June 8, 2008

Keunikan Alam : Bila Rama-Rama Ada Labuci

rama ramaBagi kebanyakan orang, mimpi dianggap hanyalah suatu mainan tidur. Dan aku juga sebenarnya tergolong dalam peratusan yang berpendapat demikian sehinggalah pada malam tadi...

Mungkin pada orang yang tidak mengalaminya, berpendapat apa yang menjelma dalam mimpiku hanyalah suatu perkara biasa...tapi pada aku, ia cukup menggelikan dan menakutkan perasaan aku seharian selepas menerima mimpi tersebut. Aku kabur kenapa keadaan aku dalam mimpi itu terus begitu, tapi penyakit yang tiba-tiba aku hidapi dalam mimpiku itu amat pelik. Kulit seluruh tubuhku menjadi seperti kulit rama-rama, corak berserta warnanya...eeii...gelinya amat tidak terhingga. Bayangkan!~

Aku teringat kembali, rupanya dalam mimpiku itu, aku ada tersentuh rama-rama. Malah bukan saja tersentuh, ada satu part tu aku siap landing baik je atas seekor rama-rama besar ni, sedar-sedar sayapnya sudah hancur, habis debu sayapnya berterbangan. Dan sejurus selepas itu, kulit aku terus bertukar design. Uwwaa...takmau, gelinya aku!

Nak tau tak, sebenarnya ada satu lagi benda yang membuatkan aku geli geleman sepanjang hari... Seperti yang kita maklum, setiap penyakit pasti ada peringkat teruknya sekiranya tidak dapat dikawal, contoh macam penyakit sopak Nabi Ayub A.S, tahap teruk penyakit beliau sampai ada banyak ulat menguek keluar dari kulitnya. Sama jugalah tahap penyakit kulit rama-rama ni, tahap teruknya, kulit aku mulai keluar pelbagai rantaian manik berwarna-warni, siap labuci lip-lap lip-lap Mami Jarum lagi. Tidak...bayangkanlah!~ Gelinya memang bukan kepalang. Seharian aku di ofis tidak keruan.

Sehingga ke minggu ini, aku masih mencari, apakah tafsiran mimpiku itu. Wahai pentafsir mimpi handalan, tolonglah bagi jawapan.

Wallahua'lam.

2 comments:

areyou said...

kena tgk gak bila time mimpi tuh.. kalau around kul 2-3 pagi tuh insyaAllah mimpi tuh betul kalau tidak semua tuh mainan syaitan jer. btw, uncle fitri n auntie diha jgn lupa vote amin ye! tgk kat blog ummi untuk info selanjutnya :) TQ!

Anonymous said...

MasyaAllah, dahsyat sungguh mainan syaitan tu. Amin jangan risau ye, nnti auntie suruh uncle vote Amin yer, kalo dia xvote gak, bgtau auntie, auntie puk uncle. hoho :)