November 22, 2008

Pernikahan Adam Corrie Lee Abdullah

Pereka tari profesional dan pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah, 40, semalam menamatkan zaman bujangnya selepas diijabkabulkan dengan seorang pereka grafik bebas, Fazema Mohd Fuad, 30. dengan sekali lafaz, Corrie yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 sah menjadi suami kepada Fazema berserta mas kahwin RM80.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran termasuk sebentuk cincin dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan. Corrie mula berkenalan dengan Fazema melalui seorang rakan pada satu pertemuan di rumah kakak Fazema di Taman Sri Gombak, Selangor Ramadan lalu. Selepas dua kali berbuka puasa bersama, dia memberanikan diri melamar Fazema dan terus mengikat pertunangan pada 17 September lalu.

Latar belakang mengenai Adam Corrie Lee
memiliki 15 tahun pengalaman dalam bidang tarian,
memenangi Peter Stuyvesant Dance Competition pada tahun 1995,
beliau memenangi Big 2 World Dance Championship di Filipina pada tahun 1999,
mengiringi persembahan artis Konsert Ziana Zain On The Park,
Konsert Anita Sarawak Bukit Jalil,
Konsert Jordan Sam dan Konsert Jeffery Chang,
gurutari kepada Ziana Zain, Farah, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah,
Turut muncul di dalam drama TV dan filem antara lain Seriau, Spinning Gasing, Paloh, Siti Loan Shark, Gerak Khas The Movie 3, Kisah Abang dan Di Luar Bukan Syurga,
Turut muncul dalam iklan-iklan komersil seperti Palmolive, Yamaha SS2 dan yang paling popular sebagai The Crook dalam iklan membanteras cetak rompak.

~SELAMAT PENGANTIN BARU~

No comments: