June 16, 2008

Kalimah Allah Muncul Di Langit

kalimah AllahPeristiwa magik ini sebenarnya telah berabad berlaku, namun keajaiban itu masih berlegar di arena memoriku. Aku masih ingat, pada tanggal 26 Julai 1992, Malaysia digemparkan berita aneh ini. Pada kira-kira pukul 11.30 malam, seramai 200 orang guru dan pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Agama Hishamuddin, Klang telah menyaksikan satu fenomena alam semulajadi yang amat menakjubkan.

Kepulan awan di langit malam tiba-tiba membentuk 26 objek tertentu yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Menurut media massa, kejadian tersebut hanya berlaku di sekolah itu sahaja, tetapi ada sumber lain mengatakan, objek-objek tersebut juga telah disaksikan oleh orang ramai yang berada di sekitar Klang pada malam itu.
Objek-objek yang muncul adalah ;

1. Kalimah Allah dalam tulisan Arab dan kalimah Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah dalam tulisan Arab

2. Janin manusia

3. Manusia dewasa

4. Mayat dibungkus dengan kain kafan

5. Sebiji mata berwarna merah seperti sedang marah

6. Lidah panjang

7. Lidah dipotong-potong dan bersambung semula, 3 kali tanyangan

8.Perempuan berlari, rambutnya digantung atau ditarik kemudian rambutnya disambar api lalu terbakar. Mukanya bertukar menjadi binatang yang sangat hodoh, mulut meraung-raung seperti dalam keadaan kesakitan yang amat sangat, seterusnya muka menjadi tengkorak dan rambutnya menjadi kaku.

9. Sayap burung berkibar-kibar

10. Perempuan berwajah babi

11. Kala jengking

12. Ular besar dengan mata bersinar-sinar

13. Manusia berkepala anjing

14. Dua orang bergaduh kemudian bersalaman

15. Lelaki berserban sujud ke arah Kaabah dan yang lain membelakangi Kaabah dan sujud membelakangkan Kaabah

16. Peta Malaysia terbalik, negara Singapura di sebelah atas

17. Botol arak

18. Tanda salib bertukar menjadi kubah masjid

19. Ayam

20. Seekor ikan

21. Peta negara Arab Saudi

22. Mayat berkafan

23. Batu nisan

24. Seekor burung

25. Orang berdoa [ memakai telekung]

26. Tangan hendak mencapai sesuatu tetapi tidak dapat dan tapak tangannya ada bertanda bulat…

Wallahua'lam.

No comments: