June 27, 2008

Ayam Kampung Organik - Tarbiah Dr Zainol

Mahu didik masyarakat mengenai produk halal kerana kesihatan adalah nikmat selepas iman” USAHANYA menghasilkan ternakan ayam kampung organik menjadikan Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, 49, cepat dikenali. Ketika kesedaran masyarakat terhadap kebaikan makanan organik yang bebas racun dan bahan kimia semakin tinggi, beliau muncul dengan produknya yang tersendiri. Kaedah penternakan yang dijalankannya menarik perhatian bukan saja pengguna yang ingin mencari produk segar dan terjamin kebersihannya, malah juga di kalangan peng guna Islam yang mencari produk dengan jaminan halal dan baik. Bermodalkan RM1 juta, ayam kampung ternakannya di berikan makan ramuan herba seperti habbatus sawda (bijian hitam), serai wangi, halia, pandan, kunyit dan air bersih bawah tanah tanpa klorin dan dilepas bebas mencari makan di ladang seluas 0.8 hektar di Sungai Lui, Hulu Langat. Dr Mohamad Zainol menitikberatkan soal halal dari A hingga Z, iaitu memastikan ayam yang diternak diberi makanan berkhasiat berasaskan herba, urusan penyembelihan dan pemprosesan menuruti syariat Islam serta penyediaan yang terjamin kebersihannya. Perjuangan Dr Mohamad Zainol dalam memastikan makanan yang dimakan umat Islam terjamin halal bukan baru. Malah sejak lima tahun kebelakangan ini, beliau juga giat menjalankan penyelidikan mengenai makanan yang 100 peratus halal. “Isu kepanasan global, cuaca tidak menentu serta pengeluaran bahan mentah asli seluruh dunia tergugat, menyebabkan pengusaha makanan di seluruh dunia menghasilkan makanan yang banyak bercampur dengan bahan tiruan dan bahan yang haram kepada umat Islam. Jadi, untuk mendapatkan makanan halal 100 peratus sekarang sukar. Ia cabaran hebat kepada umat Islam di seluruh dunia. Saya bukan fanatik, cuma mahu memelihara ke hidupan dunia dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang mukmin. Walaupun bermula lewat (mengusahakan makanan halal dan penternakan ayam kampung organik), ia satu pilihan untuk pengguna Islam,” katanya. Dr Mohamad Zainol terpanggil menjalankan perniagaan ini berikutan ada laporan, terutama di luar negara, mengenai ayam diberi makanan mengandungi enzim tidak halal dan protein bersumber darah haiwan untuk mempercepatkan tumbesarannya, selain isu penyembelihan dan pemprosesan yang meragukan umat Islam. “Kita berhak tanya adakah teknologi untuk memper cepatkan tumbesaran ayam (dengan memberi makanan mengandungi enzim tidak halal) yang digunakan di kebanyakan negara, termasuk Thailand dan Indonesia, turut digunakan di negara ini. Seperti kereta, minyak wangi atau jam model baru yang dijual di luar negara, akhirnya akan dipasarkan di negara ini. Ia satu teknologi. Persoalannya, adakah kita enggan meng gunakannya. Itu yang meragukan saya,” katanya lagi. Untuk memastikan matlamatnya memperjuangkan penyediaan makanan halal berjaya, Dr Mohamad Zainol membelanjakan banyak wang untuk melakukan kajian terperinci terhadap teknologi pemprosesan dan nutrisi makanan ayam kampung organik beliau. “Ada hadis menyebut, makanan membentuk watak dan sifat. Gejala sosial yang berlaku sekarang juga berpunca daripada sifat pemakanan yang tidak dipelihara. Anak susah hendak ditarbiahkan. Setiap hari kita makan benda yang tidak terjamin halalnya dan sampai bila kita hendak ditipu dan bergelumang dengan perkara seperti ini,” kat Dr Mohamad Zainol lagi. Beliau yang menubuhkan Poliklinik Medi-Sina di Ampang bersama isterinya, Dr Mumtaz Abdul Razak untuk perkhidmatan kesihatan sejak 10 tahun lalu, menceburi perniagaan dengan mengimport daging dari luar negara pada 2005. Selepas menyedari status halal daging yang diimport diragui, beliau mengusahakan perniagaan ternakan ayam kampung organik, kambing dan lembu setahun kemudian. Dr Mohamad Zainol menubuhkan Mumtaz Meat dan Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz) pada 2006 bagi me nyediakan kemudahan makanan halal kepada pengguna Islam di negara ini dan di luar negara. Menurutnya, ilham untuk memperjuangkan produk halal timbul sejak 1980-an. Ketika itu beliau yang bekerja di syarikat antarabangsa sering berulang alik antara Hong Kong, China Taiwan, Thailand dan Malaysia. Beliau mendapati tidak banyak makanan halal ditawarkan di negara berkenaan, walaupun ramai penduduknya beragama Islam. Pada awal 1990-an, beliau terbabit dalam industri per khidmatan dan penjualan produk makanan kesihatan di syarikat antarabangsa yang berpusat di Dubai dan dari 1997 hingga 2005, beliau menjadi perunding bidang ‘regularotori’ dan pensijilan halal dengan sebuah syarikat makanan ke sihatan. Di sini beliau mempelajari banyak ilmu dalam bidang formulasi dan farmakoterapi makanan kesihatan tambahan dan vitamin dan galian. Ketika baru menceburi ternakan ayam organik, banyak masanya dihabiskan di ladangnya di Hulu Langat. Kini, kira-kira 600,000 ayam organiknya turut diternak di lapan ladang iaitu di Kluang, Pekan Nanas, Kulai dan Segamat, manakala kilang memproses ayam didirikan di Semenyih. Dr Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan dalam bidang sains menyambung pengajian dalam perubatan orien tal, iaitu kajian mengenai zat makanan, kerana minatnya dalam bidang kesihatan dan produk halal. Terbaru, beliau giat menjalankan kajian mengenai makanan berfungsi, iaitu yang berkhasiat iaitu makanan berzat dan bersih. Cabaran utama menyediakan makanan halal bagi Dr Mohamad Zainol ialah di kalangan orang Islam sendiri. “Mereka tidak faham apa itu fardu kifayah. Apabila jumpa produk orang Islam, mereka sepatutnya memberi sokongan. Masyarakat kita menganggap formulasi produk makan yang berkualiti itu sebagai mahal. Kita tidak boleh beza ‘Kancil’ dengan ‘Mercedes’. Kita mahu mendidik masyarakat menjaga kesihatan kerana ke sihatan adalah nikmat selepas iman,” tambah Dr Mohamad Zainol. Beliau tidak bercadang menembusi pasar raya hyper bagi memberi peluang pengusaha Islam mendapat keuntungan dan manfaat daripada perniagaan itu. Dalam masa terdekat, Dr Mohamad Zainol akan membuka kedai menjual produk daging halal seperti lembu, kambing, burung puyuh, rusa, burger, nugget, chicken chop, karipap, roti segar dan banyak lagi makanan berfungsi di Seksyen 17, Shah Alam, Subang Perdana, Subang Jaya, Bukit Indah di Ampang dan Sunway Batu Caves.

PROFIL NAMA : Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja
UMUR : 49 tahun
ASAL : Seberang Perai, Pulau Pinang
JAWATAN : Ketua Penyelidikan dan Pembangunan (Pusat Innovasi) Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd dan doktor perubatan
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Sains, Ijazah Sarjana (MBA) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Washington Uni versity dan Ijazah Perubatan Oriental, St George University, Amerika Syarikat
ISTERI : Dr Mumtaz Abdul Razak
ANAK : Mohamad Mazlan (15) dan Madihah (5)


Pautan Artikel Mengenai Ayam Kampung Organik dan Cara-Cara Menternak Ayam Kampung












2 comments:

Unknown said...

As salam dr zainol.saya hanifah bin saithu berasal dari KL.ingin mendapat pendapatan dari pehat tuan untuk buat investor ladang ayam kampong organik di negara BRUNEI DARULSALAM.saya ada kenalan di brunei yang berminat untuk berkerjasama dgn pehat tuan
Kalau pehat tuan minat saya akan buat apoiment dgn pehat brunei
PS ke email saya
Wasalam

Unknown said...

Assalamualaikum wrt. Bekalan anak ayam organic mudah didapati d Kelantan. Cuma menjadi masalah. Bila dedak makanan organic cukup Susah. Bagaimana utk Kami nak dapat stok bekalan dedak organic Dr zainol. Mohon bantuan