August 18, 2008

Kenangan Terindah (A tribute to my younger sister)

dingdangKalau kumpulan rap KRU mempunyai 3 adik-beradik lelaki dan seorang perempuan, sebaliknya pula dengan adik-beradik aku. Aku mempunyai tiga adik-beradik perempuan dan seorang lelaki. Aku paling rapat dengan adik-beradik perempuan disebabkan umur kami yang lebih kurang sebaya. Kakak, aku dan adik aku (macam Charlie's Angel!).

Zaman kanak-kanak kami adalah zaman yang paling aku xdapat lupakan ... Indahnya ...

Setiap petang, kakak ngan adik aku sangat suka main "kakak dia bunga-bunga"(kakak yang buh nama ni). Permainan ni mudah jer, ambik sepucuk daun pokok kayu ubi Ba (nasib baik Ba bagi), ibaratkan ia macam diri kita dan mainlah macam anak patung ... Hehe ... Mula-mula kakak pegi umah adik, pastu adik lak wat lawatan ke rumah kakak (btol ke nie)... Begitulah seterusnya sampai patah batang daun pucuk ubi tu ... (uhuhuhu).

Sebenarnya aku xberapa pasti permainan ni macam mana sebab aku pernah sekali je join diorang main mendalah tu, sampai sekarang aku xboleh terima apa "kesnya" permainan tu ... aku langsung xfaham ... aku just buat hal sendiri jer lah ... main beskal ke ... hirup madu bunga mak aku ke ... main belon buih ke (sabun Breeze mak aku), dan macam-macam lagilah ...

Di sekitar rumah kami ada banyak pokok bunga, sebab mak aku sangat suka tanam pokok bunga. Ada pokok bunga mawar, melur, matahari, dan cempaka. Kami suka main tangkap patung jarum, sebab di sekitar kawasan pokok bunga raya merah dan jenjarum mak, ada banyak patung jarum. Cantik-cantik, kadang-kadang kami terjumpa patung jarum yang unik warnanya, bukan sekadar biru, oren atau merah saja ... malah ada yang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik. Bukan senang nak tangkap patung jarum ni, main dengan kami yang baru je nak mengenal dunia masa tu, kekadang patung jarum tu terus mati dibuatnya. Huhu ... ganas btol ...

Selain bergelumang dengan patung jarum, kami juga suka main terbangkan beg plastik. Beg plastik yang mak kami beli barang dekat kedai (kedai Cen nama dia) tu kami jadikan objek untuk diterbangkan, bergantung kepada keadaan angin pada waktu petang. Setiap seorang dari kami, akan menyediakan beberapa helai beg plastik untuk diterbangkan. Paling menyeronokkan kalau plastik yang kami lepaskan untuk terbang, dapat melayang setinggi dan sejauh mungkin ... sampai hilang dari pandangan mata. Kalau xpuas hati, kami masuk rumah, keluarkan lagi beg plastik mak dalam almari koleksi beg plastiknya. Namun permainan ini xseriang yang disangka. Kedudukan arial tv rumah kami atas bumbung tengah, iaitu selepas port kami lepaskan beg plastik, jadi risiko untuk ia tersangkut pada arial tv amatlah besar. Kami paling takut bila ini berlaku. Apa yang kami harapkan, apabila Ba pulang dari kerja, dia xperasan, ataupun beg plastik tu sempat terlepas dari situ sebelum Ba balik, kalau tak, mengamuklah Ba nanti ...

Seperti kanak-kanak perempuan lain, kami memang xterlepas dari permainan anak patung, tapi bukan itu yang aku nak storykan, sebab main anak patung ni just tukar-tukar baju jer ... Aku teringat satu lagi permainan janggal kami bertiga, apa tah nama dia, oh ya, namanya katun robot. Segala patung yang kami dapat selepas membeli keropok (jajan), kami kumpulkan ke dalam kotak tupperware masing-masing. Tupperware besar mak yang kebetulan ada tiga tu kami rebut setiap seorang untuk dijadikan rumah kepada koleksi patung-patung kami. Aku dapat tupperware warna merah jambu (yang paling cun), kakak aku warna biru, adik aku kuning. Susunlah kami rumah tupperware tersebut sebelum mula bermain. Kelakar btol ...=D
Sebenarnya ada banyak lagi kenangan manis
kami bertiga, kalau nak diceritakan di sini, sampai esok pun belum tentu boleh habis. Sekarang kami bertiga dah ada kerjaya dan keluarga masig-masing. Ehem-ehem, kurang seminggu dari sekarang, adik aku pula bakal mengakhiri zaman single nya dengan lelaki pilihan hatinya. So, "Selamat Pengantin Baru" in advance. Semoga kekal selamanya ...

chipmunks
Things to remember:
Kalau tonton kartun Chipmunks :
1. Kakak - Simon (mat blur)
2. Aku - Alvin (the mischievous one)
3. Adik - Theodore (si kenit)

Jajan kegemaran:
1. Kakak - Tora
2. Aku - Choki-choki (lupala nama satu jajan tu)
3. Adik - Ding Dang

No comments: