August 1, 2008

Jangan Kahwin Di Bulan Ramadhan!

maya karinSebenarnya tidak ada larangan yang jelas bagi umat Islam bernikah pada ketika hampir Ramadan atau bulan puasa. Umat Islam boleh bernikah pada ketika itu dan pernikahan yang dijalankan itu jika cukup syaratnya sah di sisi hukum syarak dan boleh didaftarkan mengikut undang-undang. Orang yang di dalam ihram dilarang bernikah atau mewalikan pernikahan.

Ia sebenarnya adalah petua orang tua dulu yang sedikit sebanyak bertujuan menjaga kepentingan generasi sekarang. Orang tua mempunyai pelbagai hikmah yang tidak mudah difahami anak muda.

Mungkin salah satu alasan kahwin tidak digalakkan adalah untuk mengelakkan kafarah. Kafarah ialah sejenis denda dikenakan kepada lelaki yang melakukan persetubuhan ketika berpuasa pada siang hari. Mengikut pandangan jumhur ulama, kafarah terbahagi kepada tiga jenis iaitu memerdekakan hamba, berpuasa dan memberi makan kepada orang miskin.

Dari sudut tertibnya pula keutamaan adalah memerdekakan hamba. Jika tidak mampu memerdekakan hamba kerana hamba tidak ada, maka berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Jika tidak berdaya melakukan puasa dua bulan berturut-turut maka hendaklah memberi makan 60 fakir miskin.

Sebagai pengantin baru ada kebarangkalian kita akan terlanjur melakukan persetubuhan pada waktu siang hari Ramadan. Jika diperhatikan hukuman yang ditetapkan bagi perbuatan itu amat berat. Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, maka menangguhkan perkahwinan selepas tamat bulan puasa adalah jalan terbaik. Sebenarnya ini adalah tindakan yang bijak bagi menjaga kepentingan kita juga.

Selepas berkahwin nanti, si suami dan isteri juga perlu lebih banyak bersabar kerana dalam kehidupan berumah tangga tentulah banyak cabaran dan dugaan. Harunginya dengan keimanan dan ketakwaan. Jika ada sebarang permasalahan berbaliklah kepada agama kerana penyelesaian yang dianjurkan oleh Islam itu adalah penyelesaian terbaik.

Tahniah Maya Karin dan Deja Moss yang bakal bernikah Ogos ini!~

No comments: