June 11, 2008

Otak Shopping Wanita

bilik tidurSalah satu tips menarik yang diberikan oleh pakar hiasan dalaman dalam rancangan Micasa minggu ini adalah supaya apabila hendak meletakkan satu elemen seni yang unik ia perlulah diletakkan secara bukan di satu tempat. Maknanya ia seeloknya diletakkan di sudut ruang yang berlainan agar elemen ini lebih terserlah pada sesuatu tempat itu.

Tips kedua yang diberikan ialah kepada para isteri yang suka shopping barang dekor supaya tidak membeli lagi barangan yang mereka berkenan itu apabila kali pertama mereka melihatnya. Mereka dinasihatkan agar membawa kamera untuk mengambil gambar dulu hiasan tersebut dan pulang lalu melakukan imaginasi untuk menyesuaikan barangan itu dengan perabot yang sedia ada di dalam rumah. Sekiranya padan, barulah boleh dibeli.

Tiba-tiba...di suatu daerah bernama Shah Alam...

Abg : Abes tu, kalo g shopping kat Amerika, nak tangkap gambar dulu ke, pastu baru g melancong skali lagi ke Amerika semata-mata nak beli barang tu lepas tengok sesuai??

Me : Ala bang ni, watpe susah-susah, dah tau kata nak g shopping jauh, tangkap gambar dalam rumah siap-siap la, sampai sana bole terus padankan kat kedai, xkisahlah Amerika ke, Belanda ke Sepanyol ke..semua kita boleh pegi, redah jer...

Abg : Grrrr…………

No comments: