November 12, 2008

Aku Bukan Budak Kelantan

Teringat aku kesah masa mula-mula masuk U dulu. Dek mungkin kerana kulit aku ni putih sket, depa tegoq aku Budak Kelantan. Apa kejadahnya putih mesti Kelantanese?? Hehe...Ni semua lumrah dalam Malaysia, kan..? Apa pun tahniah kepada budak Kelantan kerana berjaya menerbitkan sebuah filem khas pasai depa ja even promosinya sedikit terganggu kerana fokus media lebih kepada kesah Abby Abadi-Norman Hakim-Memey. Jom kita tengok, apa cita budak kelantan ni.

Alkisah...


"Buchek dan Jaha, dua orang teman sekampung dengan kehidupan berbeza. Buchek, seorang graduan manakala Jaha, lepasan Sekolah Henry Gurney. Zaman kanak-kanak dan ketenangan di bumi Kelantan ditinggalkan hanya untuk dipertemukan kembali di Kuala Lumpur, kota metropolitan yang penuh dengan pancaroba.

Pertemuan itu mendedahkan kehidupan hitam Jaha – seorang pengedar dadah. Ini mendorong Buchek untuk membantu sahabatnya sehingga sanggup mengorbankan cintanya apabila menyedari temannya itu jatuh hati pada kekasihnya, Che Nor.

Buchek rela melepaskan Che Nor, namun mampukah cinta mengubah manusia seperti Jaha yang selama ini hidup berkiblatkan Barat? Salahkah Che Nor mempertahankan cintanya pada Buchek dengan alasan soal hati bukan sesuatu yang boleh dijualbeli? Sedang Buchek pula mempertikaikan pendirian Che Nor yang dianggap lebih mementingkan diri daripada perintah Tuhan.

Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis berbangsa Cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu."

Jadi, kalau nak tau macam mana kesudahan ceritanya, kenalah menonton...

So, kalau budak Kelantan dikatakan berkulit putih gebu, wanitanya rajin bekerja... (Syyhh...mamat Kelantan ni suka pakai motor RXZ, so mamat lain yang pakai RXZ pun akan di 'aim' Kelantan, jadi beware lah, huhu!). Macam mana pulak budak negeri lain?? Hmmm... jom kita tinjau...

Perlis - Aweknya kebanyakan tinggi, berkulit putih pastu mata macam sepet sikit... lelakinya lonjong, selekeh sket... (kikiki, makan budak)
Kedah - Orangnya xberapa putih, yang putih pun ada, perangai tu nampak xcontrol sgtla... ghoplah jingga!
Penang - Anak mami. (full stop)
Perak - Orang laki dia hensem-hensem (hikhik)
Selangor - Serba canggih dan ganas
K.L - Pompuan seksi, laki suka hip hop
Negeri Sembilan - Macam Nabil (lu pikirla sendiri!)
Melaka - Awek dia putih gebu
Johor - Orang dia garang (oopss!)
Pahang - Takde trademark
Terengganu - Mata sepet macam Cina, pastu kalau cakap slow sgt
Sabah - Sekali keluar cakap 'bah' daa...
Sarawak - Orangnya pun putih, bergerak secara kelompok gak (Macam dak Kelate, tapi dok samo ngan monyet, k!)

(Sumber:Inspirasi Hotak Gila-Gila.Com)

No comments: