March 22, 2010

Makhluk Hitam Mendengus

Kisah ini aku blogkan hanyalah semata2 untuk pengajaran dan untuk meluahkan rasa geram aku pada sesiapa yg berkenaan. <--statement nk slow kan tujuan bergosip yg meluap2. Lallala ...

Sape perasan, Melodi dh slow banyak last week?? Rasanya laman facebook "All entertainment reporters in Malaysia are sucks" tu banyak membantu nih. Haha.

Kisah ini diceritakan semula oleh Kak S kepada aku tgh hari td ...

Cerita benar ini berlaku ari Jumaat lepas ... tragedi bermula ketika Kak S (akak cleaner) kat opis aku sedang khusyuk mengemop lantai di kaki lima sekitar chumba and wamba opis aku. Godek ke kiri godek ke kanan dia mop sambil menyanyi lagu Nicholas Saputra (uhuhu ... apakah?).

Tiba2, tubuhnya dirasakan sudah menghampiri maut, makhluk yg menyapanya dr belakang difikirkan seorang pembunuh yg sedang meletakkan pisau di belakangnya. Makhluk itu mendegus xhenti2 sambil cuba memanjat2 bahagian belakang tubuhnya. Apabila ditoleh, Kak S sangat terperanjat, rupa-rupanya ia adalah seekor anjing itam yg agak besar!

Bayangkanlah seekor anjing cuba nak panjat badan kita! Aku xdapat bayangkan mcm mana perasaan Kak S ketika itu, keseorangan mempertahankan diri. Dia taknak menjerit kerana takut org opis xsenang katanya. Apa yg dia cuba buat hanyalah memukul2 anjing itu dengan batang mop beberapa kali. Kesian Kak S, dalam keadaan panik mcm tu pun still boleh pikir ketaksenangan ati orang lain yg sedia tenang kt dalam sana ... Kalo aku la, dh lama aku menjerit, or silap2 aku dh pengsan kat situ. =P

Tp lagi ngeri kalo aku pengsan, habesla tubuh aku dijilat2 oleh binatang tu. Eei ... Nasib baiklah lepas beberapa kali kakak tu pukul, anjing tu pergi jauh la sket, sempatla kakak tu langkah seribu masuk ke dalam opis.

Kesian Kak S, muka dia pucat lesi, badannya terketar2, jantungnya seperti dh terkeluar gara2 anjing org yg xbertanggungjawab tuh.

Marahnya aku sebab anjing tu xsepatutnya dibiarkan berkeliaran di kawasan ni. Angkara siapa? Manusia yg nak untung cepat. Sebab tu diorg tak amik manusia sebagai Pak Guard, tp gantikan dengan seekor anjing pulak!

Bukan pnah menyalak pun anjing tu, baru berapa bulan ja ... yg dia tau nak ajak org main dan bermanja jer. Pada hal manusia kat sini punyalah seram dgn dia. Menyusahkan kami je, nak bergerak ke sekitar pun rasa dah kurang suci.

Huh.

Hari ni, dengar citer, black baby monster tu dh hilang. Hah, padan muka!~

The MOST WANTED Dog .. Don

No comments: