January 28, 2009

Sekilas Lalu Stretcher Aluminium

Gambar Sekadar Hiasan

Pagi Sabtu lalu, kami dikejutkan dengan berita kemalangan pakcik aku di kampung. Aku, Fitri dan famili aku pun bergegas la ke Kangar untuk melawatnya. Kami tiba kira-kira pukul 2.30 petang. Tetapi kami tak dibenarkan masuk kerana waktu itu bukan waktu melawat. Menurut sepupu aku, pakcik masih berada di wad unit rawatan rapi (ICU).

Takpelah, disebabkan Pak Guard tu kerek xbagi kami masuk pada awalnya, aku dan Fitri pegi la duduk-duduk dulu kat tepi koridor hospital tu. Tiba-tiba lalu seorang attendant hospital menolak stretcher on trolley bertutup aluminium kat lorong kaki lima sebelah tempat kami melepak. Aku rasa xde mayat dalam tu, sebab mamat tu tolak rilex jer, stretcher tu pun nampak ringan jer. Agaknya dia nak pegi simpan stretcher tu kot.

Aku teringat satu kejadian benar yang berlaku ke atas diriku beberapa tahun lalu. Waktu tu aku sedang melawat arwah ayah aku yang terlantar di Hospital Seberang Jaya. Sewaktu aku sedang berada di sebelah katil arwah, ada seorang pesakit lain di katil bersilang hadapan dengan arwah, nazak dan meninggal di situ. Keadaan menjadi kelam-kabut seketika, kelihatan keluarga jenazah mulai menangis manakala beberapa orang jururawat berlari-lari anak masuk dan keluar dari bilik wad tersebut. Kemudian, tirai katil pesakit itu dilabuhkan. Selang beberapa ketika, tirai katil ditarik semula dan jenazah dibawa dengan menggunakan stretcher keluar dari wad itu. Aku masih tenang melihat situasi itu. Inilah lumrah kehidupan, yang hidup pasti akan mati. Tiba-tiba ...

Kepalaku berpusing, mataku berpinar, peluh dingin mulai memercik di leher dan mukaku. Aku rasa seperti hendak pitam. Aku ditenteramkan oleh mak dan makcik aku, mereka nampak wajah aku yang begitu pucat. Aku serba xkena, aku cuba duduk, tapi still rasa xselesa, aku berdiri balik tapi ia masih menyakitkan. Aku terus membaca ayatul kursi berkali-kali. Akhirnya, selepas 15 minit, barulah aku rasa kembali normal. Badan aku yang tadinya sejuk, sudah pulih kembali. Alhamdulillah ...

Begitulah kisah yang aku ceritakan kepada Fitri selepas melihat sebuah stretcher bertutup aluminium lalu sewaktu kami sedang duduk sambil menunggu waktu melawat tiba. Tiba-tiba, adik aku telefon, katanya :" Cubalah kowtim dengan Pak Guard tu, kami dah naik atas tingkat 2 hospital dah ni."

Jadi, aku, Fitri dan mak aku pun pegila balik dekat Pak Guard kerek depan pintu masuk ke wad ICU tu. Semasa kami sedang berkowtim untuk naik ke tingkat atas wad, tiba-tiba keluar sebuah stretcher bertutup aluminium yang kali ini ditolak oleh dua orang attendant hospital. Confirm berisi. Huh, seram sejuk tubuhku dibuatnya. Aku melirik ke arah Fitri. Secara kebetulan, kami pun dibenarkan masuk sejenak itu.

Bersyukur sangat bila tengok keadaan pakcik yang masih bersemangat. Time kami sampai tu, dia sedang sibuk bercakap handphone dengan pekerjanya walaupun muka dan kepalanya sedikit cedera serta kakinya ada mengalami kepatahan. Kebetulan keluarga pakcik pun ada, jadi kalau campur dengan keluarga kami, agak ramai yang mengerumuni sekeliling katil pakcik. Sedang rancak semua bertanyakan berita penuh bagaimana tragedi berlaku, aku sempat jugak mengerling ke arah suami aku. Aku nampak dia tiba-tiba ambik kerusi dan duduk di tepi katil. Dalam kepala aku sebenarnya agak hairan jugak sebab xkanlah Mak Ndak Pah dan Ibu Mengandung Marlya pun xduduk, dia nak duduk. Namun, aku buat xpeduli je sebab lebih tertarik untuk mendengar cerita loghat Perlis dari makcik aku.

Selepas beberapa ketika, Fitri bangun dan mencuit aku. Aku terkejut, mukanya dah pucat lesi. Dia mintak diri nak keluar dulu, aku lantas mengekorinya. Rupanya Fitri terkena 'badi' hospital. Sama seperti apa yang berlaku ke atas aku selepas melihat mayat di Hospital Seberang Jaya dulu. Aku menemani Fitri duduk di kerusi luar tepi kaki lima bawah blok sambil membacakan ayatul kursi beberapa kali. Kusentuh ubun-ubun Fitri yang sejuk itu sambil membaca surah 3-Qul dan berdoa. Alhamdulillah, selang beberapa ketika, bibirnya yang hampir kelabu tadi kembali merah dan mukanya yang lesi tadi kembali biasa.

Itulah peristiwa stretcher yang sesuai untuk malam Jumaat ini. Hehehe ...

1 comment:

-ummu amin- said...

Diha, ada tag.. pls jawab yer :)