidan perempuan check kan. 

Masa tunggu bidan dtg, aku sempat teringat rasa sakit yg sama masa nak melahirkan anak pertama, sakit contractionnya dah ketara tp check2 bukaan baru 2cm. Masa ni lah aku nervous. Harap sangat bidan yg dtg check bukaan tu akan bgtau aku nombor yg besar2. Bukan sekelumit 2-3 cm cuma.

Alangkah bersyukurnya bila bidan bgtau bukaan dah cecah 5-6cm, CTG tinggi katenya, dah boleh check-in labor room.  

Aku dibawa ke labor room dgn wheelchair. Terus tukar baju pink dan baring.

Sakit makin memuncak. Tp masih boleh sembang dgn hubby pasal nama baby. Setiap kali sakit dtg, tarik nafas dalam2 dan hembus. Tahan sakit dgn bangga. Hubby agak happy sebab kali ni aku nampak kuat kekunun. 

Tiba2 renjatan sakit semakin memuncak. Aku dah start genggam palang besi katil kuat2 dan berdiam tiap kali sakit dtg. No more chit chat dgn hubby even hubby buat lawak pun dah xmampu senyum. Hubby sempat remark, "ni dah betul2 ni."

Beberapa kali renjatan berlaku dan aku mulai gigil. Nafas dah xcukup menahan kesakitan. Jeritan batinku kini menjadi jeritan zahirku. 

Hubby tekan butang panggil nurse. Bidan check VE. Bukaan cecah 7cm. Jeng jeng jeng.. Bidan tanya nak painkiller x? Aku ckp xnak. Kekunun nak "alami sgt".

Tp lepas beberapa kali lg renjatan lebih kuat dtg, aku terpaksa panggil nurse mintak painkiller sebab kalau dah melepasi 8cm xboleh mintak "talian hayat" ni lg. 

Painkiller pethidine ni bkn mengurangkan rasa sakit pun, cuma buat kita rasa mengantuk je. So mataku kuyu la sikit lepas tu. Sakit tetap sakit. 

Setiap kali sakit dtg masih buat teknik yg sama, rengkuh palang tepi katil dan baca apa yg patut. 

Kemuncak kesakitan berlaku tanpa diduga dlm pukul 2 petang. Aku tiba2 didatangi rasa sakit sekali dgn rasa kuat nak meneran segera. So aku terus terjerit. "Tolong, dah nak teran!".

Terus semua nurse, bidan dan Dr. Ratna dtg nak sambut tanpa check VE lg dah. Tp teranan pertama gagal berhasil. Sebab xbersedia. Kedua ketiga keempat kelima pun gagal sebab xkuat kot. Last sekali doktor terpaksa guna vacuum. Alhamdulillah 2.51 petang keluarlah baby kedua ku ke dunia.. 

First time rasa nak teran xboleh tahan2 lg. Baru aku faham rasa mereka yg boleh terberanak merata. 

Sekian. 
Jumlah bil di hospital kecil di ibukota untuk normal delivery RM3K++





April 24, 2013

Mama Diha Berjinak-Jinak Dengan Fisher-Price

Actually bebaru ni aku dijemput oleh kwn lama aku merangkap housemate masa belajar kat UM dulu ke Fisher-Price launch event.

Jemputan yg dterima adalah atas tiket media - "Aku sekeping blogger". Blogger la sangat kan.. Hahaha.. xpelah, I try to be a good committed one kali sini. Ngee.. Peace bebeh !

So di kesempatan ini, aku nak ucap berbanyak terima kasih dan tahniah kepada Puan Diyana Yang yg telah berbesar hati  (besaq ka?) menjemput aku ke majlis ini dan kerana telah terpilih menjadi ibubapa duta (Parent Ambassadors) kepada brand permainan kanak-kanak terunggul abad ni – Fisher-Price, a trusted name in quality toys and gear (Sapa2 xpernah dengar jenama mainan ni, sila buat-buat pernah hokayy ;p)

Press conference itu berlangsung kira-kira hampir 2 jam di Ben's Publika, Solaris Dutamas. Antara media yg hadir ialah Berita Harian, New Straits Times, NTV7 dan beberapa media alternatif lain yg terdiri dari blogger2 hot. Huhu... Okla jom layan gambar..


Parents Ambassadors photography session : From left with baju Rimau, Diyana Yang (a local parenting blogger and a proud mom of two), Belinda Chee in red and Vince & Melissa Tan ( internet marketers by profession and also a parents of triplets)

Mama Diha yg cuba nak overshadow Parent Ambassador Fisher Price,  Diyana Yang

Play time.. looks like Fisher-Price favorite colors are yellow, blue and green

The lucky draw winners. Shiraz, the NST photographer won the main prize - Fisher - Price : Precious Planet:Portable Newborn to Toddler Rocker

Ok last but not least, I wanna share with uols one good announcement :

There will be an interactive  parenting workshop called "Joy of Learning" soon. The details are as follows :

Tarikh : 8 June 2013 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi - 4.30 petang

Lokasi : Grand Ballroom, Empire Hotel Subang, Jalan SS 16/1, SS 16, 47500 Selangor.

Yuran : RM60 seorang (dapat goodie bag berharga lebih dari RM100)

Untuk sebarang pertanyaan boleh call 03-78035310/012-2921378 atau email ke admin@mamababyworld.com.

Jom g ramai-ramai. Kita jumpa di sana ya! Mama Diha pun nak tambah ilmu, InsyaaAllah ^^

Note : Photos above were captured by Samsung Galaxy Note 2. For the professional event photos, please visit dfchannelphotography.blogspot.com. Any enquiries about event covering photo shoot, kindly what’sapp/call 014-6690145 (Fitri).

February 25, 2013

Kebetulan Yang Ajaib

Selalu terjadi pada kita.. tp hanya yg berfikir sahaja boleh link kan secara berhikmah. Bg yg xberfikir dgn magnet iman, mungkin xrasa apa2 pun. To me, ia adalah suatu keajaiban! Hehehe... tiba2 masuk alam fairy tale.

Harini je ada 2 keajaiban yg berlaku pada diri aku yg aku harus tambah lg rasa kesyukuran :

1. Kebetulan masa lalu tepi bilik air td, melintas lalu 'anak' lipan kecik halus je. Sempat lah aku ambik botol baby shower dan lenyek ia sampai lunyai. Alhamdulillah Allah selamatkan kami dr kena ketit dgn binatang berbisa tu. Kebetulan yg menyelamatkan :)

2. Aku mmg tgh tunggu pengumuman satu page kat FB ni untuk satu peluang keemasan which ramai jugak org lain yg sedang menanti. Sedangkan tpt limited. Kira mmg hot la. Xsemena2 aku yg dah agak jarang online ni p online time page tu baru je lepas announce peluang itu, apalagi aku jadi org first la yg dpt. Alhamdulillah, kebetulan yg menguntungkan :)

Semoga terus dipermudahkan.

Marilah kita sama2 teruskan berdoa dan berbuat kebaikan untuk lebih byk kebetulan yg bermanfaat @ keajaiban drpd Allah.

Yg benar,
Nur Snow White

#SemogaPenulisanIniBermanfaatUntukKita