September 6, 2008

Tesco Puchong Lubuk Penipuan

mega sales shopping at tescoKisah benar ini agak sadis untuk diceritakan tapi aku akan meng'expose'kannya demi kebaikan kita semua.

Tragedi Jun 2008 ini berlaku ke atas kakak ipar aku. Seperti biasalah warga surirumah mestilah nak shopping barang dapur. Hari tu dia decide nak shopping kat Tesco, Puchong.

Disebabkan abang aku bertugas nun jauh di Miri, jadi kakak ipar aku ni terpaksalah keluar berdua, dia bawa anaknya yang paling bongsu menemaninya. 2 orang lagi bersekolah.

Sebaik saja habis bayar, dia pun tolaklah troli ke kereta Volvonya di parkir depan pusat membeli-belah itu. Sedang sibuk memunggah barang ke dalam kereta, tiba-tiba dia didekati oleh 2 orang perempuan muda berbangsa Cina.

Amoi 1 : Kakak, soli ar ganggu. Saya mau pinjam sikit saja masa kakak.

Kakak Ipar : Sorryla, saya nak cepat ni, nak ambik anak sekolah lepas ni.
(Sambil terus memunggah barang ke dalam keretanya)

Amoi 2 : Ala kakak, sekijap saja, ini kami mau kasik hadiah sama kakak.

Lantas Amoi 1 tu pun terus menggores kad di tangannya. Kad itu menunjukkan ucapan Terima Kasih. Amoi-amoi itu tak puas hati.

Amoi 2 : Eh, kakak beli barang banyakla, gores 1 lagi kad lah.

Kakak Ipar : Tak payahla, saya nak cepat ni, dah dekat pukul 1 ni.

Amoi-amoi tu cuba menggores satu lagi kad. Kali ini muncul tulisan Hadiah Misteri.

Amoi 1 : Aa..kakak menang hadiah misteri la, kakak kena pegi ambik, ala dekat saja maa...depan itu saja.

Amoi 2 : Mali kakak, pegi ambik itu hadiah, free ma...takkan u takmau.

Kakak Ipar : Saya takmaula, saya kena balik cepat ni.

Kebetulan kakak ipar aku selesai memunggah barang ke dalam kereta, jadi dia pun teruslah masuk ke tempat driver. Tiba-tiba 2 orang amoi itu pun ikut masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu. Kakak ipar aku ape lagi, cemaslah. Amoi-amoi tu paksa kakak ipar aku pegi ambik jugak hadiah tu kat kedai mereka.

Amoi 1 : Ala kakak, u jalan depan itu, U-Turn dekat saja ma. Takkan barang free pun u takmau. Orang mau kasik, u ambik sajala.

Kakak ipar aku dah risau keselamatan anaknya, dia pun mengikut saja perintah 2 orang amoi tu.
Sampai je kat tempat tu, dia dipaksa naik ke atas pejabat untuk ambik hadiah. Sebaik jejak kaki masuk je kat dalam pejabat tu, tiba-tiba gril dan pintu kedai dikunci. Amoi-amoi tu mintak semua kad kredit dan kad atmnya.

Amoi 1 : Bagi semua u punya kad, kad atm, mau check balance!

Nak taknak, dia terpaksa jugak bagi. Total up hampir RM4,000 juga lesap.

Bila dah settle, amoi-amoi tu bawak kakak ipar aku ke keretanya. Sambil 2 orang pekerja mereka mengangkut beberapa barang jualan seperti tilam dan mesin urut kaki ke dalam kereta kakak ipar aku.

Apa lagi, lepas je amoi-amoi tu tutup pintu kereta, memecutlah kakak ipar aku balik nak ambik 2 orang anaknya di sekolah.

Atas nasihat abang aku, petang tu, dia terus pegi balai wat report. Rupanya, dah banyak kes sama telah dilaporkan kat situ. Tapi pihak polis tak dapat buat apa-apa sebab kesalahan amoi-amoi itu hanyalah menipu. Kata polis tu, "Mereka tak boleh ditangkap sebab penipuan yang Cina tu buat bukanlah satu kes jenayah." (Betul ke undang-undang Malaysia macam ni??)

Bukan tu jer, malah inspektor polis kat situ dah kenal bangat pun dengan tuan kedai Cina tu. Dia pun telefonlah kedai Cina penipu tu suruh serah balik wang kakak ipar aku. Tapi dia berdolak-dalik, katanya, kakak ipar aku yang telah bersetuju, dia sendiri yang telah menandatangani perjanjian tu.

Kakak ipar aku terus bertegas mahukan wangnya balik. Tapi kali ni dia suruh kakak ipar aku pegi ke kedai mereka untuk ambik wangnya. Takkanlah kakak ipar aku nak pegi sekali lagi ke tempat puaka tu. Nasib baik inspektor polis tu suruh wang tu dikembalikan di balai.

Discuss punya discuss, akhirnya tuan kedai jualan paksa tu pun setuju. Alhamdulillah, kakak ipar aku dapat balik ke semua wangnya dan pulangkan segala barang tak berkualiti kedai tu walaupun terpaksa berulang dari rumahnya di Banting ke balai polis tu di Puchong selama 3 hari berturut-turut.

Pesanan ikhlas dari aku, awas dengan Amoi Gores & Menang! Kalau boleh, janganlah pergi shopping kat Tesco Puchong. Sebab penipu-penipu tu masih ada berkeliaran, mereka xditangkap pun!~

3 comments:

areyou said...

kiteorg pun pernah gak kena masa kat puchong dulu. masa tuh baru lepas tgk showroom kete. amoi jugaklah, duk sibuk suh gores kad tuh. azirull gores dapat pulak perdana v6. amoi tuh suh byr RM 3K.. kiteorg tak nak, terus jalan.. ermm.. tapi rasa2nya kalau kita sorang2 jer masa tuh mahunyer dia guna kekerasan gak.. moral of the story.. kalau kuar mana2 kena ada org lelaki, selamat sket :)

diha_fitri said...

ye la, skang kat mana-mana pun xslamat..mereka sanggup lakukan apa saja kerana wang!

Anonymous said...

jahat nie....