Assalamualaikum. Dah bertahun xmengarang blog. Kini terpanggil untuk mencatatkan sebuah kenangan terindah melahirkan baby kedua sebelum terlupa momen2 penting sebagai panduan dan ingatan sepanjang zaman.
Kisah bermula di pagi Isnin, 21 Disember 2015, pukul 5.00 pagi. Dalam mata masih pejam2 ayam, perut terasa memulas2 macam salah makan. Bezanya cuma rasa xperlu ke toilet.
Tanpa fikir panjang aku terus set timer since naluriku dah siap melabel 20hb Disember 2015 ke atas adalah MASANYA.
Timer sakit : 5,6,7 minit sekali with 'no show'.
Ragu2 since ketepatan waktunya agak xkonsisten. Aku terus blogwalking pasal false alarm.
Masih xsahih so aku terus bermain dgn timer. Selepas 8 pagi kesakitan semakin meningkat dgn ketepatan masa 3 minit sekali. Kali ni aku start syak contraction, tak confuse lagi antara sakit perut atau contraction even masih belum ada 'any show'.
Betullah kata org, selepas beranak korang xkan ingat lg macam mana sakit contraction bersalin tu. Sehinggalah korang sakit semula baru boleh rasai sensasi yg sebenar.
Perghhh.. dlm menahan kesakitan masih menenangkan diri. Sebab anak first dulu lama masanya hampir 24 jam baru bersalin. So masih trauma nak hadapi tempoh bersalin selepas contractions. Namun tetap berhati2 dgn setiap tanda dan rasa yg dialami.
Sekitar pukul 9 pagi ke pukul 10 lebih, sakit contraction kembali segar di minda setelah jelas menangkap di badan. Badan dah mula terangkat setiap kali contraction dtg. Mak cakap lambat lg, tp otakku bisik ni anak kedua, laluan dah ada dan sakit semakin ketara.
Tanpa membuang masa aku terus bersiap dan text suami untuk pulang segera dr tempat kerja.
Dalam pukul 12 tgh hari kami tiba di Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Sorang nurse terus bawak aku ke ruangan bilik khas untuk check blood pressure dan CTG. Dr. Ratna belum masuk katanya, kalau Dato' Dr. Zharul check VE boleh x? Aku geleng. Dia cakap baiklah, dia akan panggil bidan perempuan check kan.
Masa tunggu bidan dtg, aku sempat teringat rasa sakit yg sama masa nak melahirkan anak pertama, sakit contractionnya dah ketara tp check2 bukaan baru 2cm. Masa ni lah aku nervous. Harap sangat bidan yg dtg check bukaan tu akan bgtau aku nombor yg besar2. Bukan sekelumit 2-3 cm cuma.
Alangkah bersyukurnya bila bidan bgtau bukaan dah cecah 5-6cm, CTG tinggi katenya, dah boleh check-in labor room.
Aku dibawa ke labor room dgn wheelchair. Terus tukar baju pink dan baring.
Sakit makin memuncak. Tp masih boleh sembang dgn hubby pasal nama baby. Setiap kali sakit dtg, tarik nafas dalam2 dan hembus. Tahan sakit dgn bangga. Hubby agak happy sebab kali ni aku nampak kuat kekunun.
Tiba2 renjatan sakit semakin memuncak. Aku dah start genggam palang besi katil kuat2 dan berdiam tiap kali sakit dtg. No more chit chat dgn hubby even hubby buat lawak pun dah xmampu senyum. Hubby sempat remark, "ni dah betul2 ni."
Beberapa kali renjatan berlaku dan aku mulai gigil. Nafas dah xcukup menahan kesakitan. Jeritan batinku kini menjadi jeritan zahirku.
Hubby tekan butang panggil nurse. Bidan check VE. Bukaan cecah 7cm. Jeng jeng jeng.. Bidan tanya nak painkiller x? Aku ckp xnak. Kekunun nak "alami sgt".
Tp lepas beberapa kali lg renjatan lebih kuat dtg, aku terpaksa panggil nurse mintak painkiller sebab kalau dah melepasi 8cm xboleh mintak "talian hayat" ni lg.
Painkiller pethidine ni bkn mengurangkan rasa sakit pun, cuma buat kita rasa mengantuk je. So mataku kuyu la sikit lepas tu. Sakit tetap sakit.
Setiap kali sakit dtg masih buat teknik yg sama, rengkuh palang tepi katil dan baca apa yg patut.
Kemuncak kesakitan berlaku tanpa diduga dlm pukul 2 petang. Aku tiba2 didatangi rasa sakit sekali dgn rasa kuat nak meneran segera. So aku terus terjerit. "Tolong, dah nak teran!".
Terus semua nurse, bidan dan Dr. Ratna dtg nak sambut tanpa check VE lg dah. Tp teranan pertama gagal berhasil. Sebab xbersedia. Kedua ketiga keempat kelima pun gagal sebab xkuat kot. Last sekali doktor terpaksa guna vacuum. Alhamdulillah 2.51 petang keluarlah baby kedua ku ke dunia..
First time rasa nak teran xboleh tahan2 lg. Baru aku faham rasa mereka yg boleh terberanak merata.
Sekian.
Jumlah bil di hospital kecil di ibukota untuk normal delivery RM3K++ |
No comments:
Post a Comment