October 13, 2008

Diari Raya Ku Di Rumah Mertua

Tahun ni first time aku beraya tanpa ibu dan famili tercinta di sisi. Agak kekok jugak sebab selama 25 tahun aku x pernah beraya Aidilfitri di perantauan tambahan lagi tidak bersama famili.

Malam raya
Bergayut dengan mak kat telefon.

Solat Raya
FIL ajak sembahyang di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Tapi sebab kami terlambat sket, aku and hubby terpisah dengan famili. Bila sampai, parking dah full sampai ke tepi jalan besar. So kami decide cari masjid lain, finally kami solat di Masjid Batu Tiga, Shah Alam.
Ramainya orang kat masjid ni sampai ada yg kena hampar tikar tambahan kat luar masjid.
Pengalaman ngeri bagi aku sebab bersolat raya dengan di kelilingi warga asing. Huh!

Jalan Raya
Keadaan jalan raya di sekitar ibu kota memang lengang.
Suasana raya di bandar kurang meriah berbanding di kampung. (everybody knows, rite!)
Taman perumahan sunyi, nampak warga asing je keluar bermaharajalela.

Menu Raya
Raya pertama, nasi beriyani, sedap!~
Menu hari kedua nasik impit, emmm lazat...

Tetamu Beraya
Ramainya tetamu yang datang. Yang paling aku xtahan bila datang sekali 2 MPV penuh. Pastu lepas makan tinggal jer. Kalau setakat 1 famili xpela, ini 2-3 famili besar, anak-anak makan bersepah, pinggan cawan longgok je dalam sinki. Dengan sisa makanan xdibuang ke dalam tong sampah dulu. Tersumbat sinki. Pening kepala aku tengok mak budak zaman sekarang, apelah salahnya, while u all lepak tengok tv sambil menunggu orang tua berbual, pegila cuci pinggan kat dapur kejap. Ingat rumah ni restoran ke? Restoran pun u all kena bayar tau! (Alamak terlebih sudah!~)

Perasaan Raya
Thanks to hubby yg faham perasaan aku first time beraya di kejauhan...(sedih oo bila dengar takbir raya)
Terharu gak bila FIL dapat faham perasaan menantu dia yg sorang ni, tp aku xlah nangis.

Kuih Mazola
Gara-gara makan kuih ni, muka aku ditumbuhi jerawat ... I think I am pretty in need of Felisa Cosmetics products to solve this problem =P

Berat Raya
Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, berat aku pasti bertambah lepas raya. Tapi tahun ni, berat aku menurun 5 kg dari biasa. Hopefully I can maintain this figure. =)

No comments: